Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, April 25, 2017

Nurul Izzah U-Turn Fitnah Kerajaan Kutip GT Untuk Bayar 1MDB





Dulu beliaulah penentang GST nombor wahid. Berada di barisan hadapan demonstrasi Bantah GST pada 25/03/2015 dan 02/04/2016, semalam beliau membuat pengakuan bahawa Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan GST. Baca di sini. Hari ini Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai memfitnah pula perolehan kerajaan RM39 bilion menerusi GST adalah untuk menyelamatkan 1MDB. 

Pastinya apa yang beliau cakap tidak mempunyai bukti bukan? Beliau juga tidak berani menuduh secara langsung bahawa Kerajaan menggunakan GST untuk 'bail-out' 1MDB. Mungkin beliau takut kejadian yang sama seperti beliau memfitnah Raja Nong Chik, calon Barisan Nasional Lembah Pantai di dalam PRU-13, yang kesudahannya beliau meminta maaf, berulang.

Kedua, mungkin kerana terlalu teruk dikritik dan di'troll' di media sosial, Nurul Izzah dalam Kenyataan Media hari ini membuat 'u-turn' sekali lagi apabila "menegaskan komitmen Pakatan Harapan seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan Alternatif 2017 bahawa semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan kadar sifar GST sekiranya PH diberi mandat pada pilihan raya akan datang". Sumber di sini.

Kenapa perlu berbelit-belit Nurul Izzah? Tidak perlu mengatakan Pakatan Harapan akan meneruskan GST tetapi semua barangan berkadar sifar. Itu kenyataan bangang namanya. Kenapa tidak disebut terus Pakatan Harapan akan menghapuskan GST. Bukankah GST itu RAKUS seperti tulisan yang kamu pegang di atas? 




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.