Thursday, March 31, 2016
Miss P Buka Rahsia Sulit Guan Eng
Wednesday, March 30, 2016
Parol, Pengampunan DiRaja Untuk Anwar, Nurul Izzah & Rafizi Saling Bercanggah
Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah hari ini menegaskan keluarganya sama sekali tidak akan memohon perintah parol untuk Anwar Ibrahim kerana percaya bekas Ketua Pembangkang itu tidak bersalah.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata keluarganya hanya akan memfokuskan usaha untuk mendapatkan Pengampunan DiRaja berbanding parol kerana baginya parol menunjukkan Anwar bersalah dalam kes liwat.
“Kes kita jelas, beliau (Anwar) tidak bersalah. Memang ada permohonan (Pengampunan DiRaja) dibuat ekoran kegagalan mahkamah mempertahankan keadilan," kata Nurul Izzah dipetik dari portal FreeMalaysiaToday hari ini.
Maksudnya Nurul Izzah percaya dengan cara memohon Pengampunan DiRaja bermaksud Anwar bukannya seorang pesalah liwat sebaliknya yang berlaku ialah salahguna proses mahkamah.
Masih juga dia nak pertikai keputusan Mahkamah yang sudah mengesahkan bapanya adalah seorang peliwat dan telah bersalah meliwat pembantu peribadinya sendiri, Saiful Bukhari.
Itu biasa, jarang ada anak yang nak mengaku kesalahan ayahnya walaupun segala bukti terbentang depan mata.
Isu parol ini timbul ada kaitan dengan pembebasan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang sejak semalam menjalani perintah parol di kediamannya sendiri.
Sistem parol ini bukan benda baru, sejak 2008 sudah 11,897 orang selesai menjalani perintah parol.
Bermula 30 Mac (hari ini) pula, seramai 543 orang termasuk Dr Khir sedang menjalani perintah parol untuk menghabiskan baki hukuman penjara.
Berbalik pada isu Nurul Izzah tolak parol untuk Anwar, itu hak dialah. Dah anak sendiri kata begitu, terimalah hakikat Anwar kena merengkoklah sampai kering dalam penjara kalau Pengampunan DiRaja pun ditakdirkan gagal kelak.
Soal Nurul Izzah nak cuba sekali lagi mohon Pengampunan DiRaja, kita alu-alukan, itu hak dia untuk mencuba tapi sebelum itu cuba imbas semula apa kata seorang lagi Naib Presiden PKR iaitu Rafizi Ramli dalam isu Pengampunan DiRaja.
“Anwar tidak akan mengemukakan permohonan Pengampunan Diraja kerana Anwar tidak bersalah,” itu kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pada 23 Februari 2015, juga dipetik dari portal FreeMalaysiaToday.
Maksud Rafizi, kalau Anwar atau keluarganya mohon juga Pengampunan DiRaja itu bermakna Anwar memang melakukan kesalahan meliwat.
Nurul Izzah kata mohon parol membuktikan Anwar bersalah sebab itu lebih yakin dengan Pengampunan DiRaja tapi sebaliknya Rafizi pula kata mohon Pengampunan DiRaja bermaksud Anwar mengakui kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.
Dua Naib Presiden PKR saling bercanggah satu sama lain, jenuhlah Anwar termenung dalam penjara tepuk dahi sendiri menengokkan kecelaruan dalam barisan kepimpinan PKR yang macam anak ayam kehilangan ibu, memang kering dalam penjaralah gamaknya dia.
Tapi tak tahulah kalau Anwar sebenarnya seronok duduk dalam penjara dari memikirkan kecelaruan dalam PKR. Maklumlah dapat layanan VIP khabarnya, cukup teristimewa banding banduan lain.
Apapun, persoalan sekarang kenyataan siapa yang para penyokong PKR nak ikut jadikan pedoman? Nurul Izzah atau Rafizi, atau kedua-duanya tak boleh dipakai? Tepuk kepala tanya akal sendiri.
Jika Petik Dari Sumber Tipu, Siapa Yang Nak Percaya?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah marah pada majoriti warga UMNO yang tampil bersuara kecewa dan mengecam tindakannya mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Kata Mahathir, kerana UMNO kini 'pekak', 'bisu' dan 'buta', maka beliau mengambil keputusan untuk keluar parti dan sanggup bersama DAP yang beliau 'ludah' dulu. Jika syaitan pun mahu Najib dijatuhkan, mungkin Mahathir sanggup bersama syaitan agaknya?
Pada pandangan penulis, UMNO sejak dari lahirnya dulu tidak pernah 'pekak', 'bisu' atau 'buta' hinggalah kini. Jika UMNO itu seperti yang didakwa Mahathir, sudah pasti Allah akan jatuhkan UMNO dan gantikan dengan parti lain.
Apa yang ada dalam UMNO ialah budi bahasa, adab dan sopan, bersesuaian dengan budaya Melayu yang tebal dalam diri seluruh warga UMNO. Walaupun berselisih faham dan tidak bersetuju, budaya Melayu cukup terkenal dengan muafakat dan menyelesaikan masalah dengan cara yang halus berhemah.
Lebih utama lagi, merujuk pada cara menegur yang dianjurkan Rasulullah SAW dan berdasarkan Al-Quran, teguran yang dibuat itu perlulah dilakukan dengan cara yang sabar, bijaksana dan berhemah. Jika menegur isteri, tidak sama caranya menegur anak.
UMNO tidak pekak di zaman Najib kerana UMNO tahu apa yang diperkatakan Mahathir terhadap Presidennya. Parti kami juga tidak buta kerana ia melihat apa yang dilakukan Mahahthir terhadapnya, dan UMNO juga tidak pekak kerana ia tahu bahawa Mahathir kini bukan lagi ahlinya.
Mungkin pada pandangan Mahathir, UMNO itu 'cacat' kerana tidak mengikut kehendak dan perancangannya. Kerana enggan mengikut 'skrip' dan 'plot' yang beliau sediakan sebelum meletak jawatan dulu, maka mungkin itulah yang mencetus kemarahan Mahathir.
Mahathir dulu mencatur supaya Pak Lah menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Caturnya, beliau hanya mahu Pak Lah menjadi Perdana Menteri selama sepenggal dan jawatan itu perlu diberi pada Najib. Oleh kerana Pak Lah enggan, maka Mahathir 'mengamuk' jatuhkan Pak Lah.
Setelah Najib naik menjadi Perdana Menteri, tiba-tiba pula anak Mahathir gagal meraih sebarang jawatan utama dalam kepimpinan UMNO Pusat. Bertanding Naib Presiden pun kalah. Mungkin ketika itulah Mahathir mula risau tentang 'skrip' dan 'plot'nya yang terganggu.
Mungkin disaat ini, Mahathir menjangkakan Mukhriz menjadi Naib Presiden, dan pada pemilihan agung UMNO nanti maka Mukhriz akan merebut jawatan Timbalan Presiden di bawah Najib.
Namun mungkin memandangkan Najib 'degil' dan tak mahu ikut 'master plan' Mahathir, maka beliau terpaksa ubah sikit 'plot'nya. Muhyiddin terpaksa dipergunakan wataknya untuk memberi 'amaran keras' kepada Najib kerana 'derhaka' pada Mahathir.
Malangnya, Muhyiddin pula diberi 'kad merah' dari kabinet, dan 'digantung perlawanan' menyebabkan beliau tidak boleh memain peranan dalam 'padang'. Apatah lagi beliau sudah diganti oleh 'pemain lain', ia mungkin membuat Mahathir hilang keruan di bangku warga emas 'stadium'...
Kini sudah hampir di peringkat klimaksnya. Rela berperanan sebagai pengkhianat parti, beliau sanggup bersekongkol dengan mereka-mereka yang pernah digelarnya sebagai 'syaitan', pernah beliau 'kurung', pernah beliau hina dan 'kahak hijaukan' di khalayak umum.
Dan Mahathir marah bila orang UMNO kecam tindakannya? Siapa yang pekak, bisu dan buta sebenarnya? Anaknya gagal menjadi ketua di Kedah, tidak pula dia 'tibai' seperti yang diucap ketika berkempen dulu, tapi beliau 'tibai' pula individu yang beri peluang pada anaknya itu?
Mahathir perlu tahu bahawa Najib bukanlah seorang 'boneka'. Seorang Presiden bukan seorang 'puppet' dan jika beliau perlu ikut telunjuk Mahathir, maka beliau boleh dianggap seorang ketua yang lemah. Mahathir mahu Presiden UMNO dilihat 'lemah' dan 'boneka'?
Kenapa marahkan UMNO yang setia pada Presiden? Mahathir menuduh Najib dengan menggunakan fakta-fakta palsu dan rekaan dari Sarawak Report, bagaimana kami hendak percaya pada tuduhan Mahathir itu?
Takkanlah kerana menolak untuk percaya pada sumber tidak benar itu layak dianggap 'pekak', 'bisu' dan 'buta'? Atau Mahathir sebenarnya yang sudah 'tuli', 'bisu' dan 'buta' kerana percaya pada tuduhan-tuduhan rekayasa itu?
Penulis mengharapkan Mahathir terimalah kekalahan kali ini dengan hati yang terbuka...
Friday, March 25, 2016
{ VIDEO } Pelbagai Cara Lim Guan Eng Cuba Kaburi Mata Rakyat
RBA cuba buat diversion kepada peristiwa yang lebih besar. Mereka telah translate SD Phang Li Koon dalam beberapa bahasa tetapi ramai yang tidak faham terjemahan Google translator yang digunakan.
Lim Guan Eng cuba buat 'media house tour' untuk kaburi mata dan cuba dapatkan sokongan akhbar.
House tour hanya di living room dan bukan sekeliling rumah dan bilik pun.
Ikuti video berikut mengenai lawatan tersebut:
Rakyat tertanya-tanya, apakah tindakan Lim Guan Eng untuk mengaburi mata rakyat berkenaan rasuah salahguna kuasa pembelian banglo jauh lebih murah dari harga pasaran. Akhirnya perkara ini terjawab apabila beliau mengisytiharkan dua buah rumah kedai, Simpanan Tetap dan Saham Sebagai aset dalam usaha mengalihkan isu.
Lim Guan Eng Istihar Harta Untuk Alih Isu Skandal Banglo
Experts: Value is in the location, not furniture
“How the house is built and furnished contributes little to the price tag,” said one valuer who has been in the business for 18 years.
Pointing out that the data on all land transactions were available to property valuers, he said the last land sale before Lim’s purchase was done at RM722.36 per sq ft compared with Lim’s deal of RM275.56 per sq ft.
“The chief minister got a valuation of 2.62 times lower than the earlier deal of a house on a plot of land half the size, nine units away,” he said.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/22/experts-value-is-in-the-location-not-furniture/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/03/20/guan-eng-i-dont-know-bungalow-market-value/
Guan Eng juga tidak patut memberi alasan yang beliau konon tidak tahu-menahu bahawa tanah strategik berkenaan sudah lama diperuntukkan khas untuk PPR. Ini kerana perkara itu ada direkodkan dalam hansard atau dokumen rasmi kenyataan ucapan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2012 lalu yang malah ia disebut sendiri oleh Guan Eng.
Syura Ulama PAS Gesa SPRM Siasat Lim Guan Eng Segera - See more at:http://www.pru14.tv/2016/03/20/syura-ulama-pas-gesa-sprm-siasat-lim-guan-eng-segera/#sthash.JqJDHXYz.dpuf
LIM GUAN ENG KANTOI A THIRD TIME
http://www.malaysia-today.net/lim-guan-eng-kantoi-a-third-time/
----------------------
First you were elected as Chief Minister (CM) but now you betrayed your supporter and become:
A Cheat Minister (CM)
1. Able to buy a bungalow with very cheap price that no one else could do so, maybe except Khir Toyo the former MB of Selangor who has been sentenced one year in prison.
2. You said the bungalow so cheap because it has no swimming pool. How much a swimming pool cost? It just needs RM200,000 to construct a nice swimming pool. So are you telling us adding a swimming pool then your house can match the market price of RM6 million?
3. Everyone knows that the land size and location is more valuable than the house itself, so don't be so cheap to ask reporter to see how simple your house looks like to divert the attention.
4. First you said willing buying willing selling, now you said your wife (a lawyer) has pegged the price for RM2.8 million with Ms Phang many years ago. Can you get your wife to teach us how to negotiate so that owner can sell a house without increasing the price after 7 years?
5. You and your supporters are so cheap that start playing the same old tricks to divert the attention by saying other politicians are staying in a much bigger and more luxurious house. The issue now is on you, so explain and not divert the attention.
NOT only that! You also a Cheap Minister by cheating your own government using under value property to pay a low stamp duty on the transaction.
Last question. Where is Rafizi, Tony Phua, Teng Chang Kim and other machai who were so eager to go after corruption cases? Double standard? Finding a hole to hide?
This is the end of it, Cheat Minister!
What say you???
-------------------------
HAIRAN mana pergi suara-suara melayu yang persoalkan Dana UMNO tapi sunyi sepi bila Cina DAP jelas mengaku "rasuah"?
Thursday, March 24, 2016
Gadis Misteri, akaun Bersumpah Puji Guan Eng DAP dan Ambiga
Guan Eng DAP mungkin terlupa atau buat-buat lupa bahawa Ambiga Sreenevasan, bekas pengerusi Majlis Peguam juga telah menyarankan kepada Setiausaha Agung DAP itu untuk mempertimbangkan pilihan yang ada, termasuk mengambil cuti!
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/apa-salahnya-bercuti-ketika-siasatan-sprm-ambiga-saran-guan-eng#sthash.2IRMVOkB.dpuf
Untuk rekod, S Ambiga Sreenevasan merupakan salah satu peguam yang dilantik oleh kerajaan DAP di dalam kes Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebagai sebuah pertubuhan haram.
http://www.bharian.com.my/node/31767
Pada 15 Mac 2016, Lim Guan Eng DAP juga telah melantik Ambiga Sreenevasan untuk membantu kerajaan DAP dalam isu MBPP dan projek pembinaan di tanah lebih daripada 76 meter (250 kaki) di Pulau Pinang.
http://limguaneng.com/index.php/2016/03/15/prof-gurdial-singh-nijar-al-sadu-singh-and-datuk-ambiga-sreenevasan-appointed-to-assist-the-penang-state-government-and-majlis-bandaraya-pulau-pinangmbpp-to-uphold-the-appeals-board-decision-so-as/
Ironinya, pada tarikh 13 Februari 2016 sebelum perlantikan ini, Ambiga telah mengkritik dan mendedahkan isu projek tanah yang sama! Beliau mendedahkan tentang wujudnya permohonan projek pada tahun 2011 yang diluluskan oleh kerajaan DAP. Dan 55 blok pembangunan tinggi di tanah bukit yang telah diluluskan oleh kerajaan DAP pada tahun 2008 - 2015!
Skandal projek tanah bukit ini merupakan satu lagi isu integriti yang menyelubungi Setiausaha Agung DAP tetapi terlepas pandang oleh rakyat.
Dan setelah mengkritik, Ambiga dapat pula menjadi peguam mewakili kerajaan DAP negeri? Macam mana tu?
Dan sekarang, Ambiga Sreenevasan telah menyarankan Lim Guan Eng DAP mempertimbangkan supaya Lim Guan Eng mengambil cuti.
Persoalannya, apakah Setiausaha Agung DAP ini akan memecat bekas pengerusi Majlis Peguam itu kerana membuat kenyataan yang hampir sama dengan saranan PAS dan UMNO?
Apakah Ambiga juga telah 'berganding dengan PAS dan UMNO' dalam isu banglo dan tanah Fasa 2 Taman Manggis ini?
Kita pun sudah sedia maklum bahawa sebelum ini, Guan Eng DAP telah memecat 2 ADUN PKR daripada jawatan GLC kerajaan DAP negeri. Apakah Ambiga mangsa yang seterusnya atau kerajaan DAP takut untuk melakukannya?
Lim Guan Eng juga telah menggunakan nama Allahyarham Nik Aziz untuk mempertahankan diri sendiri. Kenyataan Guan Eng di bawah ini juga ibarat terpalik ke muka Pembangkang sendiri!
Tambahan pula, sekiranya seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri perlu bercuti setiap kali laporan rasuah dikemukakan kepada SPRM, laporan-laporan yang mengarut dan tidak berasas juga boleh dijadikan senjata politik, dan semua orang akan terpaksa bercuti.
Come on ……. Lim Guan Eng DAP.
Dalam masa yang sama, Akaun Sumpah bekas pemilik banglo Jalan Pinhorn juga telah dipertikai oleh rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang. Kita tentu hairan apakah istimewanya Miss P ini hinggakan akaun sumpah beliau disiarkan di dalam blog rasmi Lim Guan Eng DAP?
Saya tidak faham mengapa perjanjian saya untuk menjual rumah kepada KM telah dibesar-besarkan sehingga menjadi isu nasional sedangkan saya tidak membuat apa-apa urusan dengan Kerajaan Negeri.
Nampaknya, isu
banglo Terlajak Murah diMiliki Lim Guan Eng dan tanah Fasa 2 Taman Manggis
ini menjadi semakin panas.
Ianya
menimbulkan pelbagai keraguan yang mempertikaikan integriti dan
nilai C.A.T yang selama ini dilaung-laungkan oleh kroni tegar Lim
Kit Siang DAP itu. Setiausaha
Agung DAP disarankan untuk menjawab segala keraguan ini.
|
GUAN ENG , SPRM, VIDEO PENDEDAHAN TERBARU BANGLO & TAMAN MANGGIS !
Dalam masa yang sama, kita telah menyaksikan wayang ahli-ahli parlimen DAP yang sengaja membuat provokasi di dalam dewan parlimen. Walau pun tuan speaker dewan telah membuat keputusannya, tetapi Lim Guan Eng dan ahli-ahli parlimen DAP yang lain berterusan menyampuk hinggakan tuan speaker terpaksa menghalau Lim Guan Eng DAP. Manakala ahli-ahli dewan DAP yang lain turut beredar keluar daripada dewan.
Rakyat nampak wayang ini dan kita dapat mengagak bahawa mereka ini gentar dengan pendedahan yang bakal dibuat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DS Abdul Rahman Dahlan selepas itu.
Dan memang benar, Rahman Dahlan telah mendedahkan 2 dokumen Perjanjian Jual Beli (S & P) berkaitan tanah Fasa 2 projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, Pulau Pinang.
Apakah nama 4 syarikat yang terlibat ini? Apakah ada satu lagi skandal di dalam skandal yang sedia ada?
Kita tunggu dan lihat.
Lihat juga video di bawah ini:
Bukan itu sahaja, jawapan Lim Guan Eng yang tidak tahu harga pasaran banglo No Swimming Pool milik beliau juga telah dikritik hebat.
Beliau adalah Ketua Menteri, pengerusi hal ehwal tanah negeri dan akuntan bertauliah. Malah, Lim Guan Eng DAP juga memiliki 2 hartanah di Melaka seperti yang MiM dedahkan sebelum ini. Apakah Lim Guan Eng 'tidak tahu' atau 'ingin tahu' harga pasaran 2 hartanah itu ketika beliau membelinya?