Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, April 24, 2017

24 Jasa Tun Dr Mahathir Mohamad Selama 22 Tahun Yang Wajib Dikenang (Bhgn 1)



KUALA LUMPUR: Sepanjang 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, pelbagai pembangunan dikecapi termasuk projek mega pembinaan Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Litar Lumba Antarabangsa Sepang, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Berikut merupakan 24 'jasa' utama Dr Mahathir didalam usaha 'memajukan' Malaysia diperingkat antarabangsa.

1. Pembinaan 32 pondok tol seluruh negara dengan kenaikan kadar tol sebanyak 10% setiap 3 tahun.

Dr Mahathir memperkenalkan konsep penganugerahan konsesi dan projek lebuhraya bertol direka oleh beliau. Juga dikenali sebagai bapa konsesi negara, konsep yang digunapakai membolehkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol setiap 3 tahun.

Sekiranya kenaikan tersebut ditangguhkan, kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

2. 10,000 produk dikenakan AP (Permit Import)

Antara produk paling popular dikenakan AP adalah kenderaan import. Dr Mahathir menerusi blognya pada 5 November 2009 pernah menjelaskan bahawa AP kepada kenderaan import adalah caranya untuk melindungi Proton daripada menjerumus ke arah bankrap.

"Tanpa perlindungan (AP) kita tidak akan ada industri kenderaan. Proton pernah mendominasi 80% pasaran pada suatu masa dahulu disebabkan oleh perlindungan ini."

3. Muwujudkan perjanjian penjana tenaga bebas (IPP).

IPP diwujudkan pada 1996 selepas tragedi 'blackout 1992'. Menurut Raja Petra Kamaruddin, kejadian berkenaan adalah rancangan Dr Mahathir untuk menswastakan pengeluar IPP kepada kroninya, Francis Yeoh.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pentadbiran Dr Mahathir pernah memaksa TNB menyerahkan tanahnya di Terengganu, dan Johor kepada pihak ketiga bagi membina loji janakuasa.

TNB sebelum itu menghasilkan elektrik pada kadar 8 sen seunit dan membekalkannya dengan harga 17 sen seunit. Selepas kewujudan pembekal IPP, TNB membeli kuasa elektrik dengan kadar 23 sen seunit dan menjualnya kembali dengan harga 30 sen seunit.


4. Pemberian tanah rizab Melayu di Tioman, Pulau Perhentian dan Sentul kepada Vincent Tan dan YTL.

Sepanjang pemerintahan Dr Mahathir, beliau berjaya mengubah Vincent Tan daripada 'millionaire' kepada 'billionaire'. Dr Mahathir juga 'menswastakan' syarikat perjudian Sports Toto kepada hartawan tersebut.

Sports Toto dijual kepadanya secara rahsia tanpa pengumumman bidaan oleh syarikat lain. 70% pegangan kepada B&B Enterprise milik Vincent Tan pada harga RM28 juta dan bakinya milik Raleigh Berhad milik Tun Daim Zainuddin.

5. Tanah rizab melayu di Langkawi banyak terjual pada kroni. Tanah kerajaan negeri di Langkawi diberi tanpa bayar premium.

Laporan media tempatan menyebut, seramai 80 keluarga di Pantai Chenang, Langkawi dihalau keluar pada 1980 untuk memberi laluan kepada projek pembangunan pelancongan oleh syarikat milik Vincent Tan.

Perkara ini didedahkan oleh ahli DAP Syerleena Abdul Rashid yang menyebut perkara sama turut berlaku di Pulau Redang, Terengganu. Kesemua penduduk kampung berkenaan menetap diatas tanah rizab Melayu dan diarah meninggalkan kediaman demi projek kroni Dr Mahathir.

6. Tanah milik DBKL 70 ekar Bukit Kiara dipajak pada Berjaya untuk jadi tempat equestrian


Projek ini didakwa bagi memenuhi minat Dr Mahathir didalam arena equestrian. Beliau juga mengakui sudah mempunyai 40 ekor kuda yang ditempatkan di ladang ternakan kuda di Langkawi.

7. Tragedi Memali 1985 dan Al Maunah 2001 antara tragedi berdarah yang berlaku dibawah pemerintahannya

Selama lebih 30 tahun, rakyat Malaysia diberitahu insiden berdarah Memali berlaku selepas Polis mendapat arahan oleh Timbalan Perdana Menteri pada wajtu itu Tun Musa Hitam untuk menyerang Kampung Memali.

Musa baru-baru ini menerusi buku 'Frankly Speaking by Musa Hitam' mendedahkan Dr Mahathir berada didalam Malaysia sewaktu tragedi itu berlangsung.

"Pada hari insiden, Ketua Polis Negara (KPN) pada waktu itu dan saya bertemu dengan Dr Mahathir di pejabatnya dan KPN memaklumkan kepada beliau mengenai apa yang terjadi sewaktu operasi Memali, yang mengakibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam," kata Musa.

8. Enggan menghulurkan bantuan kepada Sekolah Agama Yan, Kedah yang terbakar.

Lebih dikenali sebagai 'Tragedi Pondok Pak Ya', insiden pada 1989 itu mengorbankan 27 pelajar perempuan sekolah tersebut. Sejarah hitam di Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah itu tidak mendapat bantuan kerajaan pusat.


9. Mengenakan cukai 58.6 sen seliter bagi petrol dan 19 sen seliter untuk diesel

Sebelum kewujudan media sosial, pelbagai perkara disorokkan termasuk pengenaan cukai terhadap komoditi bahan bakar. Dr Mahathir berselindung disebalik subsidi yang diberikan diperoleh daripada cukai petrol dan diesel yang dijual kepada rakyat.

10. Dr Mahathir menangkap musuh politiknya dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti Ops Lalang

Majoriti rakan Dr Mahathir didalam Pakatan Harapan kini pernah ditahan dibawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Azmin Ali, dan ramai lagi.

Ops Lalang pada tahun 1987 memberkas 106 rakyat Malaysia termasuk pemimpin pembangkang. Pada waktu itu, cabang bidang kehakiman, legislatif dan eksekutif diletakkan dibawah arahan Dr Mahathir.


11. Membelanjakan lebih RM102 bilion wang rakyat untuk menjamin syarikat-syarikat kroni.

Antara syarikat yang mendapat 'faedah' termasuk Intrakota, ParkMay, Danaharta dan PKFZ. Terdapat juga skandal besar seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan kerugian besar Bank Negara akibat kegagalan dagangan mata wang awal 1990-an.

Skandal BMF juga menjadi punca kepada kematian salah seorang pegawai Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) Jalil Ibrahim, di Hong Kong.

12. Memberikan projek kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada ahli keluarganya.

Penerima kontrak berkenaan tidak lain adalah Mirzan Mahathir yang memiliki syarikat perkapalan.

Syarikat tersebut pada 1998meminta jaminan kerajaan bernilai RM2 bilion namun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang portfolio Menteri Kewangan pada waktu itu cuma meluluskan RM1 bilion sahaja.

Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya Tongkah Holdings juga mendapat kontrak membekalkan peralatan kepada hospital kerajaan.

Sementara Mukhriz Mahathir menerusi syarikatnya Opcom Sdn Bhd diberikan kontrak membekalkan fiber optik kepada Telekom Malaysia.

 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.