Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 30, 2017

Kos Dan Bayaran Haji


Portal Tabung Haji


KOS DAN BAYARAN HAJI

Kos Haji merujuk kepada kos-kos langsung berkaitan pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun.

Kos Haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah, Madinah dan Jeddah,kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala Kos Haji langsung jemaah PJH/THTS adalah tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH/THTS.

Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran jemaah kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, anggaran bayaran Haji bagi musim haji 1438H adalah seperti berikut:

JENIS JEMAAH                 KOS HAJI (RM)      TANGGUNGAN KOS HAJI (RM)      BAYARAN HAJI (RM)

                                             

MUASSASAH

warganegara belum
tunai haji                                RM19,550                      RM9,570                                           RM9,980



warganegara telah tunai 
haji                                         RM19,550                          Tiada                                              RM19,550


*Tidak tertakluk kepada sebarang perubahan semasa. Harap maklum.

Kos Haji langsung bagi musim 1438H adalah berjumlah RM19,550.00 seorang. Bagi musim 1438H, Bayaran Haji bagi bakal haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, iaitu TH masih meneruskan tanggungan sebanyak RM9,570 seorang. 

Walau bagaimanapun, tanggungan ini hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja. TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah-jemaah Malaysia secara keseluruhannya seperti:

Kos penerbitan buku dan risalah panduan haji,
Kos berkaitan kursus haji,
Kos petugas haji kebajikan dan perubatan,
Kos operasi berkaitan haji di tanah air; dan
Kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia.

Bakal Haji yang telah “Terpilih” pada tahun semasa adalah layak untuk membuat pengeluaran wang di KWSP. Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah). Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000.00 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

Menjadi ahli KWSP
Mengemukakan surat tawaran Terpilih ke pejabat KWSP; dan
Mengemukakan Buku Akaun Simpanan TH ke pejabat KWSP

Berumur kurang 55 tahun


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.