Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, July 6, 2015

PUAK PUAK UMNO SERONOK NAK JADI PENCATUR KUASA, TONY PUA DAN LIM KIT SIANG DAH TAK SABAR NAK RAMPAS PUTRAJAYA!!!

Monday, July 6, 2015

DAP tahu, kalau hendak memerintah negara ini, mahu tidak mahu, mereka terpaksa menumpaskan UMNO terlebih dahulu. Untuk berhadapan dengan UMNO secara gentleman di Pilihanraya Umum, DAP sangat sedar, banyak tembelang mereka mudah pecah dan tersebar. Lebih-lebih lagi, kisah Lim Guan Eng dan DAP menyamun seperti Pulau Pinang dan Selangor harta mak bapa mereka. Bimbang seandainya, lebih banyak yang terdedah dan keengganan Lim Guan Eng menjawab serta menerangkan segala dakwaan ke atasnya dengan mengambil sikap tutup mulut atau lari ke luar negara, DAP merangka rancangan lain untuk mengambil kesempatan.

DAP telah berjaya memporak-perandakan PAS. Mengecilkan kekuatan PAS dengan menjuzuk-juzukkan kepimpinan PAS dan kini PAS di ambang perpecahan lebih besar dengan penubuhan sebuah parti baru yang bakal diterajui oleh Siddiq Fadhil dengan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti tersebut selepas Aidil Fitri ini.

Serangan demi serangan oleh Rafizi Ramli yang dibantu oleh Tony Pua, semakin melebar dan tidak lagi dianggap sebagai fitnah. Bahkan ramai pula orang UMNO sendiri yang menerima fitnah-fitnah tersebut sebagai satu kebenaran yang tidak boleh dinafikan.

Peranan media antarabangsa seperti The Wall Street Journal dan The Age, telah diterima secara sebulat suara sebagai satu kebenaran hakiki, walaupun berdasarkan sejarah, kedua-dua media tersebut sentiasa melakukan serangan dan fitnah ke atas negara-negara yang perlu ditekan untuk akur kepada kehendak Zionis dan kolonialisme kapitalis Amerika Syarikat.

TPPA semakin hampir dan Amerika Syarikat memerlukan penyertaan Malaysia dalam kelompok penjajahan tersebut. Sama seperti tahun 1997-1998 apabila media-media mereka melakukan pembohongan dan fitnah ke atas Malaysia dan kepimpinan negara ini untuk memastikan Anwar Ibrahim dilantik sebagai proksi Amerika Syarikat dan negara pula melutut kepada rejim kewangan dan ekonomi yang direncanakan oleh IMF dan Bank Dunia.

Kecelaruan itu, ditambah pula dengan SIKAP PEMALAS orang Melayu dan rakyat Malaysia sendiri untuk merujuk sejarah membabitkan media-media antarabangsa tersebut, digunakan dan diambil kesempatan oleh DAP dengan sepenuhnya.

Tony Pua tidak lagi berkias, sebaliknya berterus-terang. Dia       menyeru dan mengajak semua Ahli-Ahli Parlimen terutama dari Barisan Nasional untuk bersama DAP mengambilalih negara ini. Dan sudah tentulah, DAP dan Tony Pua mengharapkan kesemuanya akan tunduk kepada DAP serta melantik mana-mana wakil DAP (baca; Lim Guan Eng) sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Baca semua komen yang terdapat dalam posting Tony Pua dan anda akan dapat gambaran sebenar, bagaimana seronoknya mereka setelah berjaya mengucar-ngacirkan negara ini dan kemudian menuduh kerajaan dan Najib terlalu lemah dan tidak berkebolehan untuk mentadbir negara.

Dari awal lagi, DAP telah berusaha keras untuk mewujudkan persepsi buruk ke atas negara inibagi menghalang kemajuan ekonomidan pelaburan masuk. Bahkan begitu seronok memburuk-burukkan negara di negara asing selain mempromosikan kononnya negara ini tidak bebas dan rakyat dari kelompok minoriti tertindas agar wujud persepsi buruk di peringkat antarabangsa.

Apabila persepsi buruk telah tercipta dan diterima pula sebagai satu kebenaran, DAP segera menuding menyalahkan pemerintah Malaysia kerana kononnya tidak berkeupayaan.

Helah yang amat baik dan mudah ditelan oleh sebahagian manusia yang mempunyai otak tetapi tidak mampu berfikir!!!

Sekarang, mereka mahu mengambilalih pentadbiran negara pula dan mereka begitu berterus-terang...

Tak nampak-nampakjuga permainan mereka?

Credit : TFK

1 comment :

Anonymous said...

Tengoklah juga MARA - TAK ADIL betul dilayan pd. CEO dan pengerusinya begitu; apahal begini?! Dan si AGLIBERAL; yg. terus SERBU 3 sy. tu hasil repot-KEREPOT WSJ tu apasal?! Sebenaqnya WSJ ini adalah media ZIONIS/Barat-amat-KEPARAT! Pernah si media KEPARAT ni serang pemimpin ISrael/Barat depa sendiri yg. asyik mendpt. dana termasuk utk. kempen pilihanraya depa, dari sy.-sy. SENJATA yg. mendpt. KEUNTUNGAN berBILLION utk. tak habis-habis MENYERANG/MEROMPAK Dunia Islam sewenangnya?!

Kita sepatutnya JANGAN asyik DEFENSIF - tetapi pemimpin-pemimpin Islam/Melayu juga mesti asyik SERANG ("ATTACK")! Itulah strategi perang memanjang Barat/Zionis dan EJEN-EJEN depa dari puak si PENGGANAS ANTI-ISLAM/Melayu dari puaka PENDATANG KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-ANJING KURAP-si-PORNORASIS-ejen Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no-1, sampaikan Dunia Islam yg. amat kaya minyak/gas- Thorium/Uranium (utk. pembuatan senjata NUKLEAR) boleh diJAJAH sewenangnya!

Yg. aku heran tu, asyik-asyik INSTITUSI-INSTITUSI/INDIVIDU-INDIVIDU yg. menjaga KEPENTINGAN-KEBAJIKAN Bumiputera Islam/Melayu kita yg. diSERANG BERTUBI oleh MUSUH-MUSUH BUMIPUTERA Islam/Melayu ni - dr. YAB PM kita, MH370/17 (sampai MAS dah makin diKUASAI si Barat/Zionis), IMDB, Tabung Haji, FELDA, MARA BERAS sy. BUMIPUTERA Islam/Melayu mega, FAIZA, dan sekrg. Yayasan Patriot tu!

Bahkan harga HARTANAH memang sering naik-turun mengikut harga pasaran sekarang - tengok sajalah walau kat M'sia ni; apalagi di bandar-bandar besar di Barat!

PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM yg. asyik jual tanah K'jaan Negeri dgn. murah termasuk pd. sy.-sy. SingaPORK, tak pula dikacau -maka PI MAMPOS 'Ngo' NWO("New World Order")-LIBERAL-EJEN-si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no 1 tu!

Nek Tempoyak.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.