Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, March 20, 2016

Sidang Akhbar Hari Cuti, Apa Agenda SPRM?



Apakah motif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memanggil sidang akhbar tergempar mengumumkan tangkapan seorang penjawat awam bertaraf Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan sukan pada hari Sabtu, yang merupakan cuti umum di negara ini, sekiranya bukan untuk mengalih tumpuan umum dari isu Ketua Menteri Pulau Pinang?
Ketika seluruh negara sedang hangat membincangkan isu pembelian rumah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari seorang ahli perniagaan dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran, tidak semena-mena SPRM membuat sidang akhbar kononnya melakukan tangkapan membabitkan korupsi bernilai RM 100 juta sejak 2010.


Jarang sekali SPRM membuat sidang akhbar mengumumkan tangkapan kerana disyaki terlibat dalam satu sindiket menyeleweng dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta. Baca semula HANYA DISYAKI!


Selalunya dalam kes sebegini, kenyataan atau sidang akhbar hanya dikeluarkan selepas pendakwaan dibuat di Mahkamah. Ini kerana disyaki bermakna kertas siasatan belum lengkap dan sudah tentu SPRM tiada hak untuk membuat sebarang kenyataan akhbar yang "bernilai berita" sebelum kes di hadapkan ke Mahkamah.


Namun tindakan SPRM tergesa-gesa membuat sidang akhbar dengan mengumumkan jumlah sebesar RM 100 juta tampak seperti mahu mentutup isu Lim Guan Eng.


Sejak kematian Teoh Beng Hock dalam bangunan SPRM Selangor, tingkah laku SPRM sangat meragukan apabila mmebabitkan ahli politik. SPRM dilihat lebih berminat menonjolkan persepsi baik di kalangan rakyat berbanding menegakkan keadilan.


Dengan itu SPRM cuba sedaya upaya menyabitkan ahli politik dari Barisan Nasional dan melepaskan ahli politik dari Pakatan Rakyat. Terdapat pelbagai gosip membabitkan kes Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Dr Mohamad khir Toyo, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan sekarang Lim Guan Eng.


Namun tidak wajar untuk ruang ini menerbitkan gosip-gosip tersebut demi menjaga integriti SPRM sendiri. Kita biarkan gosip tinggal gosip.


Kita menyokong usaha SPRM membanteras rasuah namun mereka tidak seharusnya bermain politik sehingga menjejaskan proses keadilan.




4 comments :

Anonymous said...

Tak kiralah hàri apa nak dedahkan...yang salah tetap salah. Jangan màcam sorang tu dah lah...cakap nak saman WSJ hari selasa tapi tak saman2.

Anonymous said...

Ikut suka dia lah nak saman hari Selasa yg mana satu? yg kau menyibuk pehal.

Anonymous said...

Marah....Nanti kena jual dgn Najib macam dia jual harta negara....he...hee

Unknown said...

Putar Alam betul la!!! Ingat, hidup kat dunia ni sementara je..

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.