Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, April 22, 2017

13 Pelajar dan 5 Yang Lain Ditangkap - GENG 24 Tunjuk Hebat Di Sekolah


18 orang ditahan kerana pembabitan mereka dengan Geng 24, selepas dua klip video sekumpulan penunggang motosikal membuat kacau di luar pekarangan sebuah sekolah menjadi tular.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata menerusi Twitter, 13 orang pelajar dan lima yang lain telah diberkas, manakala sebahagiannya lagi akan diberkas dalam tempoh terdekat. 

KPN turut mengucapkan tahniah kepada Special Taskforce on Organised Crime (Staffoc) kerana berjaya menjalankan operasi secara lancar. 


"Tahniah STAFFOC @PDRM, 13 pelajar dan lima bukan pelajar di sekitar Klang. Ramai lagi akan ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti Geng 24."

Penangkapan tersebut dibuat sejurus selepas dua klip video satu kumpulan penunggang motosikal menyebabkan kekecohan dan kekalutan di luar pekarangan sebuah sekolah menjadi tular pada malam semalam. 



Dalam klip video pertama berdurasi 1:14 minit, ahli-ahli kumpulan tersebut saling menjerit dan membingitkan dengan deruman enjin motosikal mereka di luar sekolah. Mereka turut membawa pemidang yang mana salah satunya tertera angka '24', 'TD4' dan lambang swastika hitam. 

Klip video kedua pula bermula dengan gambaran dekat sebiji kek dengan perkataan 'SMK Sri Andalas', '24' dan 'Apache' tertulis di atas kek tersebut.

Sekurang-kurangnya salah seorang penunggang motosikal berkenaan di dalam klip video kedua mengenakan uniform sekolah. 

Lokasi dan waktu bagi klip video berdurasi 24 saat itu sama seperti klip video pertama. 




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.