Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 24, 2015

KEJATUHAN RINGGIT BERBANDING DOLLAR AMERIKA SYARIKAT, RAKYAT MALAYSIA AKAN MATI TERLEBIH MAKAN RUMPUT DAN PASIR

Monday, 16 March 2015

KEJATUHAN RINGGIT BERBANDING DOLLAR AMERIKA SYARIKAT, RAKYAT MALAYSIA AKAN MATI KERANA TERLEBIH MAKAN RUMPUT DAN PASIR!

Sekarang ini para zombie dan pecacai Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk menanamkan kepercayaan dalam otak rakyat, Kerajaan Malaysia dipimpin dan ditadbir oleh pemimpin yang lemah dan tidak pandai menguruskan kewangan serta ekonomi negara.

Alasan dan indeks yang mereka gunakan adalah kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat. Seolah-olah Malaysia hanya berdagang dengan Amerika Syarikat dan hanya menggunakan Dollar Amerika Syarikat sebagai tukaran. Dan seolah-olah ekonomi Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Amerika Syarikat.

Sekiranya anda adalah rakyat Russia, Colombia, Brazil, Serbia, Sweden, Norway, Romania, Croatia, Czech Republic, Denmark, Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Kosovo, Montenegro, Andorra, Monaco, San Marino, Vatican City, Bulgaria, Poland, Australia, Algeria, Hungary, Turki, Iceland, Japan, Morocco, Kanada, Tunisia, Israel, New Zealand atau Mexico dan sekiranya anda menggunakan logik bongok Pakatan Rakyat, huru-hara jadinya.

Ini adalah kerana semenjak Jun 2014, matawang-matawang negara-negara berkenaan melemah berbanding Dollar Amerika Syarikat. Kebanyakan daripada matawang negara-negara berkenaan mengalami kemerosotan jauh lebih teruk berbanding ringgit Malaysia.

Ikutkan logik otak kacang Pakatan rakyat, pemimpin dan kerajaan negara-negara yang disebutkan di atas sangat kuat rasuah dan langsung tidak berguna berbanding pemimpin Kerajaan Malaysia.

Malah ikut logik mereka juga, negara-negara berkenaan akan berhadapan dengan kebankrupan pada tahun hadapan, manakala generasi akan datang mempunyai peluang cerah untuk menjadi hamba atau pun pekerja migran di negara asing.

Malah besar kemungkinan juga rakyat negara ini akan mati beramai-ramai kerana terpaksa makan rumput atau pasir kerana kejatuhan Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat.

Cr : sengal berita

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.