Masalah RASIS di Malaysia kerapkali dihamburkan kepada UMNO dan Barisan Nasional sekalipun pada masa yang sama, tiada sesiapa pun dapat menafikan bahawa Barisan Nasional adalah rangkuman daripada parti-parti politik pelbagai kaum yang berada dalam satu saf, menggembleng tenaga dan usaha bagi memajukan negara ini.
UMNO adalah ketua dalam Barisan Nasional manakala parti-parti pendokong pula mewakili setiap etnik dan kaum di negara ini yang turut menganuti pelbagai fahaman dan agama.
Dalam situasi rasional pun, setiap orang akan berasa lebih selamat dan selesa di kalangan kaumnya sendiri. Retorik kononnya menghimpunkan setiap individu dalam satu wadah yang menyajikan muhibah dan toleransi keterlaluan, hanyalah wujud dalam angan-angan kerana kejadian alamiah manusia itu sendiri tercipta di kalangan kaumnya, walaupun hakikatnya mereka terwujud kesan daripada percampuran atau hibrid.
Jadi, apabila DAP mendabik dada kononnya mereka lebih liberal, lebih demokratik, lebih tidak berpaksikan bangsa dan lebih telus, mereka sebenarnya adalah penipu besar. Kalau mereka seperti yang diperakui, mereka tidak akan mempersoalkan Bahasa Melayu, Dasar Pelajaran Kebangsaan, kedudukan agama Islam dan orang Melayu-Bumiputera dan sebagainya. Mereka tidak akan giat bercakap tentang sekolah-sekolah vernakular kerana Perlembagaan Malaysia sudah pun menyatakan bahawa teras negara ini adalah Melayu dan Islam. Bahkan mereka juga akan menyokong kuat, penghapusan sekolah-sekolah beraliran vernakular, dan mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan sepertimana yang diamalkan oleh negara-negara lain di dunia ini termasuklah di China, Singapura dan Taiwan, tiga kiblat utama DAP.
Malahan kesemua pemimpin DAP juga seharusnya lebih fasih dalam berbahasa Kebangsaan, mampu menyanyikan lagu kebangsaan dan mengutuk sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang melebihkan lain bahasa berbanding Bahasa Kebangsaan, sesuai dengan pengakuan dan dasar perjuangan mereka, Malaysia Malaysian.
Negara ini sebelum kewujudan PAP yang kemudian menelurkan DAP, jauh lebih liberal dan terbuka. Slogan muhibbah tercipta pada zaman sebelum ketiadaan DAP. Orang Cina, India, Melayu dan pelbagai etnik hidup dalam muhibbah sebelum kewujudan DAP.
Apabila DAP buat kali pertama menyertai Pilihanraya Umum pada tahun 1969, apa yang mereka ciptakan adalah jurang permusuhan antara kaum. Mereka mewujudkan sikap saling tidak percaya antara kaum yang kemudian mereka persalahkan UMNO yang telah membenarkan penyertaan kaum lain dalam politik negara ini, bahkan menyokong pemberian kewarganegaraan kepada kaum pendatang yang belum tentu taat setia mereka kepada negara ini.
Lim Kit Siang kata Malaysia berada dalam keadaan yang amat bahaya. Ledakan RASIS akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Dan seperti biasa, Lim Kit Siang cuba menyalahkan Melayu, UMNO dan Islam. DAP langsung tidak bersalah. Sebarang isu yang dicetuskan oleh DAP termasuklah KALIMAH ALLAH, Bible Berbahasa Melayu, anti-Christ di Sarawak dan sebagainya, tidak dianggap sebagai faktor. Malah sokongan kuat DAP kepada puak pemisah S4S di Sarawak juga dianggap sebagai tidak apa-apa.
Cubaan untuk menggulingkan kerajaan negara ini menerusi tindakan Lim Guan Eng, Tony Pua, Anthony Loke, Teresa Kok dan Lim Kit Siang sendiri menerusi perancangan yang amat teliti dengan menjadikan entiti yang menjaga kepentingan Melayu-Bumiputera-Islam, tidak dianggap sebagai satu kesalahan. Bahkan sesiapa sahaja yang mendedahkan perbuatan itu pula yang dianggap sebagai RASIS.
Perhatikan pula bagaimana kalutnya DAP menentang segala akta yang boleh menghalang perbuatan menghasut dan menimbulkan kekacauan di negara ini.
RASIS adalah senjata utama yang digunakan oleh DAP dan RASIS juga adalah amalan DAP serta penyokong-penyokong parti tersebut.
Selidikilah puak-puak yang bercakap tentang RASIS dan anda pasti akan menemui sikap chauvinist yang sangat menebal di kalangan mereka sehinggakan mereka mencipta tembok pemisah dan jurang antara kaum tetapi kemudian mendabik dada kononnya mereka tidak RASIS.
sumber
No comments :
Post a Comment