Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, November 12, 2015

Parti Amanah Negara Cuba Rampas Kelantan Dari PAS Dengan Skrip 16 September Anwar Ibrahim!!!

Pada PRU-13 lalu, PAS dan Pakatan Rakyat berjaya memperolehi 33 kerusi DUN Kelantan berbanding 12 oleh UMNO-BN. 

Daripada 33 kerusi DUN itu, PKR hanya memperolehi 1 kerusi DUN iaitu di Guchil.

11 September lalu, Ahli Parlimen Tumpat yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar akhirnya menyertai PKR walaupun dia sepatutnya menyertai parti itu pada tahun 1999 lagi.

Wan Abdul Rahim merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu yang telah memecat Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga merupakan Setiausaha Agung PAS masakini. Wan Abdul Rahim juga merupakan Pengerusi PASMA Kelantan. Kini, walaupun tidak keluar dari PAS secara rasmi, dia merupakan penyokong kuat Parti Amanah Negara yang diketuai oleh Mat Sabu. 

Husam Musa pula adalah ADUN Salor, bekas Exco yang amat berkuasa pada zaman pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz tetapi kehilangan segala-galanya apabila Allahyarham Nik Abdul Aziz dilantik sebagai Menteri Besar pada penghujung hayatnya dan terus kehilangan apabila Ahmad Yaakob dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz. 

Walaupun dilihat memberikan sokongan kepada PAN, terutama menerusi pelbagai tindakannya untuk memalukan Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Ahmad Yaakob, termasuklah isu-isu pembalakan yang sebenarnya bermula pada zaman dia menjadi Exco Kanan lagi, Husam Musa belum mengisytiharkan keluar dari PAS.

Parti Amanah Negara dilihat semakin terdesak sekarang dalam usaha untuk membuktikan yang pelaburan besar DAP ke atas mereka, berbaloi. Beberapa kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dilihat seakan-akan menyebelahi Najib Abdul Razak dan UMNO pula, telah digunakan secara meluas oleh PAN dan para penyokong parti tersebut di dalam PAS sendiri untuk terus menekan PAS agar akur kepada DAP atau akan diserang secara bertali arus dengan pendedahan demi pendedahan yang akhirnya melemahkan pegangan parti itu ke atas kawasan-kawasan yang telah ditawan sebelum ini.

Justeru apabila timbul cerita kononnya, PAN akan merampas Kelantan dari PAS menerusi perpindahan besar-besaran ADUN-ADUN PAS ke PAN, ianya sesuatu yang akan mengingatkan kita kepada usaha-usaha Anwar Ibrahim dengan Drama Tragedi 16 September 2008nya apabila mengumumkan dia sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk merampas Putrajaya daripada UMNO-BN. 

Tidak sahaja UMNO bermasalah dengan parasit dalaman yang sedang cuba menumbangkan Kerajaan Pusat dan menyerahkannya kepada DAP, tetapi juga nampaknya PAS mempunyai lebih ramai parasit yang sanggup bekerja untuk DAP dan Lim Kit Siang.

Ada persamaan antara PAS dan UMNO dalam isu ini... jadi, jangan terkejut sekiranya akan ada gerakan lebih besar yang tidak disangka-sangka daripada kedua-dua parti dalam pertembungan politik ini walaupun para penyokong masing-masing masih sukar untuk menerima bayangan tersebut.

33 - 10 = 23 + 12 UMNO-BN, jumlahnya tetap 2/3 majoriti di DUN Kelantan!

Agak-agaknya apa helah yang akan diatur selepas ini? Seterusnya

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.