Foto di atas hanyalah 1 daripada 5 muka surat butiran tanah
milik bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hasil carian ke
atas Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu mendedahkan Nik Aziz Nik Mat dan
isteri telah memiliki 27 bidang tanah sekitar bandar Kota Bharu dengan jumlah
keluasan lebih kurang 4 ekar setiap satu.
Tiada siapa menyangka bahawa Mursyidul Am Pas ini sebenarnya
memiliki sebanyak 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 hektar) di kawasan
bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini, dianggarkan bernilai lebih RM4
juta.
Nilai tanah tersebut dikatakan boleh mencecah lebih RM10
juta sekiranya tanah berstatus tanah pertanian itu ditukar kepada komersial,
mengambil kira pelbagai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan
itu.
Selain Nik Abdul Aziz Nik Mat, isteri beliau, Tuan Sabariah
Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu
dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka
yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi
membina stesen minyak.
Kesemua tanah di atas nama Nik Abdul Aziz telah didaftarkan
selepas tahun 1990, iaitu ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar
Kelantan. Zuhudkah aku? 14 tanah yang didaftarkan atas nama Nik Abdul Aziz Nik
Mat disertakan di bawah:
Baca seterusnya : di sini
7 comments :
Laaaa... byk nya? Mana dapat duit? Jgan ckap simpan dari kecik...
tgk la tahun beli tu, 1990 dulu2 harga tanah bukan cm skg..kat kelantan je lgpn bkan kl selangor..aku xrase smpai 4juta..toksah nk nipu la...
Teruknya jd pemimpin...nak ada harta sikit pun tak boleh. padahal utk anak cucu jugak
Tau pulak membela.. klau bn/umno bukn main mengata eak korang...
Baca harakahdaily.net untuk penjelasan,status tanah rizab melayu,tanah ni milik syarikat negeri, nik aziz mnjadi wakil negeri sbb dia mnteri besar,brtndak sbgai pemegang amanah, kuasa utk urusan tanah ni trletak pada ahli lembaga. Bukan harta keluarga dia, jgn samakan beliau dgn khir toyor n taib mahmud n menteri2 bn, n kroni2 bn.. Ape2 pun rujuk kat harakahdaily.net
Berita di dalam harakah adalah untuk membela pemimpin zuhud meraka dan jgn salahkan utusan bertindak sedemikian, keduanya sama saja agendanya. Saya tak baca harakah atau utusan, Saya baca Al-Quran.....
Saya rasa kita perlu check and balance waima dalam apa sekalipun....sebab itu Allah SWT kurniakan kita otak utk berfikir...membaca Al-Quran mmg xperlu dipersoalkan sebab itu adalah tuntutan kita sebagai umat Islam tetapi pada masa yg sama xsalah jika kita membaca Utusan, Harakah, Sin Chi Jit Poh dan sebagainya, baca bukan dgn perasaan tapi baca dan gunakan minda yg Allah berikan utk kita yg dipanggil manusia, bezakan yg mana betul, palsu dan fitnah...bukankah bila ada yg fasikh membawa sesuatu berita maka kita dituntut utk SIASAT..bukan diTOLAK...bila kita membaca dua aliran berita yg disampaikan barulah ada check and balance...tapi kebanyakkan kita akan cepat menuding jari akan kesilapan orang lain dalam konteks ini parti yg tidak kita sokong asalkan apa jua yg dismapaikan walaupun berita yg disampaikan itu siap dgn bukti dan fakta2 kesahihan tapi sebaliknya mengiyakan dan bersama2 apa jua walaupun sah2 tau sesuatu perlakuan itu mungkar dan salah tapi disebabkan kita menyokong parti itu lalu sampai sanggup bermati2an mempertahankan akan kemungkaran dan kejilikkan yg dilakukan atas kapasiti sebab aku penyokong parti itu...patutnya gunalah akal yg diberikan Allah SWT tuh...xkan xbole beza antara fakta, palsu,kebenaran dan kebatilan....
Post a Comment