Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, November 9, 2015

Blogger Cuba Tipu Istana Johor?

Perbalahan antara kumpulan siber pro BN nampaknya sudah sampai ke tahap kronik. Tuduh menuduh, mengambil kesempatan terhadap pemimpin, kini sampai ke tahap cuba mendapatkan perhatian pihak istana pula. Semuanya kerana satu perkara, duit.

Modus operandi kumpulan siber yang ada matlamat halalkan cara tidak sukar untuk dikesan. Mereka hanya menjual jumlah pengikut yang didakwa adalah ahli kumpulan mereka di internet terutamanya facebook.

Kemungkinan kumpulan ini menganggap bahawa mangsa mereka mudah ditipu dengan hanya menunjukkan bilangan jumlah kawan di akaun facebook mereka dan paling berkesan apabila mereka menjual kekuatan kumpulan mereka dengan menunjukkan jumlah pengikut berdasarkan 'like'.

Kumpulan ini biasanya mengambil kesempatan mencucuk jarum hasutan apabila melihat peuang terbentang luas.

Tiba-tiba sahaja istana Johor seperti mendapat sokongan padu dari kumpulan blogger yang dikatakan mempunyai persatuan terbesar dan terkuat di alam siber di dalam isu menghina istana.

Seperti yang dilaporkan oleh portal FMT, kumpulan ini akan membuat laporan polis di seluruh Negara berikutan adanya penghinaan terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam isu yang tidak begitu jelas tentang hinaan tersebut.

Tindakan daripada kumpulan blogger terbesar di Malaysia ini mendapat reaksi dan kecaman dari beberapa kumpulan pemain siber. Juga ada yang mula mendedahkan siapa sebenarnya ketua kumpulan yang cuba menarik perhatian istana Johor itu.

Menurut sumber dalaman, Malaysiakini sudah tertipu dengan latarbelakang ketua kumpulan tersebut. Beliau bukannya blogger, beliau hanyalah pemain siber facebook dan pengikut hakiki hanyalah 5 orang dan selebihnya hanya nama-nama palsu atau akaun palsu yang direka untuk menunjukkan betapa ramainya pengikut beliau.

Pernah cuba menulis di blog sendiri tetapi malangnya tidak pernah tersenarai di ranking Alexa dalam dan luar Negara.

Tersipu-sipu apabila melihat kontras wajah sebenar ketua kumpulan ini dengan wajah ciptaan FMT. Beliau juga didakwa pernah berkhidmat secara underground untuk kerja politik pkr dan Husni?

Terdapat juga laporan polis terhadap ketua kumpulan ini kerana menghina dan memfitnah Perdana Menteri sehingga berita ini ditulis belum ada apa-apa tindakan dari PDRM.

Sumber :  FMT

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.