Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 24, 2015

SEBAB DAP SERANG HAJI HADI AWANG DAN BUKAN PARTI PAS DIDEDAH

Tuesday, March 24, 2015

SEBAB DAP SERANG ABDUL HADI AWANG DAN BUKANNYA PARTI PAS DIDEDAHKAN !

Isu CEC DAP yang hanya menghentam, mengutuk dan menghina Abdul Hadi Awang, Presiden PAS seorang sahaja dan bukannya PAS Kelantan dan parti PAS, telah terjawab.

Sebelum ini, kita mempersoalkan motif CEC DAP yang hanya menunding jari kepada Abdul Hadi Awang dan DAP bertindak pengecut apabila masih lagi bergayut kepada parti PAS dan Pakatan Pembangkang.

Ini jawapannya :

Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berpendapat, tindakan DAP yang hanya memutuskan hubungan dengan Hadi dan bukannya PAS secara keseluruhannya sebagai "tekanan luar" kepada presiden PAS itu.

"Ia tekanan supaya dalaman PAS bergolak. Ia dilihat sebagai tekanan dari luar PAS kepada ahli PAS menolak Hadi ketika parti ini bakal berhadapan pemilihan.
"Tindakan ini jelas menunjukkan DAP mencampuri urusan dalaman PAS," kata anak kepada bekas mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Ada logiknya kenyataan Nik Abduh ini untuk menjawab kejanggalan dan betapa peliknya keputusan CEC DAP. Yang lebih pelik tahap bangangnya ialah kenyataan DAP yang berkata,

…sekiranya ahli Parlimen Marang itu masih mahu meneruskannya, beliau harus melaksanakannya sebagai ahli Parlimen dan bukan sebagai anggota PR.
"Di sini kita tidak persoalkan hak demokrasi Hadi untuk bentang apa-apa usul, beliau memang ada hak sebagai ahli Parlimen.
"Tetapi, kalau nak buat usul sedemikian, jangan laksana sebagai ahli PR. Kerana, kalau beliau buat sedemikian, lebih baik beliau tinggalkan PR,"

Nampak sangat wujud cubaan parti DAP untuk memisahkan Abdul Hadi Awang daripada parti PAS padahal semua tahu bahawa Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS yang sah dan dipilih oleh perwakilan PAS.

Dan tindakan parti DAP yang tanpa malunya masih lagi bergayut pada parti PAS ini menguatkan lagi kenyataan Nik Abduh PAS itu.

Persoalannya, siapakah balaci atau pencacai DAP yang ada di dalam parti PAS?

Apakah pelan mereka untuk menjatuhkan Abdul Hadi Awang?

Dalam masa yang sama, kepimpinan tertinggi DAP gagal menjelaskan tindakan DAP beberapa negeri yang 'menggantung' kerjasama dengan PAS. Kenapa mereka bertindak bersendirian tanpa keputusan CEC DAP?

Apakah mereka sudah tidak menghormati Lim Guan Eng dan kroni tegarnya, Lim Kit Siang DAP?  

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan DAP malam tadi sesuatu yang janggal kerana parti itu tidak boleh memutuskan hubungan dengan Hadi seorang.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim berkata keputusan itu satu isyarat DAP mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.
"Keputusan itu keputusan yang kita rasa janggal, sebab presiden mewakili parti. Tiada istilah putus dengan presiden, tetapi putus dengan PAS.
"Kami mendukung kepimpinan presiden dan apa-apa yang berlaku pada presiden bermakna berlaku pada PAS.

"Bagi PAS, kami bersama dengan presiden. Sebarang keputusan khusus untuk presiden, bagi PAS itu keputusan yang janggal dan pelik," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mengulas gesaan Lim supaya Hadi meninggalkan PR jika ingin meneruskan pembentangan rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen, Tuan Ibrahim berkata DAP yang perlu meninggalkan gabungan itu.

Katanya, bukan sesuatu yang janggal bagi DAP meninggalkan PR kerana parti itu pernah berbuat demikian ketika isu hudud dibangkitkan PAS sebelum ini.

"Mereka pernah buat benda yang sama dulu. Dulu DAP pernah tarik diri dari PR. Kalau mereka rasa tak selesa, mereka harus buat keputusan yang sama untuk tarik diri.

"Bagi PAS, tiada parti yang boleh memecat atau mengeluarkan mana-mana parti dalam PR kecuali parti tersebut nak tarik diri.
"Mereka pun dah kemukakan satu pakatan baharu seperti kata Lim Kit Siang dua hari lepas. Saya fikir mereka kena bergerak begitu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dan parti DAP juga didedahkan sebagai satu parti yang tidak boleh dipercayai. Sebelum ini, kerajaan DAP Pulau Pinang telah membawa usul pilihan raya kerajaan tempatan di Dewan Undangan Negeri dengan membelakangkan Pakatan Pembangkang.
"Kalau atas alasan DAP, kononnya PAS membelakangkan PR, DAP pun tak boleh dipercayai sebab bawa usul pemilihan kerajaan tempatan dalam Dewan Undangan Negeri tanpa bawa kepada PR.
"Alasan itu sebenarnya balik pada dia.

Berapa banyak keputusan mereka membelakangkan PR? Saya fikir mereka perlu buat keputusan tarik diri, itu lebih baik," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Hadi sebagai "kebudak-budakan".

Katanya, hubungan dalam politik termasuk dalam PR, ialah antara parti dengan parti, bukannya antara parti dengan mana-mana pemimpin parti.
"Ini keputusan kebudak-budakan dan tidak matang," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Beliau berpendapat, sekiranya DAP matang, parti itu akan membuat keputusan dengan parti itu sendiri, bukan dengan mana-mana pemimpinnya.
"Setiap parti melantik pemimpin masing-masing. Jadi, jika ingin bekerjasama, kena terima pemimpin yang dipilih parti itu," katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar, kanan) pula berkata sukar menerima keputusan DAP itu dan berpendapat memutuskan hubungan dengan Hadi bukan penyelesaian terbaik, sebaliknya ia harus dibawa ke dalam mesyuarat.
"Hadi presiden saya dan presiden lebih satu juta ahli PAS.
"Rumit dan sukar bagi saya menerima sepenuhnya keputusan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengan Hadi tetapi mahu terus kekal dengan PAS dan PR," katanya.

Pokoknya, parti DAP telah cuba untuk membohongi ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya dengan keputusan yang kebudak-budakkan dan janggal itu.

Keputusan DAP itu juga menunjukkan bahawa parti DAP sebenarnya hanya tin kosong dan pengecut tidak berani untuk meninggalkan parti PAS dan Pakatan Pembangkang.

Segala riuh rendah kepimpinan DAP itu hanyalah untuk mengaburi serta menipu penyokong-penyokong DAP yang sebelum ini mengharapkan agar parti DAP dapat memaksa parti PAS mengugurkan Hudud.

Malah, kenyataan terbaru Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang berkata, pengumuman keputusan mesyuarat CEC DAP akan 'menghampakan Barisan Nasional' juga menyakinkan kita kepada sandiwara parti DAP.

"Tunggu esok, kita akan umumkan menerusi kenyataan media pada awal pagi" kata Anthony Loke.

Tidak perlulah kita tunggu. Kita sudah tahu bahawa parti DAP 'tiada telur' untuk meninggalkan parti PAS. 

Cr : drmim

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.