Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, April 24, 2017

Caj Air Pulau Pinang Naik Lagi


The Sun Daily

Cuba bayangkan kalau kerajaan persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri di bawah BN naikkan tarif atau caj air atau apa-apa dengan alasan untuk kurangkan penggunaan dan pembaziran.

Saya berani kerat jari ahli politik pembangkang seperti Rafizi Ramli, Tony Pua, Lim Guan Eng yang akan terkehadapan membela nasib rakyat dengan mengutuk-ngutuk kerajaan persekutuan.

Saya yakin page Suara Rakyat akan keluarkan grafik-grafik jelik menghina Najib Razak, Rosmah Mansor, Ahmad Maslan dan sebagainya.

Yang lebih membingungkan, parti yang sentiasa menghentam kerajaan persekutuan, UMNO, BN kerana kenaikan harga barang, kenaikan harga petrol dan diesel dan segala kenaikan menaikkan tarif air di negeri di bawah pentadbiran mereka.

Parti yang konsisten menabur janji menghapuskan GST, mengembalikan subsidi petrol dan diesel, mengawal harga barangan tanpa rasa bersalah mengumumkan bahawa tarif/caj air dinaikkan untuk mengurangkan pembaziran.

Siapa masih ingat bila harga gula dinaikkan dan alasan untuk kesihatan/mengurangkan kencing manis digunakan huru hara pembangkang hentam kerajaan persekutuan?

Tak lupa juga apabila tarif elektrik disemak, banyak yang menghentam TNB kerana TNB sudah untung berbillion ringgit setiap tahun tapi masih mahu naikkan tarif elektrik.

Setiap tahun PBA Holdings Berhad yang dikuasai oleh kerajaan negeri dengan pegangan saham majoriti 55%, untung puluhan juta. PBA Holdings Bhd adalah pemegang saham tunggal Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang bertanggungjawab membekalkan air di Pulau Pinang.

Hasil dan untung lebih ratusan juta dan puluhan juta setiap tahun tapi masih mahu naikkan tarif dan surcaj kepada pengguna?

Sebagai syarikat yang dikuasai oleh kerajaan Pulau Pinang sudah tentu jawatan di dalam lembaga pengarahnya diisi oleh ahli-ahli politik parti mereka. Pengerusi PBA Holdings dan PBAPP adalah tak lain tak bukan CM Lim Guan Eng sendiri.

Pasti ada yang akan cakap, kenaikan tarif/caj ini hanya akan memberi kesan kepada pengguna domestik yang menggunakan lebih 35,000 liter ke atas sebulan. Surcaj yang dikenakan ini memberi kesan kepada 25% daripada 504,400 pengguna air di Pulau Pinang iaitu 126,100 pengguna.

Apabila TNB menaikkan tarif yang hanya memberi kesan kepada 30% pengguna yang menggunakan lebih 300 kWj setiap bulan, pembangkang kata itu alasan bodoh.

Hipokrasi DAP dan parti pembangkang lain terserlah. Kali ini tak pula bising kenaikan kos sara hidup rakyat, rakyat terbeban dan sebagainya?

Rujukan:

1. Penang to raise water conservation surcharge to lower domestic water consumption - The Sun Daily
2. Laporan Tahunan PBA Holdings Berhad 2015

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.