Kami telah bertemu ramai tokoh. Salah satu
sebabnya adalah kami mahu mendengar sendiri dari mulut tuan punya diri apa
sebenarnya yang berlaku dan kenapa berlaku? Semalam kami bertemu sendiri dengan
Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Sebelum ini kami tidak pernah bertemu, beliau
mungkin pernah membaca rencana saya di dada akhbar, tetapi saya tidak pernah
menemui beliau 4 mata. Dalam pertemuan semalam, kami bertanya bermacam-macam.
Saya mahu kongsikan dengan anda.
Pertama, saya mendapati orang ramai banyak tertipu
oleh cerita dalam internet, dan tidak menerima info details. Sebab itu juga
saya mahu membantu orang ramai memberitahu perkara yang saya temui ini. Sama
seperti isu Aramco melabur di Pengerang, sebenarnya Aramco tidak melabur di
keseluruhan projek Pengerang pun, tetapi satu bahagian sahaja daripada banyak
bahagian lain. (Rujuk penerangan Datuk Rahman Dahlan di parlimen yang diterima
oleh wakil-wakil rakyat DAP juga).
Kedua, penggunaan ayat ‘MARA di bawah TSAM
terlibat meluluskan tajaan kepada The Red Warrior. Sdn Bhd. adalah tidak
tepat’. Ia satu tipu helah terancang. Tahukah anda, sehingga ke hari ini TSAM
tidak pernah dipanggil untuk memberi penjelasan. Kesilapan besar Audit Dalaman
MARA ialah menyamakan TWR seperti yang dinyatakan dalam kertas yang meluluskan
tajaan itu, yang sebenarnya merujuk kepada nama timangan pasukan negeri dan
bukan nama syarikat.
Sebenarnya hal permohonan tajaan oleh syarikat
milik KAFA iaitu TRW Sdn Bhd diluluskan secara pentadbiran bukan diluluskan
oleh Ahli Lembaga Pengarah MARA. Paling mengejutkan ialah kelulusan itu tidak
dimaklumkan kepada TSAM pun semasa mereka tandatangan kontrak itu 4 bulan
selepas bajet pemasaran meluluskannya untuk bajet 2016. Tetapi Audit Dalaman
melapor kononnya TSAM terlibat meluluskan tajaan kepada syarikat berkenaan.
Fakta seperti ini pembaca tidak ketahui. Saya mendapati TSAM dimangsakan secara
tidak adil.
Datuk Dr Yusof Yaacob
Ketiga, keputusan menggantung TSAM juga tidak
dilaksanakan walaupun pengerusi mesyuarat, Datuk Dr Yusof Yaacob telah
mengumumkan penggantungan. Sebaliknya TSAM menerima surat dari YB Menteri KKLW
lebih dari seminggu kemudian tetapi isu surat itu hanya memaklumkan TSAM hanya
“direhatkan” dari tugas rasmi sehingga ke tarikh yang akan diberitahu. Ianya
dibuat di bawah kuasa Menteri dan bukannya kuasa Ahli Majlis MARA. Isunya,
kenapa ada dua perbezaan tindakan? Kenapa keputusan kelihatan caca-merba dan
tidak proper?
MAXIMUM DAMAGE
Sebelum keputusan Menteri KKLW, ahli Majlis MARA
telah mengumum di depan media bahawa SPRM telah bertindak pada hari yang sama
keputusan mesyuarat menggantung TSAM! Perkara ini sangat pelik, kerana orang
ramai akan bertanya kenapa ahli Majlis MARA dan SPRM bertindak serentak! Ianya
adalah satu perancangan jelas untuk menamatkan karier politik dan bolasepak
TSAM secara gelojoh dan kelam-kabut.
Saya bertanya TSAM adakah beliau ada bertemu PM
untuk menjelaskan isu ini. Saya sangat terkejut kerana TSAM tidak
terkinja-kinja mencari PM, sebaliknya TSAM hanya bertemu PM selepas lebih
sebulan isu tersebut meletup, itu pun kebetulan ada mesyuarat BN di Seri
Perdana.
Dalam pertemuan itu, TSAM sangat terkejut apabila
diberitahu ada pihak tertentu menyampaikan pelbagai info kepada PM kononnya
TSAM melakukan bermacam salahlaku dalam MARA seperti mengubah minit mesyuarat
majlis, memanipulasi laporan penilaian tanah dan sebagainya. Malangnya tuduhan
itu tidak dibuktikan.
INTEGRITI
Ramai tidak mengetahui bahawa mesyuarat khas untuk
menggantung TSAM telah dirancang awal berikutan satu krisis dalaman yang
berlarutan sejak beberapa bulan sebelumnya. Dua minggu sebelum itu, TSAM sudah
pun diugut. Ianya berkisar sekitar masalah kuasa dan kepentingan pihak tertentu
dalam MARA. Ada yang merasakan TSAM cuba menjadi lebih besar dari Menteri dan
mereka merasakan TSAM penghalang kepada beberapa rancangan mereka.
Ini berkaitan ketegasan TSAM tidak bekerjasama
dalam cadangan projek pembelian aset dan cadangan penstrukturan MARA oleh pihak
tertentu. Situasi ini diambil peluang oleh ahli Majlis tertentu yang kecewa
kerana hajat mereka terhalang dengan ketegasan TSAM. Mereka menuduh TSAM tidak
mendengar arahan Menteri dan
membelakangkan Menteri.
Hal ini menjadi semakin ketara setelah TSAM
melakukan rombakan beberapa jawatankuasa Majlis pada akhir tahun 2016 di mana
ahli Majlis terpaksa ditukarkan tugas dari satu Jawatankuasa ke Jawatankuasa
lain. Ini turut melibatkan ahli Majlis tertentu dan beliau membuat aduan kepada
Menteri. Setiausaha Majlis memberitahu TSAM mengenai ketidakpuasan hati ahli
Majlis tertentu. Sejak dari itu itulah ahli Majlis berkenaan melakukan pelbagai
tuduhan untuk membuang TSAM sebagai Pengerusi MARA.
Pada bulan Januari 2017, berlaku kebocoran dokumen
dalaman MARA mengenai tajaan pasukan bolasepak oleh sebuah anak syarkat MARA
dalam satu posting di Facebook HS. Posting itu bersifat fitnah, tetapi ahli
Majlis berkenaan sanat gembira dan dalam group whatsapp ahli Majlis MARA di
mana beliau mempertikaikan beberapa perkara walaupun penjelasan diberikan oleh
TSAM sendiri.
TSAM memutuskan untuk memanggil mesyuarat khas
ahli Majlis pada 17/1/17 bagi membolehkan penjelasan dibuat. Malangnya semua
mereka memberi alasan sibuk dan tidak dapat hadir. Seterusnya TSAM memberikan 3
tarikh lain, itu juga mereka tidak diendahkan.
Pada 21/2/17, TSAM menerima ugutan dalam group
whatsapp ahli Majlis MARA bahawa ahli Majlis tertentu mahu menulis surat kepada
PM dan Menteri supaya TSAM disiasat berkaitan isu tajaan pasukan bolasepak
Kelantan. Hingga saat ini TSAM tidak pernah dipanggil untuk memberi sebarang
penjelasan sama ada oleh Majlis MARA atau Audit Dalaman MARA. Sebaliknya TSAM
terus dihukum secara pentadbiran berdasarkan persepsi dan publisiti buruk oleh
media yang telah dirancang.
Ramai tidak pun mengetahui punca krisis dalaman
MARA adalah dari keengganan TSAM memberi kerjasama kepada perancangan beberapa
individu tertentu terutama mereka yang berhasrat menggunakan kedudukan mereka
untuk memperkayakan diri menerusi MARA.
TANAH
Bermula dengan isu memajukan sebidang tanah milik
MARA di Jalan Conlay di segi tiga emas KL dengan GDV hampir RM2 Bilion. Kedua,
isu cadangan membeli tanah di Bangi. Ketiga, isu meroboh dan memajukan semula
Plaza Anggerik Mall hampir RM800 juta di atas tanah MARA di Shah Alam yang
turut melibatkan ahli Majlis tertentu.
Beberapa kali TSAM menegurnya dalam mesyuarat
Majlis. Beliau juga beberapa kali menemui TSAM dengan menjual nama pihak atasan
untuk meyakinkan TSAM supaya menyegerakan kelulusan namun TSAM tetap dengan
Ketegasan bahawa segala-galanya wajib mengikut prosedur dan peraturan MARA dan
mesti dikendalikan secara berintegriti dengan mendahulukan kepentingan MARA.
Setelah jelas keterlibatan ahli Majlis tertentu
dalam perniagaan peribadi melibatkan MARA serta beberapa percubaan mengatur
projek dgn membelakangkan Majlis, maka TSAM merasakan rombakan JK Majlis MARA
yang dilakukan akhir tahun lalu sebagai satu langkah wajar walaupun menimbulkan
kekecewaan yang amat sangat kepada pihak tertentu dan menjadi punca
ketidakpuasan hati kerana menghalang rancangan yang diatur olehnya. Kepada
TSAM, integriti MARA lebih penting dari terus membiarkan MARA menjadi
tunggangan untuk memperkayakan mana-mana individu.
Selain itu, TSAM juga kurang bersetuju dengan syor
memindahkan aset MARA kepada MARA Corporation dan percubaan melibatkan nama PM
dan Menteri dalam struktur baru syarikat induk (holding company). TSAM tidak
bersetuju dan TSAM mahu ia dikaji dengan mendalam!
TSAM menegaskan sepanjang hampir 4 tahun di MARA,
TSAM tidak pernah dan tidak akan berkompromi soal integriti dan amanah rakyat
walaupun TSAM cuba difitnah dan isingkirkan dengan pelbagai cara. Berulang kali
soal integriti TSAM sebut dalam Mesyuarat Majlis. Beberapa kali TSAM
mengingatkan dengan menggunakan istilah “serigala yang cuba mengambil
kesempatan” dari agensi kerajaan secara tamak haloba dengan memperalatkan orang
dalam.
Sebagai contoh, dalam isu pembelian aset di
Australia, adalah jelas adanya kelemahan berpunca dari dalaman MARA. Oleh sebab
itulah, TSAM dan Majlis membuat keputusan supaya susulan kepada laporan Audit
Dalam dibuat MARA perlu melantik pihak Auditor luar dan bebas, Price Waterhouse
Cooper untuk melakukan audit lebih detail termasuk audit forensik jika perlu
supaya MARA mendapat maklumat dan pandangan yang tepat untuk mengatasi
kelemahannya. Malangnya, hingga hari ini keputusan itu tidak dilaksanakan.
Kegagalan melaksanakan tadbir urus yang baik bukan
saja dilihat dari urusan pembelian aset luar negara, tapi banyak projek dalam
negara yang gagal dilaksanakan dengan sempurna termasuk usaha memajukan tanah
MARA di Jalan Semarak, tanah Jalan Chan Sow Lin, tanah di Kota Kinabalu yang
semuanya telah melebihi 5 tahun dan gagal disiapkan. Beberapa projek pembinaan
MRSM dan IPMA telah bertahun-tahun tergendala dengan kos semakin berganda
seolah menjadi satu perkara biasa.
Terkini, fasa awal pembangunan Asia Aerospace City
di Subang dengan kos ratusan juta ringgit mejadi projek gajah putih. TSAM telah
menegur berkali-kali hal ini tetapi tidak disenangi. Punca utama adalah kerana
kepentingan pihak tertentu dilayani dan ia melibatkan orang dalam. Justeru di
era TSAM, TSAM mengambil sikap untuk lebih teliti dan bertekad tidak membiarkan
amalan lama ini berterusan.
TENDER
Malangnya dalam MARA, Pengerusi MARA dan Majlis
tiada sebarang kuasa dalam JK tender dan perolehan di mana JK tender A
dipengerusikan oleh KSU dan JK tender B oleh Ketua Pengarah. Sepanjang hampir 4
tahun TSAM menjadi pengerusi dan ahli Majlis MARA, TSAM tidak terlibat dengan
sebarang tender atau perolehan malah tidak pernah dimaklumkan tentang apa pun
keputusan JK tender sama ada JK tender A atau JK tender B.
Namun kedengaran rungutan dan dakwaan campurtangan
pegawai tertentu dalam urusan tender dan pernah juga berlaku keputusan tender
dibaiki selepas keputusan di buat. Pernah wujud semacam kartel di mana orang
yang sama membolot beberapa tender dengan mengguna nama syarikat berlainan.
Semua ini telah TSAM tegur secara terbuka beberapa kali termasuk dalam
mesyuarat Majlis.
Pengerusi MARA secara individu tiada sebarang
kuasa. Punca kuasa hanyalah Majlis MARA yang TSAM pengerusikan seperti
termaktub dengan jelas dalam akta MARA. Kuasa Majlis pula ada yang bersifat
mutlak dan ada yang bersifat tertakluk pada kuasa menteri dan menteri kewangan.
Ini juga perlu dihormati. MARA perlu diurus oleh Majlis dan bukan semua perkara
harus di micro managed oleh individu atau kementerian. Perkara ini sering
menimbulkan konflik soal kuasa terutama bila terpaksa menangguh atau
memperbetulkan arahan bagi mempastikan peraturan diikuti.
UEC
Hal UEC juga ramai orang tidak jelas apa yang
dinyatakan oleh TSAM. Pendirian TSAM mengenai UNIKL dan UEC adalah jelas. Dasar
kerajaan membenarkan IPT Swasta dan Kolej Perguruan Swasta menerima sijil UEC
dipertahankan. UNIKL harus menerima kemasukan pelbagai sijil lulusan dalam dan
luar negara. UNIKL perlu bersifat multiracial dan global in nature. Ia tidak
membabitkan atau menjejaskan exclusivity tajaan MARA untuk pelajar Melayu dan
bumiputera di UNIKL.
Sebagai bekas Menteri KKLWB dan bekas pegawai
kanan badan berkanun, Pengerusi Fama, Kada dan Mara, TSAM sangat memahami
peraturan peraturan ini. Justeru ketegasan TSAM dalam perkara tertentu bukan
sengaja diada-adakan untuk ingkar atau mahu menjadi lebih besar dari sesiapa
tetapi sebagai seorang pemimpin parti TSAM bertanggungjawab untuk melaksanakan
tugas secara beramanah dan berprinsip. Agensi yang diamanahkan tidak boleh
menjadi tempat memperkayakan diri sendiri atau sebagai loncatan politik
peribadi.
Justeru apabila timbul syor dengan alasan ingin
menjaga integriti atau untuk menjaga keyakinan rakyat terhadap MARA, TSAM tidak
teragak-agak menyokongnya dan berharap ianya sesuatu bersifat bona fide Iaitu
berniat jujur dan bukan secara terpilih. TSAM gembira apabila benchmark
integriti MARA diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi di mana tuduhan yang
viral di media sosial sekalipun harus membawa ke penggantungan tugas serta
merta sebelum siasatan dalaman dilakukan.
Difahamkan dengan merehatkan TSAM, kini sedang
giat dibuat beberapa keputusan yang selama ini terhalang oleh TSAM. Pengerusi
sementara dilantik dalam keadaan TSAM masih lagi pengerusi. TSAM mengikuti
setiap perkembangan dalam MARA.
Sehubungan dengan itu TSAM merasakan siasatan
dalaman perlu terus dilakukan atas percubaan melibatkan diri oleh mana-mana
pihak di MARA dalam perniagaan yang berkaitan dengan MARA.
Begitu juga ahli Majlis yang ada kepentingan
perniagaan dengan MARA harus mengistiharkannya dan eloklah berundur dari
menjadi ahli Majlis MARA.
Contohnya sisatan perlu dilakukan kenapa soal
tajaan pelajar UNIKL/IPMA masih lewat hingga setahun sedangkan majlis MARA
sudah membuat arahan dan keputusan mengenainya berkali-kali termasuk untuk
menggunakan pinjaman dari dana endowment sebanyak RM500 juta supaya masalah
pelajar segera diatasi.
Siasatan dalaman juga harus dilakukan kepada
projek yang kelewatan dan bermasalah.
Begitu juga siasatan tentang kenapa keputusan
majlis supaya ada external and independent auditor dilantik berkaitan pembelian
aset luar negara tapi tidak di
laksanakan. Campurtangan dalam urusan tender jika benar berlaku mesti
dihentikan.
Perbelanjaan ratusan juta untuk Asia Aerospace
City yang kini tidak berfungsi terutama pembinaan hanger pesawat yang tidak
dapat digunakan perlu di audit, perlaksanaan AEC seterusnya perlu kajian
viabiliti yang terperinci, supaya projek dilaksanakan bukan untuk memenuhi
kepentingan kontraktor yang mendapat projek tapi benar-benar satu keperluan
menyempurnakan peranan MARA sebagai sebuah agensi amanah, khususnya memajukan
kaum bumiputera.
Sebab itu isu tajaan pasukan bolasepak yang
dilakukan berdasarkan pertimbangan komersil menurut peraturan serta menggunakan
bajet branding dan marketing sedia ada, tapi sebaliknya TSAM dituduh
memaksa menggunakan dana penajaan
pelajar MARA, ianya ternyata satu fitnah.
TSAM tidak pun terlibat dalam meluluskan tajaan
tersebut yang dibuat berasaskan merit dan pertimbangan komersial yang diurus
secara pentadbiran saja. Dana pelajaran langsung tidak terlibat.
TSAM berharap integriti MARA terus menjadi agenda
utama dan amalan menjadikan mara umpama pusat skim cepat kaya ditamatkan.
Amalan menggunakan MARA untuk politik peribadi semata-mata juga harus
diberhentikan oleh semua pihak. Peranan asas MARA mesti diutamakan, prestasi
serta kepentingan agenda penubuhannya.
Pendirian TSAM dalam menjalankan tugas sebagai
Pengerusi MARA mungkin tidak disenangi pihak tertentu namun TSAM tetap
memastikan soal integriti dan amanah tetap menjadi perkara yang tidak
dikompromikan sama sekali walau apa pun tekanan cuba dikenakan terhadap TSAM.
Parlimen diberitahu SPRM sudah selesai menyiasat
kes TSAM. Parlimen juga diberitahu pihak yang membuat tuduhan tidak perlu
dipanggil. TSAM berserah sepenuhnya kepada pihak penyiasat, TSAM tiada apa yang
mahu disembunyikan.
Urusan bolasepak hanyalah urusan sukarela TSAM
tanpa sebarang kepentingan peribadi. Paling penting, TSAM tidak terlibat dalam
meluluskan tajaan tajaan tersebut. (J)
TAMAT.
No comments :
Post a Comment