Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, October 9, 2013

Video - Mahu @Zahid_Hamidi Tak Mendidih Melihat Bangsanya Diperlakukan Seperti Ini !


Serangan bertali arus oleh spinning portal @Malaysiakini.com terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bermula pada 04 Oktober lalu apabila percubaan 'spin' yang dilakukan oleh wartawan portal itu digagalkan oleh Zahid yang dilihat bertindak tegas sepadan dengan beliau selaku Menteri di KDN bukannya Pak Guard hitam dirumah pangsa.

Sejurus selepas itu, Malaysiakini turut menyiarkan kenyataan yang dirakamkan secara sulit ketika  Zahid berucap dalam taklimat tertutup keselamatan bersama pemimpin masyarakat. Dalam rakaman terbabit, Malaysiakini telah mengeksploitasi kenyataan yang dibuat Zahid seperti berikut,

“Bagaimana keadaan mangsa-mangsa rompakan, mangsa-mangsa bunuh mangsa tembakan ini, kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita.
 
“Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu.
 
Bagaimanapun, kenyataan Zahid itu terus dipertikaikan dan mendapat pelbagai reaksi negatif daripada pemimpin NGO, pembangkang dan komponen seperti yang disiarkan oleh spinning portal,
 
1.) Peguam hak asasi manusia, Edmund Bon berkata, dakwaan kenyataan Zahid"Ia anti-hak asasi manusia. Jika polis menembak semua suspek, kemudian ia akan meruntuhkan peraturan undang-undang dan tuntutan sistem keadilan bagi jenayah di negara ini," kata Bon.
 
Beliau menambah, penggunaan pistol dan menembak suspek sepatutnya digunakan sebagai mempertahankan diri dan jalan terakhir apabila tiada peluang memberkas mereka.
 
2.) Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya menyifatkan dakwaan kenyataan Zahid sebagai "benar-benar menyalahi undang-undang".
 
"Tiada undang-undang yang membenarkan orang untuk menembak orang lain hanya kerana (kononnya) mempunyai bukti. Daripada menembak suspek, sepatutnya menahan mereka dan mendakwa mereka," tambahnya.
 
3.) Naib presidennya GERAKAN A Kohilan Pillay berkata, kenyataan sebegitu boleh mewujudkan salah guna kuasa pihak polis dan membangkitkan kemarahan orang ramai yang merosakkan reputasi pasukan keselamatan itu yang makin terhakis.
 
"Dengan menggunakan dasar itu, kerajaan sekali lagi menunjukkan keangkuhan kepada pihak yang mahukan sebuah pasukan yang cekap, bukan yang disalah guna," kata Kohilan.
 
4.) Timbalan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Hanipa Maidin berkata, "Apa guna undang-undang dan mahkamah jika menteri bercakap sedemikian, tak semua mereka ditahan itu bersalah.
 
"Setiap kesalahan perlu dibuktikan di mahkamah terlebih dahulu barulah hukuman dijatuhkan, ini tidak, terus nak tembak," sambung beliau.


Begitulah hero kepada penjenayah menghujahkan bicaranya, bila saja melibatkan penjenayah, mereka begitu lantang bangkit membela, wakil rakyat pun dah jadi wakil penjenayah agaknya, apapun usah terpengaruh dengan kenyataan wakil penjenayah berkenaan, tindakan Zahid hanyalah untuk melindungi rakyat dari penjenayah, kalaupun benar ada arahan 'tembak' dikeluarkan, usah merasa sangsi, kerana yang ditembak itu benar-benar penjenayah.

Benar penjenayah perlu dihadapkan ke mahkamah, tapi tidak semestinya semua kes begitu, ada kes tertentu yang tidak boleh dibuat pendakwaan dimahkamah kerana kekurangan bukti dan ketiadaan ISA mungkin memaksa arahan berkenaan dikeluarkan, kurang faham dengan maksud itu sila rujuk perbahasan parlimen mengenainya diSINI.

Kesimpulannya, adakah Zahid lakukan semua itu demi kepentingan diri beliau sendiri? Terancamkah beliau dengan jenayah sekiranya beliau membiarkan kegiatan jenayah itu berlaku ? Tidak!!! Keselamatan Zahid  dan keluarga terjamin, beliau punyai pengawal peribadi, beliau tidak ada sebarang masalah jika membiarkan kegiatan jenayah itu berlaku tanpa kekangan. Tapi bagaimana pula nasib rakyat ? Terjaminkah keselamatan rakyat ? Tidak!!! Bukankah Zahid sedang berjuang demi rakyat.

Satu ketika, kes tembak menjadi perkara biasa, setiap hari akhbar melaporkan mengenai kejadian itu, ramai dikalangan rakyat dan pemimpin pembangkang menunding jari kepada kerajaan, Menteri KDN dan pihak polis menjadi sasaran berhubung peningkatan kes jenayah yang dilaporkan itu.

Permansuhan EO menyebabkan bermaharajalelanya penjenayah dan banyak nyawa rakyat terkorban. Tidak sanggup melihat penderitaan rakyat, Zahid sedaya upaya bangkit untuk menentang penjenayah secara habis-habisan tanpa sebarang kompromi, operasi demi operasi dilancarkan, sehinggakan Ops Cantas yang bermula pada 17 Ogos sehingga 04 Oktober lalu telah mencatatkan seramai 380,343 orang  telah diperiksa oleh pihak polis, daripada jumlah itu pihak polis berjaya menahan 14,511 orang ahli kumpulan kongsi gelap. Anda Mampu Mengubahnya
 - Bersambung

"Kalau dia langgar terus memang 'dapat'lah India tu..." - Biarpun luka tikaman belum sembuh, tapi itulah hakikat anak jantan Melayu... Ketika Mat Arshad ni ditikam hampir nak mati, keling mana yang bangkit membelanya ? Mana hak asasi beliau sebagai manusia ? Adakah hak asasi itu hanya milik penjenayah wahai syaitan ? Mat Arshad ni sikit pun tak kacau orang, kerja elok-elok tapi tak pasal-pasal nyawanya hampir melayang, ada keling ambil tahu ? So hak asasi siapa yang lebih bernilai ? Semua pemimpin Melayu khasnya dikalangan Umno sendiri wajib menyokong dan mempertahankan tindakan Zahid. 




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.