Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, March 21, 2015

AWAS - Anak Anak Gadis Melayu Sedang Dirosak Dan Koyak-Rabakkan

Saturday, March 21 2015

Terbaru seorang gadis bernama Aisyah Jamaluddin telah dipergunakan oleh sebuah stesyen radio dengan menyiarkan komen dan persendaan terhadap hukum hudud melalui sebuah video klip yang disiarkan di Youtube. Mengapakah stesyen radio itu menggunakan seorang gadis Melayu sebagai bahan propagandanya sudah dimaklumi bahawa untuk merosakkan institusi Islam- Melayu. Untuk itu modus-operandi nya  itu mestilah dari kalangan  orang Islam-Melayu sendiri. Dari kalangan orang Melayu pula yang lebih senang di pengaruhi dan dirosakkan adalah gadis-gadis yang masih tidak matang atau yang telah matang tetapi punyai pegangan agama yang tidak kental.

Anehnya ada ibu bapa yang masih buta dan keliru dengan perilaku sianak seperti mana si bapa gadis bernama Aisyah ini tampil membuat kenyataan menyokong kebiadaban anaknya serta menyalahkan masyarakat sekeliling apabila anaknya menerima ugutan bunuh, rogol dan bakar. Tanpa rasa malu sibapa menyatakan bahawa hidup mereka sudah tidak lagi selamat di negara ini selepas anaknya dikecam membuat kenyataan menghina dan memperlekehkan institusi agamanya sendiri.

Apa yang meresahkan ialah apa sahaja peristiwa yang membawa kontroversi di negara ini adalah didahulu dengan gelagat yang tidak terkawal oleh gadis-gadis Melayu. Lihatlah betapa anak-anak gadis Melayu (kebanyakannya bertudung) terkinja-kinja memegang anjing dalam penganjuran I Want To Touch A Dog. Anak-anak gadis Melayu juga terkedepan dengan peristiwa memeluk artis-artis K-pop baru-aru ni. Ada yang sibuk menyertai parti politik yang terang-terang tidak mesra-Islam dan berbagai peristiwa lagi.

Dalam kes-kes murtad pula ia juga dijuarai oleh para gadis-gadis Melayu. Disana sini berita murtad adalah dikalangan gadis Melayu!. Anak gadis Melayu sedang dirosakkan dan dipergunakan untuk mengoyak rabakkan institusi Agama Islam!

Puak-puak diluar sana sanggup dan bersedia membela dengan menyediakan bantuan kewangan, para peguam, sebaran media dan apa sahaja asakan tujuannya untuk menghancur-musnahkan kemuliaan Agama Islam tercapai. Segala apa tidakan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama akan di viralkan supaya Islam kelihatan lebih buruk. Kebanyakan anak gadis kini lebih mudah dipengaruhi dan tanpa rasa segan silu berbuat apa sahaja perkara terlarang mungkin untuk tujuan glamour atau minta untuk diberi perhatian, sebab kewangan atau cinta.
 
Kurangnya didikan yang diterima dari ibu bapa, atau hidup diluar lingkungan agama maka segala tindak tanduk anak-anak gadis diberi sokongan walaupun didalam perkara yang menyesatkan. Ada ibu bapa yang sanggup membela tindakan anak-anak tanpa mampu untuk menasihatkan apa yang betul dan tidak betul.

Ingatlah para ibu bapa, abang, adik. Perhatikan dan berilah perhatian yang serius kepada anak gadis anda. Kawal lah anak -anak gadis kita. Jangan kita terpedaya hanya kerana mereka keluar memakai tudung. Lihatlah di internet betapa banyaknya anak-anak gadis Melayu bertudung merakam aksi maksiat mereka dan dimuat naik kelaman sosial tanpa rasa bersalah!

Jangan kelak selangkah memasuki syurga tiba-tiba kita direntap keneraka oleh gelagat anak gadis kita. Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka..”.(At-Tahrim: 6)

4 comments :

Anonymous said...

Banyak betul DRAMA bertahap SAMPAH di BFM & Malaysian Indiser

Anonymous said...

As-salam,
Boleh tukar font tak? susah nak baca.

zethro said...

Salam tuan,

Aisyah Jamaludin?
Aisyah Tajudin la bro...
Harap betulkan takut timbul fitnah...

Anonymous said...

Berani buat sendiri terpaksa tanggong la. ikut cara abg non..sanggup kena penjara sampai mati.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.