Gambar
hiasan
Saya
bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya
adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak
perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.
KISAH
ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam
biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami
bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah
lakunya.
Saya
lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air.
Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan.
Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi
gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak
seperti dulu.
SEBELUM
INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita
yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk
ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali
yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan
patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun
dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.
SUATU
HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam
menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam
laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi
tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya.
Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor
handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula
memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat
biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan
dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya.
Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.
Semasa
saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama
saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada
apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing.
Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.
PETANG
ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di
hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak
gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila
terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta
yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya
sebelum saya sampai.
Saya
perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan
berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba
handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah
dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur
apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting
katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di
pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.
Saya
kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri
saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri
saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki
yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya
mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya
lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti
membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa
yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana
telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.
Saya
menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya
rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya
mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala
perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak
pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka
kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan
sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang
saya pasang.
Saya
mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi
untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan
meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap.
Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan
enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari
mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap
aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.
Bagai
nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang
#berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat
lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak
mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di
tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.
HATI
SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya
menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ
juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka.
Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya
padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta.
Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.
Dalam
solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang
bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak
saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat
anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa
saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.
Apabila
terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak
saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke
dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum
dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang
membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan
laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan
perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya
rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu
sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.
Malam
itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya
didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi,
dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya,
untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya
membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu
adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat
itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.
Pada
keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan
malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah
petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya
bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai
lelaki yang lebih baik dari saya.
Dia
menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia
meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang.
Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan
bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah.
Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat
bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan
pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.
Isteri
saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai
soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut
saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat
terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu
selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar.
Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami
akan pulang ke kampung.
Alangkah
gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi
hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti
hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat
kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak
sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia
seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti
biasa.
Saya
menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi
terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya
beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya
mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh
saya.
Dalam
perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada
jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya
tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap.
Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya
kadang-kadang tertawa kecil.
Sampai
di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya
pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku
di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor
saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk
membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu
hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat
kecurangannya.
Akhirnya
bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka.
Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika
saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan
kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya.
Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil
keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali
dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya
telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.
Mertua
saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya
menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu,
isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang
selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang
lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya.
Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player
yang terletak di ruang tamu.
Mertua
saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan
mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan
mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak.
Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil
meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya
itu.
Anak
saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan
isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat
tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya
bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam
television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya.
Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup
television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan
tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.
Wajah
adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan
matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya
itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua
saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan
isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas
perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya.
Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya
nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat
agama.
Selepas
kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri
saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak
nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar
dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin
dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan
sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.
Pada
hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas
desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya.
Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan
menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang
benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu. Biarlah,
Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya,
itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak
kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan
akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar
hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.
KESIMPULAN
Semuga
kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar
sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah
dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah
tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.
WARGA
PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah
berkahwin hukumannya rejam sampai mati.
Jika
tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti
haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu,
tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua
perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak,
masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali
kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.
Seorang
suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku
curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah.
Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera
sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk
seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang
wanita dalam masa yang sama.
Hasil
kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan
sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang
berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib
anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan
sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang
oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila
‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.
Janganlah
biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir
maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak
geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan
isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah
sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.
Pengalaman
seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah
bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I
have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di
restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik.
Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu,
bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa
secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.
Lihatlah
penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat
kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms,
facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri
mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka
berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina.
Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman
masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.
No comments :
Post a Comment