Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, July 25, 2015

TONG KOII ONG,Orang Yang Dituduh Cuba Menggulingkan Kerajaan Dengan Penurunan Nilai Ringgit dan 1MDB, Akhirnya Buat Pengakuan Mengejutkan

Nama Tong Koii Ong bukanlah asing. Bekas ahli perbankan pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan yang turut menjadikan bank miliknya, Phillieo Allied sebagai tempat mendeposit wang-wang dari sumber yang diragui selain menjadi tempat berlabuhnya beberapa orang kroni rapat Anwar Ibrahim, termasuklah isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharim, juga merupakan pemilik The Malaysian Insider dan The Edge yang telah sekian lama menggunakan media untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh Anwar Ibrahim, selain bertindak menghuru-harakan negara dengan laporan-laporan yang bersifat subversif.

Pengakuan bertulis yang dibuat oleh Xavier Justo dalam surat mempunyai 22 halaman kepada polis Thailand bagaikan memerangkap Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat, selain Clare Brown dan Tony Pua serta Rafizi Ramli.

Dengan Wall Street Journal pula mengubah pendirian mereka daripada 'MENUDUH NAJIB MENGGUNAKAN AKAUN PERIBADI' untuk mencuri RM700 juta kepada 'PERCAYA, AKAUN PERIBADI NAJIB' digunakan untuk kemasukan RM700 juta, perubahan besar sedang berlaku sebelum perjanjian TPPA dimuktamadkan menjelang lawatan kali kedua Barrack Obama ke Malaysia pada November nanti.

Tong Koii Ong dalam pengakuannya, telah membenarkan kata-kata Xavier Justo bahawa dia telah ditipu oleh seorang ahli perniagaan Malaysia. Tong Koii Ong mengakui yang ahli perniagaan Malaysia itu adalah dirinya. Sekaligus, pengakuan Tong Koii Ong itu juga telah membenarkan pengakuan bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang kredibilitinya cuba dihancurkan oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli agar kenyataan serta pengakuannya tidak diterima awam.

Namun alasan yang diberikan oleh Tong Koii Ong yang data-data tersebut dicuri dan Xavier Justo diperdaya hanyalah untuk penyiaran bagi mendapatkan kebenaran, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Ini adalah kerana Polis Thailand dan Polis Singapura telah pun mengesahkan data-data yang disiarkan oleh The Edge, The Malaysian Insider, Sarawak Report dan digunakan sebagai hujah oleh Tony Pua serta Rafizi Ramli merupakan data-data yang telah diubahsuai dan dipinda bagi mencapai maksud bagi tujuan menggulingkan Kerajaan Malaysia.

Hanya selepas terdesak dan hanya selepas pembetulan kembali dilakukan, barulah kesemua data curi tersebut diserahkan kepada polis dengan harapan, PDRM sendiri yang akan membuat 'cucian' The Edge dan Sarawak Report tidak meminda dokumen-dokumen berkenaan.

Buat masa sekarang, hanya Ho Kay Tat yang berada dalam soalsiasat polis. Giliran Tong Koii Ong, Tony Pua dan Rafizi Ramli belum muncul lagi walaupun mereka dilihat tergesa-gesa untuk melarikan diri ke luar negara kalau tidak kerana sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen.

Mereka masih dikira beruntung kerana berbuat begitu di Malaysia. Kalaulah kesemua mereka melakukan kesalahan yang sama di China, sudah tentu sekarang ini ahli-ahli keluarga mereka terpaksa mengumpulkan wang untuk membeli peluru yang akan digunakan oleh pasukan penembak hukuman mati untuk membunuh kesemua mereka!

sengal berita 

1 comment :

Anonymous said...

Tengoklah PROPAGANDA/FITNAH-amat-DAJAL yg. sedg. disebarkan di mediaKEPARAT serta NGO-JERMAN Transparency IntKEPARAT nak MEMUJA puak PENDATANG TERORIS-TERORIS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1, kononnya 'hero' sbg. 'WHISTLEBLOWER'!

Sedangkan di Barat, contohnya 'Whistleblower' Edward Snowden, yg. mendedahkan ISIS adalah ciptaan Mossad/CIA, BUKAN bertujuan nak MENIPU rakyat utk. kepentingan dia sendiri tetapi mendedahkan KEBENARAN tentang PENIPUAN rejim-rejim PENGGANAS ISrael-Zionis/US-Barat yg. tak habis-habis mahu MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam yg. amat kaya minyak/gas- Thorium/Uranium (utk. pembuatan senjata NUKLEAR) serta MEMBUNUH umat Islam dlm. GENOSID yg. MENINGKAT sewenangnya!

BUKAN mcm. PUAKA-PUAKA PENIPU dari puak PENDATANG TERORIS-TERORIS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1, yg. begitu galak tak habis-habis nak MENJATUHkan ISLAM; NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kita ini; DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita sbg. PENJAGA Islam dan kaum Bumiputera, HAK dan IDENTITI Bumiputera Islam/Melayu kita, IMDB/MARA/UMNO dll., YAB PM Islam/Melayu, DS Mohd. Najib Tun Razak kita serta isteri, DS Rosmah Mansor; dan LEGASI-amat-GEMILANG Ayahanda YAB PM, iaitu BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA-no-1, Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita!

Nek Tempoyak.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.