Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 2, 2013

Rekod Salasilah Anwar Yang Misteri


Email dari Ceruk Tok Kun [klik di sini] tentang salasilah Anwar Ibrahim mungkin mengejut ramai pihak, tetapi bagi saya itu bukan perkara baru, saya pernah dengar daripada bekas-bekas sahabat Anwar sebelum ini.

Seorang sahabat Anwar yang berasal dari Johor yang terlibat aktif dalam mempertemukan Anwar dengan Wan Azizah, ketika itu Azizah masih belajar di Dublin pernah bercerita perkara ini. 
 
Memang ketika mula-mula mendengarnya, agak pelik, dan saya simpan sebagai maklumat persendirian sahaja, tetapi apabila mendengar dari pelbagai sumber yang berlainan, saya mula tertanya-tanya, benarkah salasilah Anwar ini ?

Benar, dalam mana-mana wikipedia, tiada catatan tentang sejarah hidup Anwar khususnya berkenaan latar belakang keluarganya yang sejarahnya itu terus melompat ke alam pelajar, terlibat dalam PKPIM, ABIM, sertai UMNO, masuk penjara, PKR dan akhirnya sejarahnya hari ini.

Anwar dan ayahnya, Pak Ibrahim

Juga tiada buku khusus yang menceritakan sejarah keluarganya, kecuali buku-buku politik yang menceritakan tentang sejarah perjuangan politiknya..bla..bla..bla..

Akhirnya sejarah hidupnya ditinggalkan kosong dengan penuh misteri.

Keluarga Rosak

Buku pertama yang mendedahkan serba sedikit berkenaan latar belakang keluarga Anwar adalah buku ’50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM”

Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya, Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh.

Mokhtar, adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu sekarang menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan”, Klik di sini

Blogger x-pkr menjelaskan lagi tentang Mokhtar.

Banyak masa Mokhtar dihabiskan di Indonesia kerana masalah perbadi yang dihadapinya. Masalah tersebut boleh menjejaskan reputasi Anwar sebagai ‘politician’ Malaysia serta imej ‘Pak Sheikh’nya.

Kerana itu Anwar seboleh mungkin cuba ‘menyembunyikan’ kekanda sulungnya itu. Untuk rekod, kekanda sulungnya ini tidak berkahwin semasa hayatnya. Klik di sini

Menurut x-pkr, seorang lagi adik perempuan Anwar (yang kurang dikenali) telah berkahwin dengan seorang bekas polis pengawal peribadi Anwar yang bersara pada era reformasi 1998, juga bernama Mokhtar.

Mokhtar, adik ipar Anwar ini, bertindak sebagai kakitangan pengiring Anwar, tugas sama ketika dia dalam perkhidmatan polis.

Pak Ibrahim (bertanda bulat), Sukma Darmawan dan keluarga Anwar di Munich 2004

“Anwar ni nakal sikit, sebab itu keluarga memutuskan Mokhtar menjadi pegawal peribadinya untuk tengok-tengok tingkah lakunya”, jelas satu sumber yang dekat dengan keluarga Anwar.

Difahamkan, Mokhtar bersama isterinya (adik Anwar) menetap di rumah peninggalan Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya.

Barangkali kerana latar belakang keluarganya yang sebegini, maka Anwar mengambil keputusan untuk menyembunyikan salasilah keluarganya dan memperbesarkan mengenai ‘kehebatan’nya sebagai pemimpin.

Tetapi dalam konteks Melayu-Islam, walau sehebat mana pun seseorang itu, tetap kembali kepada persoalan asas. Siapa dia itu ? Siapa ibu bapanya ? Bagaimana susur galur keturunannya ?


Kerana terlalu sembunyikan susur galurnya, maka muncul pula secara tiba-tiba adik angkat Anwar yang berasal dari Indonesia, lelaki bernama, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Apakah Pak Ibrahim (bapa Anwar) berasal dari Indonesia atau sering berulang alik ke Indonesia ? Apakah Pak Ibrahim kekurangan anak sehingga memerlukan anak angkat ?

AIDCNews mendedahkan fakta sebaliknya, Sukma Darmawan bukan ditemui oleh Pak Ibrahim, sebaliknya ditemui oleh Anwar ketika dia sering berulang alik ke Indonesia, ketika zaman mudanya.

Kemudian, Anwar pujuk Sukma Darmawan berhijrah ke Malaysia, tinggal bersamanya di rumah Pak Ibrahim, di No. 27, Jalan SS1/43, Petaling Jaya dan belajar di Sekolah Yayasan Anda, milik Anwar.

Di rumah itu hanya didiami oleh 4 orang iaitu Datuk Ibrahim, isteri mudanya (ibu tiri Anwar), Anwar dan Farizon (adik tiri Anwar).

Apabila Sukma datang sebagai anggota keluarga baru, Datuk Ibrahim telah menempatkan Sukma sebilik bersama Anwar yang ketika itu masih bujang.

Sebelum ini, mungkin ramai yang salah faham, mengatakan Sukma Darmawan menetap bersama arwah Mak Yan, hakikat sebenarnya, Sukma Darmawan menetap bersama madu Mak Yan di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Persoalannya kenapa Anwar tidak menetap bersama arwah Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya ? Kenapa Anwar dan Sukma lebih selesa menetap di rumah bapanya di Kampung Tunku ?, lapor AIDCNews. Klik di sini

Anwar Lebih Cenderung Mak Tiri ?

Sebelum ini, kita digembar-gemburkan Anwar sangat kasihkan ibunya, arwah Mak Yan, tetapi fakta yang didedahkan Sukma Darmawan sebaliknya.

Menurut pengakuan Sukma Darmawan, ketika Anwar masih bujang, dia lebih banyak menetap di rumah bapanya bersama isteri muda di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku, Petaling Jaya, berbanding dengan rumah arwah ibunya, Mak Yan di Assunta, Petaling Jaya.

Persoalannya kenapa ?

Farizon (bertanda bulat) di Capetown, Afrika Selatan

Mohamad Sabu, dalam Majalah Tamadun, 14 Jun 1998 pernah berkata, “Begitulah juga dengan
Rani Ibrahim, Marzuki Ibrahim dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan ?”. Klik di sini

Dalam senarai saham yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 1999, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai penerima saham Bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon (anak dengan isteri muda) dan Marzuki (anak dengan Mak Yan) memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.Klik di sini

Utusan Malaysia, 18 Oktober 1999 pernah melaporkan bahawa abang Anwar, Idrus Ibrahim pernah ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di kondominium Menara Seputeh.

Idrus Ibrahim, merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) bahagian Bukit Mertajam ditahan oleh para pegawai Pencegah Maksiat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan polis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman ketika dihubungi di Sik petang ini mengesahkan penangkapan tersebut.Klik di sini

Petunjuk Arwah Sulaiman Palestin

Idrus (bertanda bulat) dan Chegubard

Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin juga merupakan salah seorang keluarga Anwar apabila mengahwini anak saudara Anwar, Zarerah Hanim Md Zaki. Zarerah anak adik Anwar,
Rehan Ibrahim yang berkahwin dengan arwah Pak Lang Zaki.

Jika melihat petunjuk Chegubard, dia walaupun kaum kerabat Anwar tetapi nampaknya tidak gemar dengan cara Anwar mengemudikan PKR.

Kenapa Anwar pinggirkan Chegubard, sedangkan pemuda itu berkahwin dengan anak saudaranya ?

Ada yang tidak kena dengan keluarga Anwar ?

Paling misteri, Khairuddin Abu Hassan anak saudara arwah Sulaiman Palestin dan mendakwa sepupu Anwar Ibrahim pernah membawa pesan Arwah Sulaiman Palestin bahawa halang kerakusan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

 Anwar Ibrahim kunjungi arwah Sulaiman Palestin. Khairuddin Abu Hassan (bertanda bulat)

Khairuddin Abu Hassan mendakwa Wan Azizah pernah dua kali meminta cerai daripada Anwar Ibrahim.

Khairuddin dalam ceramahnya di Jelutong petang semalam mendakwa, kali pertama Wan Azizah meminta cerai daripada suaminya itu ialah pada tahun 1994 dan kali kedua pula pada tahun bulan September 1997 setelah mengetahui `latar belakang sebenar’ Anwar.

Khairuddin dalam ceramahnya turut mendakwa Wan Azizah pernah dipukul oleh Anwar apabila meminta cerai kali kedua menyebabkan dia melarikan diri dari rumah selama 10 hari, Klik di sini

Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan, Mokhtar, Rani (arwah), Idrus, Marzuki, Rehan, Rosli, dan seorang lagi perempuan adalah anak Pak Ibrahim dengan Mak Yam. 
 
Farizon satu-satunya anak tunggal Pak Ibrahim dengan isteri muda. Sukma Darmawan pula anak angkat yang tiada pertalian keluarga dengan Pak Ibrahim.

Anwar pula anak Pak Ibrahim dengan isteri yang mana ?


1 comment :

Anonymous said...

Nana adari kampung Ceruk Tok Kun
November 21, 2013 at 8:04 pm

Anwar’s paternal grandfather was a Tamillian Hindu from India. He converted to Muslim when he married Tok Nen, a Malay maiden and settled Tok Nen’s family house in Jalan Kilang Ubi, Bukit Mertajam.

To earn a living, the couple sells mee goreng and mee rebus, at a junction near Bukit Mertajam Railway Station.

Pak Brahim works as a hospital attendant. When he was posted to Sungai Bakap Hospital he had an affair with a Chinese nurse and bores him a male infant. Pak Ibrahim named him as Anwar.

Pak Ibrahim was very active in UMNO, so too Mak Jan, his first wife, who was Kaum Ibu leader in Seberang Perai. Pak Ibrahim took his house servant as second wife after an affair, to the chargrin of Mak Yan.

Pak Ibrahim was a blue eyed boy of late Tun Sardon Jubir, former Transport Minister and Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, who took him to KL in late 1960s and appointed him as an officer in Tabung Haji when Tabung Haji was in initial set up by Government.

When Pak Ibrahim was at Tabung Haji he played-out many of his friends in money matters. When any new shares comes up, he and his friends jointly applied, but he always refunded his friends money after telling them that the share application was not succesful, but infact it was. And also with Tun Sardon’s influence in Government, Pak Ibrahim was selected to represent UMNO /Perikatan in PAS stronghold Sungai Dua Parliamentary (now renamed Ptg Pauh) in the General Election and he won. Subsequently he was appointed as Parliamentary Secretary to Ministry of Agriculture.

Anwar attended his primary at Stowell School, an English medium primary school situated besides Bukit Mertajam High School. In the afternoon Anwar attends religious school at Jalam Kolam Air, a road leading to Bukit Mertajam recreacational hill. Those students who studied in this religious school are very well versed in memorising alQuran and the doas.

Later Anwar attended Malay College Kuala Kangsar (English Medium Secondary school controlled by Ministry of Education) not because his academic qualification but merely because of Pak Ibrahim influnce in UMNO leaders.

When Anwar was in Form 1 to Form 3, he always being sodomosed by his seniors in MCKK. Anwar was fair-skinned and comel when he was a kid. When Anwar was in Form 4 and 5, he himself turns on his juniors. His addiction to sodomy never ending until now. His MCKK former schoolmates knew that.

Wan Azizah? Wan Azizah was a Korean when Wan Ismail from Kg. Sama Gagah, Permatang Pauh adopted her as an infant in Korea. Wan Ismail was a senior Govt officer attached to Malayan Embassy in Korea at that time. After Korea stint he was posted to several states in Malaya/Malaysia including Kedah as a Federal Govt Officer in Federal Dept in states.

Too long heh… if u want to know more about Anwar or Anwar’s family come over to Jalan Kilang Ubi, Ceruk Tok Kun. You can ask Mee Ketam stall owner, which is well known in Penang to elaborate further.

Thank you.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.