Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, April 25, 2017

Bolehkah DAP Menjaga Islam Di Malaysia ?




Ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 29/09/2001, DAP begitu lantang menentang. Pada DAP, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular. Hari ini, UMNO yang dituduh korup mula cenderung terhadap Islam dalam isu Rang Undang-Undang (RUU) 355. 

UMNO yang selama ini dikatakan lebih baik daripada PAS mula dimusuhi hanya kerana kecenderungan UMNO terhadap Islam. Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun pembangkang Pas.

DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju telah membawa perkara ini ke mahkamah. Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. "Don’t turn Malaysia into an Islamic State."

Itulah kempen yang terus-menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam.

Lebih tegas lagi, DAP membuat andaian, sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam. Hebat DAP, seperti PAN juga boleh membaca pemikiran orang yang telah tiada.

Meskipun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan bahawa, "Malaysia is not a secular state or theology nation. It is an Islamic nation, governed by Islamic tenets but adhering closely to democratic principles in line with the highest laws of the land, the Federal Constitution" (New Straits Times 28/08/2007).

Beberapa tindakan DAP sejak dulu menampakkan mereka anti kepada Islam. EXCO Selangor, Teresa Kok pernah menyindir EXCO PAS di Selangor berkaitan dengan bantahan konsert Selena Gomez, dengan berkata, "What a joke! The Selangor exco doesn’t order prayer to save Malaysia from the shame brought by 1MDB scandal, but has instead ordered prayer to cancel an upcoming concert in Shah Alam?"



DAP tidak ada calon daripada bangsa Melayu beragama Islam dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP. Anak Cina yang diletakkan nama sebagai Khairil Khir Johari telah dipergunakan untuk menipu dan merosakkan Melayu. Siapakah Khairil Khir Johari ini?






Di Pulau Pinang pula, EXCO Agama walaupun berketurunan Melayu Islam namun beliua seringkali dilihat sebagai boneka kepada Dinasti Lim. Beberapa isu yang menaikkan kemarahan Umat Islam di sana seperti campurtangan EXCO Bukan Islam terhadap fatwa Kerajaan Negeri dan usaha merobohkan gerai perniagaan pemilik Melayu Islam.

Setiausaha Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa kontrak Mantan Mufti Pulau Pinang, DS Hassan tidak disambung pada Jun 2014 kerana beliau membantah arahan Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah yang bertentangan Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng hanya mengeluarkan kenyataan membenarkan orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah 6 bulan kemudian, iaitu pada Disember 2014.

Banyak lagi insiden yang memaparkan bahawa DAP anti Melayu dan Islam. Demi kelangsungan politik mereka, kepura-puraan harus wujud bagi mengaburi mata orang-orang Melayu untuk undi mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke 14. 



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.