Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 17, 2015

BILA LAGI TINDAKAN SAMAN KEATAS RAFIZI BERHUBUNG FITNAH 'JET PERIBADINYA' AKAN DIAMBIL

Tuesday, 17 March 2015

Ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional melakukan kesilapan apabila banyak fitnah yang dilemparkan kepada mereka oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, dibiarkan begitu sahaja dengan harapan fitnah tersebut akan lenyap perlahan-lahan. Dan kalaupun tindakan diambil, ia sudah terlalu terlambat kerana terlalu lama untuk membuat keputusan berkenaan.

Contoh terbaik ialah dalam isu NFC. Sehingga kini, para pecacai Pakatan masih lagi bercakap kononya Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya telah merompak wang rakyat berjumlah RM250 juta (Kes salahguna hanya RM49juta) sekalipun, wang tersebut telah dipulangkan kepada kerajaan manakala firma yang menjalankan urusniaga fidlot lembu bagi membekalkan daging halal ke pasaran domestik, telah dihentikan operasinya, sekaligus membolehkan pasaran daging di Malaysia terus dikawal dan dikuasai oleh kartel-kartel yang membeli daging kerbau dari Asia Selatan. Malah wang yang dipinjamkan bukan wang pembayar cukai tetapi pinjaman dari AGRO Bank.

Rafizi Ramli sekalipun mempunyai banyak kes mahkamah yang tergantung khususnya BAFIA, sehingga kini terus bebas menfitnah. Malah dia langsung tidak gusar seolah-olah cukup yakin, mahkamah akan membuang kesnya kerana dia adalah salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Terkini, Rafizi Ramli melakukan fitnah ke atas Perdana Menteri menerusi pembelian jet baru yang menurutnya tindakan jahat Perdana Menteri menggunakan wang negara untuk bermegah-megah dan bermewah-mewah.

Penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri bahawa pembelian jet baru itu sebenarnya untuk menggantikan sebuah pesawat usang kegunaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, tidak menghalang Rafizi Ramli daripada meneruskan kerja-kerja fitnahnya.

Rafizi Ramli mendakwa dia mempunyai senarai sebut harga bagi pembelian tersebut. Dia cuba menggunakan angka-angka yang terdapat dalam details yang dibocorkan oleh 'orang dalam' untuk menimbulkan sentimen di kalangan rakyat agar membenci Kerajaan, sekaligus menimbulkan persepsi bahawa Kerajaan dengan sengaja telah menggunakan wang rakyat untuk kemewahan para pemimpin.

Dituduh membeli JET PERIBADI??? menggunakan wang cukai rakyat, Perdana Menteri seharusnya mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Rafizi Ramli sepertimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri Singapura, malah yang diamalkan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP sendiri.

Taktik enggan mengambil tindakan undang-undang kerana alasannya Perdana Menteri harus berjiwa besar dan terbuka kepada kritikan, seharusnya diketepikan kerana dalam kes ini sangat jelas, Rafizi Ramli melakukan fitnah dengan bantuan daripada  para pemimpin DAP seperti Teresa Kok.

Apatah lagi, benda yang difitnah oleh meka itu adalah membabitkan keselamatan Raja-Raja Melayu!

Cr : sengal berita

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.