Saturday, 21 March 2015
Dalam kecoh berkenaan kenaikan kadar tambang teksi ramai juga yang masuk campur kurang bermaklumat berkenaan nya.
Dengar sahaja kenaikan sesiapa pun akan marah, di tambah lagi dengan akan ada nya perlaksanaan GST oleh negara kita pada awal bulan depan.
Gambaran di beri seolah olah seronok lah yang mengumumkan kenaikan nya, malah ada yang menuduh cuba memburuk kan kepimpinan negara dengan kadar tambang baru itu.
Sedikit sahaja yang bermaklumat bahawa kali terakhir di naik kan ada lah pada tahun 2009, dan lebih ramai lagi tidak tahu kajian kenaikan dibuat 3 tahun lalu dan bukan nya semalam atau kelmarin.
Selain itu ramai juga tidak tahu tiap hujung minggu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengada kan operasi sulit bergelar Ops Tegar.
Operasi melalui penyamaran ini lah yang berjaya menangkap puluhan teksi tiap kali ia di jalan kan. Sehingga pembawa teksi semua menggelarkan SPAD sebagai Yahudi, Zionis dan zalim.
Maka sedikit juga orang yang tahu bahawa dengan operasi demi operasi dan bertus ratus teksi di angkut termask dengan kaedah baru SPAD menggunakan treler ini telah menjadi data in-put oleh SPAD dalam mengkaji “the why and the what” berkenaan pemandu dan cara hidup mereka dan kenapa mereka tidak suka guna meter tambang.
Selain itu serangan pelbagai pihak kepada SPAD oleh mereka yang mahu popular dengan membela pemandu teksi dan syarikat teksi kerana konon nya SPAD tidak peka dan buta perut tidak mahu menaikan kadar tambang.
Bagi yang sedikit bermaklumat pula mereka menjurus kepada harga petrol sahaja sebagai sandaran debat.
Mereka terlupa kos kos lain, hidden kos, tunggu lama lama dapat sedikit, sudah dapat tersekat sekat dalam jem jalan raya.
Bagi yang nak jadi hero fly by night, seronok hentam SPAD konon tidak peka kepada industri teksi dan rakyat. Rakyat di iktiraf sebagai pengguna sahaja, pemandu teksi bukan rakyat.
Itu sebelah sini, sebelah sana pula , kata SPAD tidak buat kerja, duduk diam, sedang teksi lenjan wang rakyat.
Mereka tidak tahu SPAD tidak memakai baju uniform ketika menjalan kan kerja kerana risikan termasuk anggota SPAD lepak berjam jam di tempat tertentu seperti restoren mahumemerhati gelagat pemandu dari kaum atau puak tertentu yang hanya duduk berbual kerana mahu elak jalan sesak dan akan keluar bila jalan sudah tidak sesak.
Mereka ini pula mahu sapu wang sekali kaup untuk satu destinasi sehari pendapatan sedang kan yang jujur terpaksa kerja sepanjang hari untuk dapat jumlah yang sama.
Jumlah pemandu teksi di Malaysia hampir sama jumlah angkatan tentera kita.
Jika di kali 3 bersama anak dan isteri ia meliputu periuk nasi hampir setengah juta rakyat.
Pemandu pula ramai bekas tentera , Polis dan tidak kurang juga yang kena buang kerja dari syarikat lain.
Malah ada juga ibu tunggal yang tiada kemahiran lain untuk cari nafkah.
Mungkin dari segi timming nya SPAD agak tersilap sebab masalah lain ia itu GST di anggap masalah SPAD juga. Sedang dunia SPAD ada lah pengangkutan Awam. Jadi menaikan kadar tertangguh 6 tahun di waktu negara mahu melaksana GST ada lah dosa besar.
Bagai mana pula Persatuan teksi dan bas yang sering menggodak SPAD?
Malah ada yang berdemo dan melaung laung slogan di hadapan pejabat SPAD
Mana pergi mereka semua, seharus nya mereka juga patut tampil bersama SPAD demi menjelaskan kewajaran kenaikan.
Isu ini harus di layan dengan teliti tanpa emosi,
Jumlah individu terbabit bukan kecil anak, 130,000 ia sama dengan jumlah anggota tentera kita, belum di kali kan dengan anak dan isteri mereka.
Tapi di harap sangat pihak mana pun baik mereka yang mahu political mileage atau pun yang jujur, elok di selesaikan secara rasional.
SPAD ada kertas kerja nya, jika waktu kenaikan menjadi penyebab, maka ia boleh di tunda , SPAD bukan pihak mendapat untung dari kenaikan ini.
Bak kata seorang pegawai tinggi SPAD “damn if you do damn if you dont”.
Jika Buat salah jika tak buat pun salah, buat kena tibai dengan rakyat pengguna, tak buat kena tibai dengan rakyat pemandu. Take your pick.
Cr: thechulan
No comments :
Post a Comment