Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, January 11, 2013


Umat Islam Perlu Tentang Penggunaan Kalimah Allah Oleh Bukan Islam

ismail kamusKUALA LUMPUR  - Umat Islam di negara ini perlu menghalang sebarang cubaan orang bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah demi menjaga kesucian agama Islam.
Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus berkata, dalam konteks negara ini, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan kerana tidak sesuai dengan keadaan dan situasi.
Menurutnya, jika perkara itu dibenarkan dibimbangi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam terutamanya mereka yang gagal mendalami ilmu agama dengan baik.
“Siapa pun bertanya, jawapan saya tetap sama iaitu kalimah Allah tidak sesuai digunakan orang bukan Islam di negara ini. Kalau dibenarkan, nanti orang keliru. Allah ini Tuhan siapa sebenarnya? Islam atau agama lain?
“Bagi umat Islam, kita perlu pertahankan agama kita. Bagi saya, kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam daripada berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Polemik penggunaan kalimah Allah timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk Bible versi bahasa Melayu.
Cadangan itu bagaimanapun dibantah banyak pihak termasuk Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menegaskan, penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.
Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Gombak Setia menambah, adalah jelas takrifan perkataan ‘God’ yang digunakan orang bukan Islam sebelum ini merujuk kepada ‘Tuhan’ dan bukannya Allah.
“Kita tak boleh biarkan, kalau kita mampu halang, halanglah. Ini melibatkan kesucian agama kita,” katanya.
Berhubung pendirian barisan kepimpinan pembangkang yang membenarkan kalimah Allah digunakan bukan Islam selagi tidak disalahgunakan, Ismail bagaimanapun enggan mengulas lanjut. – Utusan Malaysia

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.