Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, August 24, 2015

MESTI BACA! STRATEGI HALUS PAP PINGGIRKAN MELAYU DI SINGAPURA



Berdasarkan buku The Singapore Dilemma - The Political and Educational Marginality of the Malay Community karya Lily Zubaidah Rahim, penulis telah mengemukakan beberapa strategi atau program yang dilaksanakan oleh parti pemerintah iaitu PAP (abang DAP) untuk meminggirkan orang Melayu Singapura secara sistematik. Strategi tersebut ialah:

1. Mengekalkan taraf minoriti bilangan penduduk Melayu

Akibat kemerosotan kadar kelahiran penduduk Cina, Lee Kuan Yew telah mendedahkan semasa perhimpunan Hari Kebangsaan 1988 bahawa kerajaan akan cuba meningkatkan bilangan penduduk Cina dengan membawa masuk orang Cina dari luar negara terutamanya Hong Kong.

Menjelang 1988, sebanyak 4707 keluarga (80% Cina) telah berhijrah ke Singapura. Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa untuk menarik bakat ke Singapura (CATS) bagi menarik orang Cina dari negara luar supaya berhijrah ke Singapura. Sebaliknya, pekerja Melayu Malaysia menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan permit kerja di Singapura.

Semua ini dilakukan untuk mengekalkan bilangan penduduk Cina, selain untuk mengekalkan dominasi politik PAP di Singapura.

2. Melemahkan Kuasa Undi Masyarakat Melayu 

Bagi melemahkan kuasa undi orang Melayu, kerajaan telah melaksanakan program penempatan semula bandar dan dasar perumahan awam. Caranya ialah dengan menempatkan orang Melayu ke merata kawasan perumahan awam baru di seluruh Singapura. Kampung-kampung Melayu juga telah dihapuskan dan digantikan dengan perumahan awam moden.

Akibatnya, tiada lagi kawasan majoriti Melayu di Singapura. Oleh itu, parti berteraskan Melayu seperti PKMS gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihanraya. Maka, orang Melayu telah kehilangan suara untuk menuntut sebarang hak atau berunding sesuatu perkara dengan kerajaan.

3. Kuota kediaman etnik

Bagi terus menyekat kuasa politik Melayu, PAP telah memperkenalkan kuota kediaman etnik. Ini bagi memastikan jumlah orang Melayu tidak melebihi 20% daripada jumlah penduduk di mana-mana kawasan pilihanraya dan tidak melebihi 22% daripada penduduk mana-mana blok perumahan awam.

Bagi orang Cina pula, kuota mereka pula hendaklah mencapai 80% di kawasan pilihanraya dan 87% di blok perumahan awam. Kuota ini dikuatkuasakan dengan tidak membenarkan orang bukan Melayu menjual rumah pangsa mereka kepada orang Melayu.

Pada pendapat PAP, sebuah blok perumahan yang mengandungi 26% orang Melayu dianggap perkauman, tetapi dianggap sebaliknya untuk 80% penduduk Cina di sesebuah blok perumahan.

4. Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC)

Selepas pilihanraya 1988, kerajaan telah melaksanakan GRC ini di mana mengintegrasikan 39 kawasan pilihanraya kepada 13 wad pemilih. Maknanya, setiap wad terdiri daripada penyatuan 3 kawasan pilihanraya yang berjiranan. Oleh yang demikian, setiap pengundi bukan mengundi untuk seorang calon, tetapi satu pasukan calon dari sesebuah parti politik.

Sistem ini menghendaki setiap pasukan GRC wajib mempunyai seorang ahli etnik minoriti. Akibatnya, parti Melayu PKMS gagal meletakkan calon dalam mana-mana GRC. Ini kerana kawasan yang mengandungi ramai pengundi Melayu seperti Eunos, Bedok dan Kampung Kembangan telah dimasukkan dalam wad GRC.

Sistem ini selain bertujuan untuk mengukuhkan dominasi PAP dalam politik Singapura, ia juga untuk melemahkan suara etnik minoriti khususnya Melayu.


5. Pengubahan fakta sejarah Singapura

Bagi menghapuskan perkaitan orang Melayu dengan asal-usul Singapura, kerajaan PAP telah mengubah fakta sejarah Singapura di dalam buku teks dengan menyatakan bahawa asal usul Singapura adalah bermula pada tahun 1819 iaitu semasa ia dibuka oleh Stamford Raffles.

Padahal, semua orang tahu bahawa Singapura yang dulunya dikenali sebagai Temasik telah dibuka oleh Sang Nila Utama dan pernah mempunyai Sultan. Perubahan sejarah ini bertujuan untuk menafikan fakta bahawa Singapura memiliki hubungan yang rapat dengan orang Melayu sebagai kaum peribumi.

6. Peminggiran pendidikan orang Melayu 

Bahasa Melayu tiada nilai di Singapura. Semua sekolah dan universiti menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Maka, pelajar Melayu yang berpendidikan Melayu sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam mahupun swasta yang lebih mementingkan Bahasa Inggeris.

PAP juga telah mengurangkan promosi persekolahan Melayu dan memotong jumlah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Melayu.

Kerajaan juga telah mengetatkan kemasukan ke universiti dengan mewajibkan pelajar lulus dalam subjek Matematik dan Sains selain pemansuhan subjek Pengetahuan Agama. Isu secara tersiratnya ialah untuk menghalang lebih ramai pelajar Melayu dapat masuk ke universiti. Kelemahan pelajar Melayu dalam subjek Matematik dan Sains telah menyukarkan lagi mereka untuk belajar di universiti.

Bantahan daripada orang Melayu mengenai isu tersebut tidak dilayan oleh kerajaan.

Sebagai tambahan...

7. Tiada lagi orang Melayu dilantik sebagai Presiden Singapura

Sejak Yusuf Ishak dilantik sebagai Presiden pertama Singapura, tiada lagi orang Melayu yang dilantik sebagai Presiden Singapura sehingga kini. Walaupun merupakan kaum kedua terbesar di Singapura, PAP lebih rela melantik kaum India sebagai Presiden Singapura.

8. Azan tidak dibenarkan dilaungkan dengan pembesar suara



*Pesanan - sedarlah wahai bangsaku. Sebenarnya, dengan apa yang telah terjadi kepada orang Melayu di Singapura dan panjang umurnya Lee Kuan Yew adalah suatu petunjuk dan mungkin juga ujian oleh Allah kepada kita di Malaysia ini. 

Tidak mustahil perkara-perkara di atas akan berlaku di Malaysia. Kalau kita lihat sekarang pun, petanda semua perkara di atas sedang berlaku. Contohnya di P.Pinang, di mana orang Melayu di sana bagaikan sengaja ditekan hidup mereka. Mereka kehilangan tanah dan kampung tradisi, sukar untuk berniaga dan banyak lagi yang semuanya dilakukan dengan bermatlamat untuk menghalau secara perlahan-lahan orang Melayu dari Pulau Pinang. 

Selagi kafir harbi DAP dibantu oleh parti pengkhianat bangsa PAS dan PKR,  dan terbaru GHB tidak mustahil suatu hari nanti Tanah Melayu ini akan jatuh ke tangan Cina. Pada waktu  itu menangis air mata darah pun sudah tidak berguna lagi. 

Ingatlah bangsaku....kalau sekali Melayu dah kalah, bumi Tanah Melayu ini sukar untuk ditebus kembali... 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.