Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, July 12, 2015

Editor WSJ tuduh ketika pemerintahan Mahathir lesapkan RM100b



Editor WSJ tuduh ketika pemerintahan Mahathir lesapkan RM100b, Mahathir akui WSJ benar ?

Tuduhan atau serangan Wall Street Journal ke atas Najib Tun Razak bukanlah sesuatu yang pelik. Wall Street Journal mempunyai sejarah yang panjang dalam menyerang pemimpin banyak negara termasuk Malaysia.

Sejak awal 1980-an lagi sehingga menyebabkan Dr.Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menggunakan pentas ucapan di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyerang balas laporan-laporan berat sebelah majalah ekonomi terbabit.
Dr Mahathir ketika mendakwa WSJ menyerang Malaysia kerana kerajaan tidak mahu mengikut kehendak “mereka”.

i know that efforts will be made by the press, the editors, to pressure the Malaysian Government to do this and that.” (Mahathir Mohamad, Ucapan PBB, New York:1986)
Lihat: 
http://goo.gl/SIQbAh

Tidak cukup itu, Dr Mahathir juga pernah mengharamkan majalah terbitan WSJ di Asia, Asia Wall Street Journal, selama tiga bulan kerana laporan tidak benar dan palsu.

Barry Wain, Bekas editor Asia Wall Street Journal, meneruskan sejarah panjang WSJ dengan Malaysia apabila menulis sebuah buku berjudul “Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific)” yang mendakwa Mahathir melesapkan lebih RM 100 bilion semasa pemerintahannya (jika nilainya sekarang sudah tentu menjangkau sekali ganda).

Dr. Mahathir bagaimana pun mencabar Barry Wain mengemukakan fakta mengenai tuduhan beliau itu yang sehingga sekarang tidak pernah dijawab.

Timbul juga persoalan… jika Dr.Mahathir dan penyokongnya menyatakan WSJ benar dan tak menipu maka benarlah dia mahazalim mengongkong media kerana mengharamkan Asia WSJ masuk ke Malaysia selama 3 bulan kerana mengkritiknya dan maka benarlah dakwaan Dr.mahathir melesapkan RM100 billion semasa pemerintahanya.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.