Kemunculan Lim Kit Siang dalam politik DAP menjadi
misteri kerana dia bukan salah seorang pengasas DAP, tidak bertanding atas
tiket PAP pada PRU 1964, tetapi tiba-tiba mengambil alih DAP pada tahun 1969
dan menjadi Setiausaha Agung parti itu hingga tahun 1999 iaitu kira-kira selama
30 tahun. PAP yang telah mengarahkan Lim Kit Siang supaya balik ke Malaysia
untuk mengambil alih parti daripada Devan Nair.
“Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1964, Devan Nair
telah dipilih sebagai wakil rakyat bagi Bangsar. Dengan kemenangan tersebut
maka Devan Nair dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP.
“Walaupun Devan Nair merupakan wakil rakyat bagi
kawasan undi Bangsar tetapi beliau sering membantu PAP di Singapura. Semasa
memegang jawatan wakil rakyat Bangsar, Devan Nair telah meninggalkan kawasan
undinya, (Bangsar) dan lari ke Singapura bagi membantu PAP dalam usaha parti
itu (PAP) melicinkan pergerakan kesatuan buruh di sana. Kawasan undi Bangsar
ditinggalkan dengan tidak ada pengawasan dari DAP.
“Melihat dan menimbang DAP di Malaysia tidak ada
yang menangani dan mentadbirkannya maka pucuk kepimpinan PAP di Singapura telah
mengarahkan salah seorang pemberita di New Straits Times Singapura (pulang) ke
Malaysia bagi mengetuai dan menguruskan DAP. Beliau adalah Lim Kit Siang,”
dedahnya.
Ooi Kee Beng yang mewawancara Kit Siang menulis
dalam bukunya menyebut Setiausaha Agung PAP, Kuan Yew merupakan individu yang
memujuk Devan Nair agar meninggalkan parti politik di Malaysia dan kembali
semula ke Singapura.
“Parti (DAP) hanya didaftarkan pada 18 Mac 1966.
Kit Siang menjadi pengasas editor organ parti, The Rocket pada bulan Ogos tahun
itu dan juga menjadi Setiausaha Organisasi Kebangsaan yang bermaksud tugasnya
untuk membentuk cawangan-cawangan DAP di seluruh negeri.
“Devan Nair mengikuti nasihat Lee Kuan Yew,
kemudian telah meninggalkan politik di Malaysia dan kembali ke Singapura,
meninggalkan manusia seperti Kit Siang dan pengasas serta Pengerusi parti Dr.
Man Hin untuk meneruskan perjuangan,” ulasnya. Pada penghujung tahun 1968,
Devan Nair telah meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dan kembali
semula ke Singapura.
Janji Dimungkiri
Namun, kepulangannya ke Singapura tidak menjamin
beliau dilantik sebagai Presiden Singapura sepertimana yang dijanjikan Kuan Yew
sebelum ini. Presiden Singapura ketika itu adalah Yusof Ishak yang merupakan
Presiden Melayu yang pertama dan terakhir di republik itu.
Apabila Yusof meninggal dunia pada 23 November
1970 ketika masih memegang jawatan Presiden Singapura, jawatannya itu telah
dipangku oleh Speaker Parlimen Singapura, Yeoh Ghim Seng selama 40 hari untuk
mencari pengganti yang sesuai.
2 Januari 1971, nama baharu Presiden Singapura
telah diumumkan, namun bukan nama Devan Nair yang dlantik.
Presiden kedua Singapura bagi menggantikan Yusof
ialah Benjamin Henry Sheares. Sheares telah menjadi Presiden Singapura selama
tiga penggal bermula pada 2 Januari 1971 sehingga 12 Mei 1981.
Pada asalnya Sheares mahu bersara selepas tamat
penggal kedua, namun Perdana Menteri Kuan Yew telah memujuknya68 yang ketika
itu berusia 70 untuk meneruskan tugas Presiden bagi penggal ketiga sehingga ke
tarikh kematiannya pada 12 Mei 1981.
Selepas Sheares meninggal dunia, Devan Nair tidak
dilantik terus sebagai Presiden Singapura ketiga. Devan Nair hanya dilantik ke
jawatan itu pada 23 Oktober 1981 selepas Ketua Hakim Wee Chong Jin dan Speaker
Parlimen Yeoh Ghim Seng memangku jawatan itu selama 158 hari.
Namun, Devan Nair hanya sempat memegang jawatan
Presiden Singapura hanya untuk sepenggal sahaja (1981-1985) selepas karier
politiknya dibunuh oleh Kuan Yew dengan tuduhan-tuduhan yang mengaibkan
termasuk seorang pemabuk dan kaki betina.
Pada 28 Mac 1985, Devan Nair meletak jawatan
sebagai Presiden Singapura. Perdana Menteri Kuan Yew memberitahu kepada
Parlimen bahawa Devan Nair meletak jawatan untuk mendapatkan rawatan bagi
ketagihan araknya, namun tuduhan itu dinafikan oleh Devan Nair sendiri. Sebagai
jawapan balas, Devan Nair berkata dia meletak jawatan kerana ditekan oleh Kuan
Yew kerana mereka tidak sehaluan dari sudut pemikiran politik.
Devan Nair ketika bertemu dengan kolumnis The Star
M. Veera Pandiyan pada 29 Julai 1987 menafikan tuduhan-tuduhan Kuan Yew dan
menyifatkan pertuduhan ketagihan arak dan salah laku seksual ketika lawatan rasmi
ke Sarawak adalah suatu pembunuhan watak.
“Pendek kata, beliau (Devan Nair) berkata apa yang
dilakukan kepadanya adalah suatu ketidakadilan dan pembunuhan watak secara
kasar di mana beliau dan keluarganya terpaksa bertahan.
“Dalam perjalanan pulang, saya masih ingat lagi
satu jenaka yang terkenal mengenai LKY: Kuan Yin ialah Dewi Rahmat tetapi Kuan
Yew adalah Tuhan tanpa belas kasihan,” ulas kolumnis itu.
Selepas meletakkan jawatan, Devan Nair dan
isterinya berhijrah ke Amerika Syarikat dan menetap di Gaithersburg, Maryland.
Kemudian mereka berpindah ke Bloomington, Indiana. Pasangan itu kemudian
berpindah ke Hamilton, Ontario, Kanada, sehingga kedua pasangan itu meninggal
dunia di sana.
Isterinya, Avadai Dhanam, meninggal dunia pada 18
April 2005 diikuti dengan Devan Nair, meninggal dunia iaitu pada 7 Disember
tahun yang sama.
Permintaan terakhir Devan Nair disampaikan kepada
kerajaan Singapura bahawa mayat beliau mahu dikebumikan di republik itu, namun
permintaan itu tidak dipenuhi dan kini badan Devan Nair bersemadi di tanah
perkuburan Hamilton, Kanada.
Kemunculan Kit Siang
Wartawan Raggie Jessy mendakwa Kuan Yew telah
melakukan pengkhianatan kepada Devan Nair, dengan mengeluarkan dia daripada
arena politik Malaysia yang bertujuan untuk melonjakkan Kit Siang menguasai
DAP.
“Tetapi Kuan Yew mungkin telah melakukan
pengkhianatan kepada Devan Nair ketika itu. Ramai yang percaya bahawa matlamat
utama bertujuan untuk Kit Siang mengambil alih tampuk parti itu (DAP) daripada
Devan Nair.
“DAP secara rasminya didaftarkan pada 18 Mac 1966.
Kit Siang berkhidmat sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan dari tahun 1966-
1969, sebelum mengambil alih tampuk parti sebagai Setiausaha Agung pada tahun
1969, selepas tempoh yang bergelora (13 Mei) dalam sejarah Malaysia.
“Semenjak itu, DAP memperjuangkan pasaran bebas
dan layanan sama rata untuk semua rakyat Malaysia. Ironinya, Kit Siang sendiri
terlibat dalam kontroversi melalui kenyataan-kenyataannya yang lebih menjauhkan
orang Melayu dengan orang Cina. Dia mengetuai kumpulan Melayu moderat dan
golongan kiri bersama-samanya berkali-kali memainkan isu hak istimewa Melayu
dan status bahasa Melayu.
“Arah aliran berbau perkauman, parti-parti
berasaskan Melayu sentiasa menjadi sasaran serangannya tanpa henti-henti.
Seperti yang tercatat dalam fakta, dia memusuhi setiap Perdana Menteri Malaysia
sejak Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan.
“DAP menjadi terkenal selepas Pilihan Raya Umum
ke-12, apabila orang Cina memperjudikan undi dan menyokong padu parti itu. DAP
mengutip kredit daripada kerja keras bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri
Anwar Ibrahim, pemimpin yang mempunyai daya tarikan,” ulasnya.
Kit Siang merupakan ahli politik yang naik
mendadak dalam hieraki politik DAP, ketika berusia 28 tahun, selepas tragedi
berdarah 13 Mei 1969, dia berjaya mengawal parti sebagai Setiausaha Agung.
Dia memegang jawatan Setiausaha Agung DAP selama
30 tahun, bermula dari tahun 1969 hingga tahun 1999. Selepas itu dia memegang
jawatan sebagai Pengerusi DAP dan jawatan terkini sebagai Penasihat DAP.
Lanjut dapatkan buku kontroversi di “Bahaya DAP
kepada Melayu-Islam Di Malaysia” di pasaran.
sumber AIDC
No comments :
Post a Comment