Serangan
ke atas Yayasan Pembangunan Ekomomi Islam Malaysia (YaPIEM) dirancang
oleh mereka yang menjadi alat kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP),
untuk memenuhi agenda parti tersebut meruntuhkan institusi-institusi
Islam di negara ini.
Seterusnya
menurut MYKMU, selepas Kumpulan 25 (G25) yang berfahaman “Islam
Liberal” menyerang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) minggu
lalu, kini giliran Yapiem menerima serangan tersebut melalui National
Oversight and Whistleblowers (NOW) atau dalam bahasa Melayu, Badan
Pemantauan dan Penyalur Maklumat Negara.
Serangan
ke atas Yapiem mendakwa ia sepatutnya menjadi badan kebajikan untuk
umat Islam telah membayar gaji dan elaun berpuluh ribu kepada ahli
politik dan keluarga mereka, merupakan satu taktik jahat ala komunis
untuk meruntuhkan institusi-institusi agama.
Pertama,
perlu kita tahu bahawa Yapeim merupakan sebuah institusi yang
ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 yang berorentasikan
ekonomi dan kebajikan. Sejak ditubuhkan pada 13 Oktober 1976, YaPEIM
memfokuskan kepada usaha untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan
melalui pendekatan membangunkan ekonomi Islam dengan melibatkan diri
dalam sektor perniagaan.
Dengan
kata lain, Yapiem perlu berniaga dan mewujudkan peluang ekonomi untuk
membantu orang Islam lain. Yapiem tidak menutip zakat atau sekadar
badan kebajikan berorientasikan sumbangan dan geran. Justeru
keputusan pembayaran gaji, elaun, bonus dan perlantikan adalah
keputusan berasaskan perniagaan.
Salah
satu program pembangunan ekonomi Islam yang paling berjaya ialah
program Ar Rahnu YaPEIM yang kini telah dilaksanakan melalui 202 buah
cawangan di seluruh negara.
YaPEIM
merupakan pelopor dan peneraju dunia dalam memperkenalkan instrumen
Ar-Rahnu sejak 1993. Setiap tahun sejak 1993, program Ar-Rahnu
terbukti telah menjana keuntungan yang memberansangkan. Tahun ini
sahaja, YaPEIM berjaya menjana pendapatan mencecah RM83juta.
Keuntungan ini telah meningkat sebanyak RM11juta berbanding RM72juta
tahun 2014.
Pada
hari ini, Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih
sebanyak RM138juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi
RM160juta sehingga Disember tahun 2015. Jumlah Aset keseluruhan
YaPIEM berjumlah RM1.034 bilion.
Melalui
program Ar-Rahnu dan pelbagai sektor perniagaan berkaitan, YaPEIM
berjaya menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan
(geran) kerajaan dalam pengurusan dan operasinya.
Malah
keuntungan yang dijana melalui aktiviti pembangunan ekonomi, jugalah
yang digunakan untuk menjayakan pelbagai program kebajikan YaPEIM
seperti Skim Kecemerlangan Pelajar (miskin) Nasional – SANTUN
(melibatkan 5,200 orang pelajar miskin dan anak yatim yang
cemerlang), Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional (dengan
kumpulan sasar 200 ribu keluarga yang berdaftar di bawah e-Kasih),
Program Pembangunan Komuniti dan Program Pembangunan Keusahawanan
(mencecah 120,000 orang pada penghujung tahun 2015).
Orang
Islam Cepat Melenting
Umat
Islam di negara ini merupakan kumpulan manusia yang cepat melenting
dan mudah percaya fitnah biar pun Allah beberapa kali berfirman dalam
al-Quran mengingatkan dosa fitnah dan bercakap keburukan orang lain.
Hanya
kerana membuat potongan gaji RM 20 sebulan untuk Yapiem mereka
beranggapan sudah berhak mengherdik dan memaki pengurusan Yapiem
tanpa membuat penyelidikan dahulu.
Tujuan
Yapiem mengadakan program sumbangan termasuk melalui Skim Potongan
Gaji Bulanan ialah ialah bertujuan memberi peluang kepada masyarakat
Islam di negara ini turut membuat kebajikan dan mendapat pahala
melalui skim-skim yang diperkenalkan bukannya kerana Yapiem tiada
wang.
Hakikatnya,
Yapiem sebagai pengusaha pajak gadai Islam terbesar di negara ini
merupakan ancaman kepada sistem konvensional dan anda sendiri pasti
tahu siapa yang terancam dengan perkembangan ini.
Sungguhpun
perlantikan Lembaga Pengarah Yapiem dibuat oleh kerajaan, namun
mereka beroperasi seperti organisasi perniagaan dan kebajikan biasa
yang membuat keputusan berasaskan perniagaan.
Serangan
terbuka ke atas institusi Islam membabitkan tuduhan salah guna wang
dan ke arah korupsi bertujuan memalukan isntitusi Islam yang banyak
membantu umat Islam ini.
Jika
benar mereka percaya ada kesalahan berlaku, buatlah laporan kepada
Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukannya membuat sidang
akhbar berunsur pertanyaan supaya mereka bebas memburukkan orang
tetapi terlepas dari tindakan undang-undang.
Tunggu,
anda akan lihat banyak lagi serangan ke atas institusi Islam yang
kemungkinan besar dirancang oleh DAP.
Orang
Islam hari ini lebih percaya DAP dari perintah Allah dalam al-Quran.
Mereka bergaduh soal tuduhan rasuah sampai sanggup merosakkan agama
sedangkan Allah sendiri mengingatkan jangan membuat tuduhan tanpa
sebarang bukti jelas. -
Mereka
seolah-olah sudah tidak percaya bahawa Allah akan menghukum mana-mana
pemimpin yang merompak harta rakyat. Umat Islam di negara ini pada
hari ini sudah menjadi pendakwa, hakim dan juri sekaligus. Betulkah
mereka memahami ajaran Islam?
No comments :
Post a Comment