1. Arwah Tun Razak merupakan seorang Perdana Menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan pembangunan negara. Dalam mana-mana program pembangunan yang direncanakan, motivasi membantu rakyat adalah menjadi keutamaan.
2. Dalam artikel ini, saya mahu kupaskan satu sektor sahaja iaitu peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem prasarana infrastruktur jalan raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat.
3. Dibawah pemerintahan Tun Razak ini, JKR ataupun sikronim Jabatan Kerja Raya menjadi senjata utama dalam program pembinaan sistem jalan raya yang menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA. Fungsi utama JKR adalah membina infrastruktur negara selepas merdeka. Kebanyakannya adalah pembinaan dan penyeliaan sistem jalan raya diseluruh Malaysia.
4. Pada tahun 1967 satu sejarah telah dicipta oleh JKR ini. Pembinaan projek lebuhraya gergasi sepanjang 123 KM menembusi hutan banat antara Perak ke Kelantan telah dirancang hanya menggunakan kepakaran tempatan dengan kos minima dari wang dana kerajaan sendiri.
5. Projek tersebut dinamakan Jalan Raya Timur Barat (JLTB) bernilai RM205 juta (sangat tinggi nilai pada zaman 70an dahulu). Berjaya disiapkan pada tahun 1982, 12 tahun tempoh masa pembinaan diambil mengambil kira kelewatan akibat ancaman dari pengganas Komunis pada masa itu. Jika tiada ancaman Komunis kemungkinan lebih awal projek itu berjaya disiapkan.
6. JLTB menjadi satu satunya projek pembinaan mega Lebuh Raya oleh Kerajaan tanpa tol dan adalah PERCUMA sehingga sekarang ini. Selenggaraan setiap tahun oleh JKR tanpa sebarang masalah, dengan kualiti jalan terbaik sepanjang masa.
7. Pada tahun 1977 kerajaan di bawah pemerintahan Tun Hussien Onn meneruskan legasi direncanakan oleh arwah Tun Razak untuk membina rangkaian PERCUMA Sistem Lebuh Raya menghubungkan Utara hingga ke Selatan Semenanjung Malaysia. Projek ini sudah lama dalam perancangan Tun Razak dahulu namun mengalami kelewatan akibat masalah ancaman getir Komunis di negeri Perak masa itu.
8. Projek dinamakan PLUS – Projek Lebuhraya Utara Selatan dilaksanakan pada tahun 1977. Satu Konsortium Nasional ditubuhkan iaitu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atau Malaysia Highway Authority untuk menjalankan perancangan dan pembinaan PLUS ini.
9. Kehancuran pergerakan Komunis akhir 70an memberikan kesan positif kepada program pembangunan negara. Kawasan-kawasan hitam berjaya dibersihkan.
10. Projek berjalan lancar tanpa masalah sehinggalah Dr M menggantikan Tun Hussien Onn sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981.
11. Antara 1980 sehingga 1985, LLM berjaya menyiapkan beberapa blok fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366 KM atau pun 41% daripada jumlah keseluruhan PLUS iaitu 823 KM yang dirancang menggunakan dana kerajaan sebanyak RM3.2 BILION pada masa itu, Lebuhraya Penuh TANPA TOL dan PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung beres dari kantung kerajaan tanpa penglibatan pihak swasta.
12. Pada tahun 1986, Dr M mula gila melaksanakan idea gila program Penswastaan Negara. Hampir segala-gala yang sebelum ini hak mutlak rakyat dibawah operasi kerajaan mula didagang dijual kepada pemodal asing.
13. Tragedi PLUS pun berlaku pada tahun 1986. Entah apa yang merasuk Dr M, pegangan kerajaan dan LLM di dalam PLUS dijual kepada proksi kroni Dr M iaitu Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM. Padahal mengikut perancangan asal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn, adalah tidak akan sekali-kali membenarkan kemasukan pemodal luar kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk rakyat.
14. UEM pun akhirnya menguasai projek PLUS tersebut. Walaupun mendapat bantahan ramai rakyat pada masa itu kerana UEM dianugerahkan konsesi yang panjang tidak masuk akal.
15. Walaupun 366 KM dari keseluruhan 823KM pembinaan yang siap menggunakan wang dana kerajaan sendiri, UEM tidak membayar satu sen pun duit mereka untuk membayar semula kos yang telah pun dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini.
16. Dan paling menyeksakan, idea asal Lebuhraya PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan Dr M. Halim Saad melalui UEM mengaut berbilion untung atas angin kerana sistem konsesi berat sebelah yang tidak berkesudahan. Terma tamat tempoh 30 sudahpun tamat namun disambung semula untuk 25 tahun lagi. Dengan kata lain PLUS adalah ‘cash cow’ kepada Dr M dan proksi mereka.
17. Dan apa yang paling mengecewakan, pihak swasta ini dibenarkan mengutip hasil tol yang dibina dari wang dana kerajaan sendiri pada mulanya. Mereka hanya menyiapkan baki 500 KM sahaja selepas itu. Satu kerja atas angin kerana UEM menyiapkan lebuhraya PLUS dua tahun lebih lewat dari tarikh penyerahan, dengan kos yang melampau naik sehinga 70% dari kos jangkaan yang digubal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn sebelum ini.
18. Dr M malah memberikan kemudahan kredit RM3.5 bilion lagi kepada UEM walaupun operasi asal yang dirancang Tun Razak dahulu hanyalah 100% dana hasil kerajaan untuk pembinaan lebuh raya PERCUMA untuk rakyat sepanjang 800 KM tersebut.
19. Terima kasih atas usaha keji Dr M dan kroni proksinya, sehingga kini kutipan PLUS yang berjumlah RM2 bilion setahun dan terus meningkat, tidak nampak jalan untuk menamatkan kutipan tol tersebut.
20. Persoalan pentingnya di manakah hasil berpuluh bilion kutipan tol selama berpuluh tahun ini pergi?
21. Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tolnya mengikut perjanjian mistik yang keji antara Dr M dan Halim Saad berpuluh tahun lepas. Jika tiada kenaikan, boleh pula Kerajaan dipaksa untuk membayar ‘PAMPASAN’, sesuatu yang sangat tak masuk akal.
22. Sistem pembinaan jalan bertol di Malaysia ini adalah salah satu legasi Dr M yang tidak dapat dimaafkan selama-lamanya. Di Lembah Klang sangat tak masuk akal sistem serupa digunakan, dengan berpuluh konsesi lebuhraya menyedut duit hasil titik peluh rakyat setiap masa.
23. Panjang lagi kisah ni cuma saya pendekkan bagi pembaca mudah hadam.
24. Siapa yang bengang bayar tol setiap hari mohon sila tag kawan atau share suruh baca ini dan tanya balik kenapa negara Malaysia semasa baru nak bangun tahun 60an-70an masih miskin dengan sumber yang tidak banyak akan tetapi masih mampu membina jaringan Lebuh Raya dan infra Jalanraya PERCUMA seluruh Malaysia dengan dibiayai dan dibina sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi JKR ini.
25. Tetapi bila Malaysia sudah maju kaya di bawah Dr M, keadaan menjadi terbalik. Segalanya diswastakan dan dicaj tol, kutip hasil titik peluh rakyat. Di mana logiknya? Nampak sangat Dr M ini TIDAK AMANAH uruskan sumber negara.
PEMBETULAN FAKTA: Lebuhraya adalah milik kerajaan di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Setiap projek lebuhraya harus mendapat kelulusan mereka terdahulu seperti jajaran Lebuhraya berkenaan.
Dan setiap pengambilan balik tanah untuk Lebuhraya akan dilaksanakan oleh LLM dan pengendali lebuhraya harus menyediakan dana untuk membayar pampasan kepada pemilik tanah berkenaan yang akan dibayar melalui LLM.
Jadi nak kata Renong atau mana-mana pengendali Lebuhraya dapat percuma itu tak betul.
Perjanjian konsesi juga ambil masa yang lama sebab kerajaan akan meletakkan harga tol untuk setiap kelas dan ini berdasarkan anggaran dan unjuran yang diberikan melalui kajian aliran trafik atau bancian trafik yang dijalankan oleh JKR pada setiap 6 bulan.
Dan perjanjian membina lebuhraya dan konsesi pengendalian juga harus melalui Jabatan Peguam Negara. Semua proses ini memakan masa yang lama.
Ianya bukan semudah yang dinyatakan dalam artikel tersebut dan pada setiap masa kerajaan pada kedudukan upper hand.
Contoh Projek Lingkaran Luar Pulau Pinang PORR yang diumumkan oleh Tun Abdullah dahulu telah dibatalkan kerana tiada kata persetujuan tentang harga projek, kos pengendaliaan dan harga tol dengan kontraktor pengendali lebuhraya berkenaan.
Satu lagi yang perlu diingatkan pengendali lebuhraya harus juga menjalankan maintenance pada kos mereka sendiri dan tiada bantuan dari kerajaan.
Contoh: Lebuhraya Butterworth-Kulim BKE, projek berkenaan yang sepatutnya bersambung dengan Lebuhraya Timur Barat hanya siap sehingga Kulim sahaja dan tidak ke Grik akibat krisis ekonomi 1997, pemegang konsesi telah mengalami kerugian akibat unjuran trafik tidak seperti yang telah dinyatakan sehingga kerajaan memutuskan untuk mengambil balik melalui PLUS dan PLUS harus membayar pinjaman bank pemegang konsesi berkenaan beserta faedah dan PLUS dibenarkan menaikkan tol sebanyak 20 sen untuk kenderaan kelas 1.
Sekurang-kurangnya pada tahun 2011, PM Najib memastikan kerajaan membeli balik PLUS dan tol di semua lebuh raya PLUS telah disusun semula untuk menghentikan kenaikan.
Sekarang, sekurang-kurangnya apabila mengutip tol – separuh pergi ke kerajaan dan separuh lagi pergi kepada kroni sebenar – pemegang akaun KWSP.
1 comment :
Aku pengundi BN aka UMNO.
Aku tak sokong DAP apatah lagi PKR. Baik Anthony aloke atau Tony Pua. Rafizi jauh sekali nak aku sokong.
tapi soal 1mdb adalah soal rakyat. Drp wakil rakyat umno yg telah bercakap mengenai 1mdb telah di pecat. TDM di hina.
jadi nak kutuk tony pua tak berani nak debat. Lepas tu lawak pandikar nak letak jawatan.
sebenarnya kami rakyat maheran nampak siapa yg kecut.
Nama jho low tak nak di panggil sebab dia bukan saksi..tapi nakalnya pemakan dedak spin tak sudah.
BN dan UMNO akan tumbang PRU14 di sebabkan kauorg pemakan dedak yg terlebih sudu drp kuah.
Kerajaan nak tutup 1mdb dgn sosma.
aku dah meluat. Jgn cakap najib hebat.
dia lah yg jahanamkan malaysia dgn 1mdb.
Post a Comment