Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 24, 2015

Cina Yang Mengaku Melayu Dalam DAP Diarah Burukkan Imej Hadi Awang

Cina Yang Mengaku Melayu Dalam DAP Diarah Burukkan Imej Hadi Awang?

Serangan habis-habisan daripada dalam PAS sendiri masih belum cukup untuk menumbangkan Haji Hadi daripada terus kekal sebagai Presiden PAS. Jadi Pakatan yang teringin melihat Hadi jatuh kerana menjadi batu penghalang atas beberapa perkara, menggunakan taktik lain pula.

Selain daripada tekanan dalaman, DAP mengarahkan ahlinya yang bukanlah Melayu tulen tetapi bernama seperti Melayu  untuk menghentam dan memburukkan imej Haji Hadi. DAP yang telah ditanam didalam kepala ahli PAS sebagai 'yang bagus' kemungkinan akan terpengaruh.

Tetapi apa kaitan masa depan Pakatan dengan kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden PAS? Seperti semua sedia maklum, akar-umbi PAS mudah dipergunakan jadi mereka ingin ganti Presiden PAS kepada orang yang akan sentiasa tunduk kepda PKR-DAP.

Lihat sendiri kedudukan Hadi Awang sememangnya dalam bahaya. Kemungkinan PAS bukan lagi parti Islam tetapi parti sekular yang berfahaman liberal biarpun beragama Islam. Keterbukaan melampau yang akan PAS hadapi telah pun terlihat sedikit demi sedikit.

Apabila wujudnya PasMa, itu petanda PAS sedang menuju kehancuran. Tetapi puak satu lagi telah bersedia untuk 'menghancurkan' PAS kemudian 'membina' semula dengan cepat. Berbeza dengan puak Ulama yang menyokong Hadi Awang.

Apapun kita akan lihat lebih ramai lagi yang 'menyumpit' Hadi Awang supaya beliau tidak bernafas ketika pemilihan PAS kelak. Apa agaknya yang akan berlaku? Pemilihan paling menarik dalam PAS sejak 2002 akan berlaku.

Guna Melayu untuk bunuh Melayu..

Cr : Keris Tujuh Lok

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.