Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 12, 2015

KEJATUHAN NILAI RINGGIT | Dulu Tuduh Anwar Pelingkup Ekonomi Negara,Sekarang Kit Siang Kata Anwar Penyelamat. (Bohong Gred A+)

Nak kata dah nyanyok mungkin tidak..memandangkan bapak kepada tokong DAP ini begitu istiqomah menyerang parti melayu Umno dan PAS.

Kit Siang memang tahu para penyokong pakatan dan rakyat Malaysia cukup mudah ditipu dan dimanipulasi..maka dengan justifikasi mudah..jalan penyelesaian agar Anwar menjadi PM adalah puncak kepada penyelesaian segala masaalah didalam negara.


20290997180_f17e9f304e_n
Kenyataan terbaharu Lim Kit Siang berkenaan Anwar Ibrahim menimbulkan satu persoalan adakah pemimpin seumur hidup DAP itu kini mengalami penyakit amnesia (ingatan terpilih) 
Kit Siang dalam kenyataan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Pulau Pinang pada 9 Ogos berandaian jika Anwar adalah Perdana Menteri Malaysia, ekonomi negara tidak seteruk sekarang.“Jika Anwar yang menjadi Perdana Menteri Malaysia sekarang, negara tidak akan dilanda krisis politik, ekonomi dan kepimpinan seperti yang berlaku pada masa ini,” kenyataan Kit Siang dipetik. 
Pada tahun 1993, ketika Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen menuduh Anwar sebagai seorang yang tidak berpengetahuan dalam bidang ekonomi, malah lebih teruk daripada pelajar sekolah.Ia berkaitan dengan kerugian berbilion-bilion ringgit oleh Bank Negara ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan Malaysia.Satu rencana yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah bertajuk “Kerugian Bank Negara : Siapa pula kaki judi ?” memetik kata-kata Ketua Pembangkang, Kit Siang di Parlimen, Selasa, 27 April 1993 : 
“Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing.” 
Bayangan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, yang menganggarkan kerugian Bank Negara boleh mencapai RM16,000 juta. Ketika berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993 beliau berkata: 
“Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun! ”– AIDC

Semua orang masih tak lupa Anwar menjadi punca ramai yang bangkrap ketika zaman kemelesetan ekonomi.Beliau sendiri membuat keputusan menaikkan kadar interest hingga banyak perniagaan terpaksa ditutup.

Anwar juga ketika menjadi Menteri Kewangan gagal sama sekali untuk menyekat kejatuhan ringgit.. USD1= RM4.88 , takkan semua orang lupa?

Beginilah kejatuhan ringgit bersifat serantau,banyak matawang jatuh berbanding dollar Amerika bukan hanya ringgit.

Tengku Razaleigh Hamzah menolak tanggapan bahawa kejatuhan paras ringgit disebabkan kemelut kepimpinan dalam negara.

Screen+Shot+2015-08-11+at+9.39.49+PM


Yang haprak pakatan tak beri tahu anda ialah Malaysia tersenarai di tempat ke 8 terbaik dunia (dari 144 buah negara) dari aspek keberkesanan pengurusan kerajaan, ketelusan pentadbiran serta ekonomi berdaya saing.


Justeru jika mereka menuduh pentadbiran Najib menjadi punca ringgit jatuh..maka yang percaya berita fitnah ini sekali lagi meletakkan pemikiran mereka mudah diperbodohkan..



“Ramai yang mudah percaya berita bohong pembangkang..” 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.