Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, April 6, 2017

Shabudin jawab isu perkahwinan bawah umur bukan sewenang-wenangnya


Ekoran banyak pihak telah tersalah tafsir perbahasan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berhubung pindaan yang dibawa Ahli Parlimen DAP Kulai, untuk mengharamkan perkahwinan bawah 16 tahun dibawah Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, jelas beliau di dalam enakmen Islam tidak menghalang perkahwinan itu diadakan.


Namun tegasnya apabila ia membabitkan kes rogol terdapat dua situasi yang boleh diambil tindakan berdasarkan kepada keputusan polis dan mahkamah.

BERIKUT ADALAH PENJELASAN PENUH SHABUDIN BERHUBUNG ISU PERKAHWINAN BAWAH UMUR INI.

Saya amat kecewa dan terkejut dengan cara media massa yang melaporkan perbahasan saya secara tidak tepat seolah-seolah menggambarkan saya ini menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.

Semasa saya membahaskan usul bagi menolak usul cadangan pindaan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai untuk mengharamkan perkahwinan bawah 16 tahun, saya telah menjelaskan perkahwinan dan jenayah adalah dua perkara yang berbeza.

Mengikut enakmen Islam, mana-mana gadis yang hendak berkahwin bagi yang berumur 16 tahun dan kebawah hendaklah mendapat kebenaran wali dan mahkamah.

Manakala bagi laki-laki bawah umur 18 tahun yang juga ingin melangsungkan perkahwinan perlu mendapat kebenaran mahkamah dan ianya tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Ini bermakna, enakmen Islam tidak beri kuasa sepenuhnya kepada wali bagi membenarkan berkahwin di bawah usia 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki.

Seterusnya, dalam perbahasan saya bercakap tentang perkahwinan antara perogol dan mangsa.

Apa yang saya ingin tekankan disini adalah tiada apa-apa peruntukan yang menghalang mereka ini untuk berkahwin.

Laporan media yang menunjukkan bahawa saya menyokong perkahwinan perogol dan mangsa ini diambil dari luar konteks (out of context) di mana penekanan saya sebenarnya adalah tentang peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak menghalang sebarang perkahwinan dalam usia yang disebutkan.

Walau bagaimanapun, kes jenayah rogol yang dilakukan itu masih tetap menjadi satu kesalahan jenayah dan terpulanglah kepada pihak polis dan mahkamah dalam menentukan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh perogol tersebut.

Tetapi dalam realiti masyarakat, terdapat banyak kes rogol yang diklasifikasikan rogol oleh undang-undang sebagai ‘statutory rape’ tetapi atas dasar persetujuan bersama (with consent).

Dalam menyelesaikan masalah tersebut keluarga cuba menutup malu dan tidak membuat laporan polis dan akhirnya membuat keputusan untuk mengahwinkan mereka.

Walau bagaimanapun, perkahwinan itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak wali tetapi perlu dapat kebenaran mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Suka saya tegaskan, bahawa tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang malah hukum syarak yang menghalang mereka daripada berkahwin.

Isu ini sepatutnya dilihat dari sudut positif contohnya tentang masa depan mangsa itu sendiri terutamanya bagi kes ‘with consent’ tadi.

Pada masa yang sama, perkahwinan ini bukanlah ‘back door exit’ untuk halalkan kesalahan rogol.

Dari sudut pandangan agama, pelaku seksual boleh mengahwini pasangan (mangsa rogol) sama ada selepas atau sebelum beliau menjalani apa-apa hukuman tanpa sekatan.

Namun, contoh yang dilaporkan oleh sesetengah media terutama The Star Online seperti yang ditularkan semalam dengan mengambil contoh gadis yang berusia sembilan dan dua belas tahun terlalu ekstrim dan sebenarnya dalam masyarakat moden Islam sendiri sangat-sangat jarang berlaku.

Antara asas dalam hakim untuk membuat pertimbangan adalah berdasarkan kepada keadaan di mana seseorang itu telah aqil baligh.

Pokoknya, contoh umur yang saya nyatakan dalam perbahasan adalah soal aqil baligh dan ianya tidak terhad kepada umur sembilan atau dua belas tahun.

Tetapi pihak media dalam laporan mereka menyatakan seolah-olah saya mengatakan perempuan yang berumur sembilan tahun terus boleh berkahwin tanpa mengambil kira soal aqil baligh terutamanya dibahagian tajuk laporan berita tersebut.

Saya membahas dan menolak usul tersebut kerana usul itu berlawanan dengan peruntukkan undang-undang Syariah seperti yang terkandung dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.





No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.