Apakah
motif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memanggil sidang akhbar
tergempar mengumumkan tangkapan seorang penjawat awam bertaraf
Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan sukan pada hari Sabtu,
yang merupakan cuti umum di negara ini, sekiranya bukan untuk
mengalih tumpuan umum dari isu Ketua Menteri Pulau Pinang?
Ketika
seluruh negara sedang hangat membincangkan isu pembelian rumah oleh
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari seorang ahli perniagaan
dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran, tidak
semena-mena SPRM membuat sidang akhbar kononnya melakukan tangkapan
membabitkan korupsi bernilai RM 100 juta sejak 2010.
Jarang
sekali SPRM membuat sidang akhbar mengumumkan tangkapan kerana
disyaki terlibat dalam satu sindiket menyeleweng dana kerajaan
berjumlah lebih RM100 juta. Baca semula HANYA DISYAKI!
Selalunya
dalam kes sebegini, kenyataan atau sidang akhbar hanya dikeluarkan
selepas pendakwaan dibuat di Mahkamah. Ini kerana disyaki bermakna
kertas siasatan belum lengkap dan sudah tentu SPRM tiada hak untuk
membuat sebarang kenyataan akhbar yang "bernilai berita"
sebelum kes di hadapkan ke Mahkamah.
Namun
tindakan SPRM tergesa-gesa membuat sidang akhbar dengan mengumumkan
jumlah sebesar RM 100 juta tampak seperti mahu mentutup isu Lim Guan
Eng.
Sejak
kematian Teoh Beng Hock dalam bangunan SPRM Selangor, tingkah laku
SPRM sangat meragukan apabila mmebabitkan ahli politik. SPRM dilihat
lebih berminat menonjolkan persepsi baik di kalangan rakyat
berbanding menegakkan keadilan.
Dengan
itu SPRM cuba sedaya upaya menyabitkan ahli politik dari Barisan
Nasional dan melepaskan ahli politik dari Pakatan Rakyat. Terdapat
pelbagai gosip membabitkan kes Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Dr
Mohamad khir Toyo, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan sekarang Lim
Guan Eng.
Namun
tidak wajar untuk ruang ini menerbitkan gosip-gosip tersebut demi
menjaga integriti SPRM sendiri. Kita biarkan gosip tinggal gosip.
Kita
menyokong usaha SPRM membanteras rasuah namun mereka tidak seharusnya
bermain politik sehingga menjejaskan proses keadilan.
4 comments :
Tak kiralah hàri apa nak dedahkan...yang salah tetap salah. Jangan màcam sorang tu dah lah...cakap nak saman WSJ hari selasa tapi tak saman2.
Ikut suka dia lah nak saman hari Selasa yg mana satu? yg kau menyibuk pehal.
Marah....Nanti kena jual dgn Najib macam dia jual harta negara....he...hee
Putar Alam betul la!!! Ingat, hidup kat dunia ni sementara je..
Post a Comment