Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, January 4, 2013


Mat Sabu dan putar alamnya

1. Mat Sabu mencetuskan kontroveri dengan satu kenyataan yang dibuat dalam ceramah beliau di Pulau Pinang. Diantara kenyataan tersebut beliau menganggap Mat Indera yang mengetuai serangan keatas Bukit Kepong  adalah pejuang dan 25 orang polis Bukit Kepong adalah bukan pejuang dan talibarut British. Kenyataan beliau itu ada di paparkan di Youtube.




2. Kepada sesiapa yang membacanya  walau tanpa membuat apa-apa rujukan pasti tidak akan bersetuju dengan Mat Sabu, kecuali orang-orang yang terpaksa menyokongnya atas dasar pegangan politik. Golongan yang tidak mahu berfikir secara mendalam juga mungkin akan mudah terpedaya dengan kata-kata Mat Sabu ini. Kenyataan beliau ini semata-mata untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

3. Seperti biasa, pemimpin-pemimpin politik daripada pakatan pembangkang hanya pandai bermain politik. Mereka akan mempolitikkan segala isu sehinggakan sejarah negara pun hendak diputar-belitkan. Yang lebih menghairankan mereka akan cuba kaitkan dengan UMNO. Boleh dikatakan semua masalah yang menimpa mereka,  UMNO akan salahkan. Lama kelamaan, tektik seperti ini dapat dihidu oleh rakyat Malaysia dan ramai yang sedar akan penipuan yang dibuat kecuali mereka-mereka yang tidak mahu berfikir.

4. Apabila Mat Sabu mengatakan  Mat Indera yang menyerang balai polis bukit kepong adalah pejuang,  bermakna Mat Sabu bermaksud pihak komunis yang membuat serangan pada masa itu adalah juga pejuang kemerdekaan. Ini kerana Mat Indera mengetuai serangan komunis pada waktu tersebut.

5. Mungkin Mat Sabu terlupa atau tak tahu bahawa 25 orang anggota polis bukit kepong yang diserang itu adalah penduduk tempatan ataupun penduduk tanah melayu. Mereka adalah polis yang bertugas menjaga keamanan kawasan tersebut dibawah Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimana Mat Sabu boleh katakan pengganas komunis yang dibenci rakyat tempat yang bukannya berasal dari tanah melayu yang membawa masuk ideologi komunis dari luar ini sebagai pejuang kermerdekaan sedangkan yang diserang, yang dibunuh dan yang dibakar adalah penduduk tempatan yang bertugas menjaga keamanan ?

6. Mat Sabu juga terlupa bagaimana kekejaman komunis semasa pemerintahan komunis selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah. Mat Sabu juga terlupa apa yang telah dilakukan oleh komunis kepada penduduk tanah melayu terutama mereka-mereka yang dirasai menyebelahi tentera Jepun. Mat Sabu juga mungkin terlupa bahawa penduduk-penduduk tempatan begitu benci dengan komunis. Mat Sabu juga mungkin tak tahu mengenai Kiyai Salleh yang dijadikan ketua untuk bangkit melawan komunis. Mat Sabu mungkian tidak tahu bahawa setiap orang yang hidup dibawah pemerintahan komunis sering menceritakan kekejaman yang dilakukan komunis. Mungkin Mat Sabu tak tahu apa-apa. Dia cuma tahu menipu dan bermain politik.

7. Oleh itu, diantara pengganas komunis yang mempunyai ideologi komunis dengan penduduk tempatan yang mempertahankan balai polis di tanah air, siapakah yang sepatutnya di sokong dan dianggap pejuang ? Komunis yang berjumlah 200 orang yang lengkap dengan senjata automatik mengepung dan menyerang dari setiap sudut terhadap 25 orang pegawai polis yang hanya bersenjata senapang patah. Siapakah yang kejam ? Alhamdulillak, 25 orang pegawai polis ini mempunyai semangat perjuangan yang kental sehingga ramai juga pengganas-pengganas komunis yang mati di tangan mereka. Malah pertempuran berat sebelah yang pada mulanya dijangkakan dapat dimenangi dengan mudah dan cepat oleh komunis berlanjutan sehingga 5 jam. Ini menunjukkan semangat perjuangan yang tinngi dimiliki oleh polis-polis bukit kepong. Kita sepatutnya berasa bangga dengan polis-polis ini berbanding  pengganas komunis yang tidak berperi kemanusiaan.

8. Selepas Mat Sabu diserang dan dikecam oleh pelbagai pihak berkaitan kenyataannya, beliau cuba mengalihkan isu untuk hanya memfokus watak Mat Indera. Ini adalah tektik biasa pakatan pembangkang untuk mengalihkan isu setelah tersalah langkah atau tewa.

9. Satu perkara yang perlu diingat, walau atas alasan apa dan matlamat Mat Indera, matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Jika Mat Indera hendak menentang penjajah sekalipun , beliau tidak boleh menyerang dan membunah rakyat tempatan yang bertugas menjaga keamanan. Kalau beliau hendak menentang penjajah, beliau sepatutnya menentang British, Jepun dan Komunis kerana kesemuanya adalah anasir luar yang boleh dikatakan berhasrat untuk menjajah tanah melayu. Lihatlah perjuangan orang-orang seperti Mat Kilau, Dato' Bahaman, Tok Janggut, Kiyai Salleh yang sentiasa istiqamah menentang penjajah samada british, jepun atau komunis dan mereka tidak akan sesekali menyerang rakyat tempatan.

10. Seterusnya, Mat Sabu cuba pula menyalahkan UMNO dan cuba menghasut seolah-olah UMNO merubah fakta sejarah. Malah Mat Sabu dan orang-orang yang menyokongnya cuba mengatakan bahawa UMNO menyisihkan pejuang kemerdekann yang lain dan UMNO membuat sejarah kemerdekaan negara hanya mengangkat UMNO sebagai pejuang. Ini suatu tuduhan yang tidak tepat.

11. Kepada semua orang yang belajar sejarah semasa di sekolah menengah pasti akan tahu kesemua cerita sejarah mengenai kemerdekaan negara. Fakta-fakta semasa penjajahan awal, fakta mengenai pra-perang dunia ke-2, fakta mengenai sejarah pasca-perng dunia ke-2, fakta mengenai gerakan-gerakan radikal, fakta mengenai pertubuhan-pertubuhan spt PKMM, PKM, MPAJA dan lain semuanya ditulis dan diterangkan dengan jelas. Fakta-fakta mengenai pejuang-pejuang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Burhanudin Helmi, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakub, Rahim Kajai, Dato' Onn dan ramai lagi yg berjuang untuk kemerdekaan semuanya ditulis dan tertera di dalam buku teks sejarah. Tidak ada satu pun yang disembunyikan. Perjuangan-perjuangan yang berbentuk radikal dan berhaluan kira dan perjuangan yang berbentuk diplomasi dan berhaluan kanan juga boleh dibaca didalam buku teks sejarah. Malah nama-nama pejuang spt Burhanuddin Helmi, Rahim Kajai dan lain-lain diiktiraf dan diabadikan oleh kerajaan dalam nama-nama kolej, sekolah dan jalan. Semua pejuang ini diabadikan supaya terus diingat. Di UKM, terdapat kolej-kolej dgn nama kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ibrahim Yaakob, Kolej Rahim Kajai, terdapat juga sekolah Aminuddin baki, sekolah Leftenan Adnan dan pelbagai nama-nama lain yang diabadikan. Malah ada yang juga diberi pingat oleh Sultan. Kesemuanya menunjukkan sejarah negara yang ditulis dan diajar di sekolah dan semua pejuang kemerdekaan diiktiraf oleh kerajaan. Tidak ada percanggahan dan tidak ada penyelewengan.

12. Adalah  jelas sejarah negara kita yang ditulis merupakan sejarah lengkap dan diakui kesahihannya oleh pakar-pakar dan pengkaji sejarah. Mengapakah Mat Sabu dan pihak pembangkang sanggup menipu dan memanipulai fakta sebenar ini ?
13. Malangsekali apabila ramai individu yang terpedaya dan tertipu oeh kenyataan-kenyataan dan hasutan pembangkang ini . Jika kita tidak membuat kajian melalui pembacaan dan tidak berfikir dengan  lebih mendalam pastinya kita akan terpedaya dengan hasutan-hasutan mereka . Pembangkang sebenarnya tidak mempunyai agenda lain selain hanya  bermain politik dengan menghasut fikiran rakyat agar membenci kerajaan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja sehingga ketahap menipu dan memfitnah semata-mata untuk mencapai hasrat jahat.

14. Semoga kita menjadi masyarakat yang sentiasa membaca, menganalisa dan berfikir secara kritis terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh orang-orang politik agar kita tidak menjadi pak angguk yang senang di tipu dan diperdaya.

>:SUMBER

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.