Dengan
apa yang berlaku kepada Adam Rosly khususnya membabitkan isu rasuah,
penyelewengan, salahguna kuasa dan penggubahan wang haram, Ketua
Menteri Pulau Pinang seperti diserang panik yang luar biasa. Dia
menjadi terlalu takut untuk dibicarakan walaupun sebelum ini, dia
begitu yakin, hakim dan mahkamah akan menyebelahinya.
Peguam
yang mewakili Lim Guan Eng, RSN Rayer yang juga merupakan ADUN Sri
Delima berkata, mereka merancang untuk mencabar Akta SPRM sehingga ke
Mahkamah Persekutuan. (RUJUK
DI SINI)
Sebelum
ini, Lim Guan Eng dan barisan peguamnya telah kalah dalam pusingan
pertama di Mahkamah Tinggi tetapi Lim Guan Eng kemudiannya menfailkan
rayuan dan kes tersebut dijadualkan untuk didengar pada 27 April di
Mahkamah Rayuan. Menurut Rayer lagi, sekalipun mereka kalah di
Mahkamah rayuan, mereka akan membuat rayuan
lagi sekali di Mahkamah Persekutuan pula,
lapor Buletin 247
Secara
asasnya, Lim Guan Eng mendakwa Akta SPRM melanggar perlembagaan
sekalipun ratusan kalau tidak pun ribuan orang telah dibicarakan dan
didakwa di bawah akta yang sama sepanjang 8 tahun lepas.
Ini
juga menunjukkan bayaran gaji mahal yang diambil daripada wang rakyat
untuk Lim Guan Eng sendiri sebagai Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli
Parlimen DAP lain, hanyalah satu pembaziran besar kerana Akta SPRM
diluluskan di Parlimen. Mereka tidak memprotes atau menolak usul
berkenaan sewaktu dibentangkan. Pada waktu itu, Lim Guan Eng dan
seluruh angkatan DAP di dalam Parlimen tidak pula menyatakan Akta
SPRM adalah suatu akta yang tidak berperlembagaan.
Hakikatnya,
Lim Guan Eng dan pasukan peguamnya cuba untuk melengah-lengahkan
perbicaraan sebenar membabitkan rasuah dan penyelewengan serta
penyalahgunaan kuasanya selama mana yang boleh.
Dengan
kata lain, Lim Guan Eng terlalu takut seandainya semua rahsianya
menyeleweng dan menyonglap wang rakyat Pulau Pinang selain tanah dan
aset negeri, akan terbongkar di mahkamah.
Bukanlah
satu jaminan, sekiranya mereka kalah ketika mencabar Akta SPRM pada
peringkat Mahkamah Persekutuan, Lim Guan Eng tidak akan mencabar pula
hakim-hakim yang mendengar kesnya. Selepas itu, mereka akan membuat
rayuan lagi sekiranya kalah. Dan sekali lagi merayu.
Kalau
kalah juga, Lim Guan Eng dan pasukannya akan meminta agar penghakiman
dikaji semula.
Rafizi
Ramli telah melakukan perkara yang sama dalam kes BAFIAnya. Dia telah
didakwa pada tahun 2012 tetapi selepas beberapa kali taktik
melengah-lengahkan oleh Rafizi, hari pertama pendengaran untuk
perbicaraannya hanya dimulakan pada minggu lepas iaitu selepas 5
tahun tarikh sebutan pertamanya.
Sekiranya
Lim Guan Eng benar-benar tidak bersalah, dia sepatutnya membenarkan
kedua-dua kes rasuahnya diteruskan dan membolehkan seluruh dunia
mendengar testimoni para saksi dan bukti-bukti yang ditampilkan di
mahkamah.
Malangnya,
Lim Guan Eng tahu, dari segi fakta dan bukti, dia sudah kalah. Dia
tidak mempunyai keupayaan untuk membela diri dengan bukti-bukti yang
meyakinkan walaupun dia mampu menggaji dan mengupah ramai peguam
sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Kalau
tidak, Lim Guan Eng dan pasukan peguamnya tidak akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menggunakan taktik melengah-lengahkan
perbicaraan seperti yang dilakukannya sekarang.
No comments :
Post a Comment