Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, March 8, 2015

PAS KOTA BHARU ISYTIHAR TOLAK HAJI HADI AWANG!!!

Sunday, March 8, 2015

Pergerakan PASMA nampaknya semakin berleluasa di Kelantan dan seluruh negara. Hadi Awang dan pasukan pro-ulamanya sekarang tersepit, meskipun pada masa yang sama, anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh berada dalam kumpulannya.

Terbaru, dalam mesyuarat agung PAS Kota Bharu, Yang Dipertuanya, Wan Rahim Wan Abdullah yang cukup terkenal sebagai pengampu DAP nombor wahid terutama dalam memperkatakan tentang Karpal Singh, selain kegagalannya sebagai Pengarah Pilihanraya PAS PRK Pengkalan Kubor yang dipertikaikan apabila tindakannya mengenepikan PAS sebaliknya memilih PASMA, akhirnya menyebabkan PAS gagal menawan Pengkalan Kubor, berkata, DIA AKAN MENJADI GALANG GANTI KEPADA NIK AZIZ bagi menolak pencalonan semula Hadi Awang sebagai Presiden PAS sekaligus memastikan PAS tidak bekerjasama dengan UMNO.

Menurutnya lagi, Allahyarham Nik Abdul Aziz semasa hayatnya pernah berkata, tunggu dia mati dahulu untuk PAS bekerjasama dengan UMNO. Dan Wan Abdul Rahim cukup bimbang, kematian Nik Abdul Aziz akan digunakan oleh golongan pro-ulama yang diketuai oleh Hadi Awang untuk bekerjasama dengan UMNO... usaha yang telah dirintis oleh Allahyarham Fadhil Noor, setahun sebelum kematian bekas Presiden PAS itu.

Wan Abdul Rahim merupakan orang yang bertanggungjawab memperkukuhkan PASMA di Kelantan dan merupakan musuh utama Nik Abduh walaupun pada masa yang sama, cuba menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz untuk memperkukuhkan kedudukan dan memantapkan hujahnya.

PAS Kota Bharu adalah Kawasan PAS pertama yang mengadakan mesyuarat agungnya menjelang Muktamar Ke-61 pada Jun ini yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan. PASMA sedang melobi dan berkempen untuk menendang keluar Abdul Hadi Awang dan saf kepimpinan pro-ulama bagi memastikan PAS terus berada di bawah telapak kaki DAP dan diperintah pula oleh PKR.

Kenyataan Wan Abdul Rahim itu pastinya akan mendapat reaksi balas daripada kumpulan pro-ulama yang sekarang ini sudah mula menyaring dan menapis golongan PASMA serta pro-DAP-PKR dalam parti tersebut. Desakan daripada akar umbi itu agar PAS membersihkan parti tersebut daripada sebarang anasir yang cuba menjadikan PAS sebagai BIRO MELAYU-ISLAM DAP dan penyumbang tenaga demonstrasi PKR, juga semakin kuat walaupun pada masa yang sama, barisan kepimpinan PASMA cuba membuktikan bahawa mereka lebih kuat.

Sumber

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.