Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, October 9, 2013

Tiga Penjenayah Mati Ditembak Di Lebuh Raya DUKE#LEPAS NIE SALAHKAN @PDRMsia PULAK @KBAB51

alt

KUALA LUMPUR 9 Okt - Tiga penjenayah mati ditembak oleh Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam kejadian berbalas tembakan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Mangsa dikatakan merompak seorang wanita yang baru keluar daripada sebuah bank di OU Perdana, Klang.

alt

Pihak Polis berjaya mengesan kenderaan yang dinaiki ketiga penjenayah terbabit setelah mendapat laporan daripada mangsa dan mengejar kereta suspek sejauh kira-kira 40 kilometer.


Sebilah parang dan sepucuk pistol ditemui dalam kereta yang dinaiki suspek.

Ketiga-tiga mayat penjenayah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.