Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, July 12, 2015

Lim Guan Eng Ambil Kesempatan Sodok dan Ratakan Puncak Bukit Sempena Puasa dan Hari Raya



Selepas pendedahan yang mengaitkan skandal dan penyelewengan tanah terutama yang mempunyai kaitan dengan Betty Chew, isteri Lim Guan Eng sendiri, Tan Kok Ping dan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, kerja-kerja haram meneroka, memusnahkan alam sekitar dan meratakan puncak Bukit Gambir terhenti seketika.

Telah didedahkan bagaimana Lim Guan Eng cuba menjadikan keseluruhan tanah di Pulau Pinang berada di bawah jajahan takluknya dengan Betty Chew sebagai proksi. Manakala Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang yang diketuai oleh Tan Kok Ping pula bertindak sebagai funder.





Mendiang Karpal Singh pernah naik marah kerana kemusnahan di puncak Bukit Gambir, namun tidak diendahkan oleh Lim Guan Eng. Bagaimanapun, apabila nama Tan Kok Ping dan Betty Chew didedahkan sama, kerja-kerja pencerobohan itu terhenti seketika. Kerja-kerja meratakan, menolak tanah dan membersihkan kawasan hutan di puncak Bukit Gambir, dilakukan ketika tempoh sebelum Pilihanraya Umum memandangkan negeri pada masa itu hanyalah ditadbir oleh kerajaan pemangku.

Kini, kerja berkenaan diteruskan semula menjelang Aidil Fitri. Sebabnya mudah, dalam tempoh tersebut, ramai penguatkuasa yang terdiri daripada orang Melayu akan mengambil cuti, sekaligus melumpuhkan langsung sistem penguatkuasaan yang sekarang pun, sudah berada di bawah cengkaman Lim Guan Eng.





Tiada sesiapa pun atau  mana-mana pihak pun yang berani untuk menguatkuasakan undang-undang di Pulau Pinang. Undang-undang di Pulau Pinang telah dipegang sepenuhnya oleh Lim Guan Eng dan DAP serta orang sespesies mereka. Masyarakat bukan DAP dan bukan Cina, terpaksa mematuhi undang-undang yang pelbagai. Manakala Lim Guan Eng, DAP dan spesies mereka bebas melakukan apa-apa sahaja, malah sentiasa berlagak seolah-olah mereka adalah tuan di Pulau Pinang

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.