Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 23, 2017

Satu Pendedahan Mengejutkan : DAP Dibantu Komunis Sejak PRU 1969



AIDCnews– Kami telah menerima sebuah buku baru bertajuk “DAP BAHAYA KEPADA MELAYU DAN ISLAM DI MALAYSIA” oleh kumpulan think-thank AIDC.

Pendedahan mengejutkan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Yuen Yuet Leng membayangkan bahawa Komunis telah membantu parti-parti pembangkang, termasuk DAP, untuk memenangi sebilangan besar kerusi pada PRU 1969.

Yuet Leng berkata Komunis menyusup masuk ke dalam pembangkang sebelum pilihan raya, yang membantu mereka menembusi kawasan yang sebelum ini dipegang oleh Perikatan kerajaan.

Komunis itu telah menyusup masuk dalam banyak organisasi undang-undang, termasuk parti-parti politik, dan itulah yang membawa kepada pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum 1969,” katanya dalam program “Cerita Tanah Airku” di Telekom Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia.

Beliau berkata, rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berpunca daripada provokasi oleh sesetengah masyarakat Cina yang menyambut kemenangan pembangkang dalam PRU itu dan disambut dengan ‘aksi berlebihan’ daripada masyarakat Melayu.

Beberapa samseng Cina menjerit dengan kata-kata penghinaan perkauman yang melampau dan ini menjadikan orang Melayu sangat marah.

Saat sukar dalam masa 48 jam, dan pada akhir kejadian itu, lebih 200 orang terbunuh dan 43 ditembak oleh pihak polis,” katanya.

Beliau berkata sentimen isu-isu perkauman yang ditiupkan parti politik hanya akan membawa kepada kemusnahan negara. “Ia memerlukan usaha tiga kaum utama untuk menamatkan rusuhan.

Saya hanya mahu hantar satu mesej kepada generasi muda hentikan perkauman. Kita tidak mampu menyelamatkan negara ini tanpa menghilangkan perkauman,” katanya lagi.

Menurut rekod, salah seorang pengasas DAP, Chan Kok Kit dan veteran parti, Chian Heng Kai telah ditahan ISA selama 57 bulan dari tahun 1976-1981 kerana didakwa terlibat dalam Communist United Front (CUF).

Kok Kit adalah salah seorang jawatankuasa pro-tem DAP pada tahun 1966. Manakala, Heng Kai menyertai DAP pada tahun 1967, setahun selepas parti itu diluluskan ROS sebagai parti berdaftar.

Kira-kira tujuh tahun selepas tragedi 13 Mei 1969, pada tahun 1976, Kok Kit dan Heng Kai telah ditahan ISA bersama lima tokoh lain yang diklasifikasikan sebagai CUF.

Ketika ditahan ISA, Kok Kit merupakan Penolong Bendahari DAP Kebangsaan, manakala Heng Kai pula adalah Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Batu Gajah serta ADUN Pasir Puteh.

Kok Kit merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa CEC pertama DAP bagi sesi 1968/1969 bersama Dr Man Hin (Pengerusi) dan Kit Siang (Setiusaha Organisasi).

Tidak seperti Dr Man Hin yang menang di Parlimen Seremban Timur dan DUN Rahang serta Kit Siang menang di Parlimen Bandar Melaka pada PRU 1969, namun Kok Kit tidak bertanding pada PRU itu.

Kok Kit hanya bertanding pada PRU 1974 di DUN Bandar Kelang, namun tewas, tetapi dia tetap merupakan pemain utama parti di balik tabir.

Pada 4 Februari 1977, Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar, berkata lima daripada enam pemimpin politik ditahan di bawah ISA itu telah membuat pengakuan bahawa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti membantu CUF, namun dua daripada mereka tidak mahu membuat pengakuan terbuka kerana mahu menjaga karier politik mereka.

Mereka dituduh sebagai individu yang bertindak bagi kepentingan PKM di bawah pimpinan Chin Peng.

Kit Siang yang ketika itu merupakan Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung DAP mendakwa kenyataan Ketua Polis Negara yang merujuk kepada ‘dua orang yang tidak mahu mengaku secara terbuka’ itu merujuk kepada Heng Kai, Ahli Parlimen DAP Batu Gajah dan Kok Kit, Penolong Bendahari DAP Pusat.

Dapatkan banyak lagi pendedahan mengejutkan antaranya bagaimana Kit Siang membunuh karier Devan Nair, serta kata-kata nista ahli-ahli DAP ke atas orang Islam pada tahun 1969. Kumpulan think-thank AIDC yang menerbitkan buku tersebut menyatakan 99.9% isi kandungan buku tersebut adalah benar dan sahih antaranya dari sumber Cawangan Khas tahun 1969 serta pendedahan ahli-ahli DAP yang telah berpaling tadah.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.