Merujuk
kepada kenyataan media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and
Whistleblowers (NOW) merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu)
pada 13 November 2015. Sesungguhnya dakwaan yang mengatakan
saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh
daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke
luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli
belah adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang
(misleading) daripada fakta sebenar.
Kunjungan
saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei
2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh
agensi-agensi di bawah seliaan saya terutamanya YaPEIM dengan
kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia
(EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1000
orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.
Melalui
strategi penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru"
khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar
Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain
yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, beberapa program
besar telah diatur dan dilaksanakan.
Program-program
tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek
motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan
Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra
Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan
JAWI; Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita
Kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak
berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia.
Program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang
diadakan di Indianapolis dan Washington DC, Amerika Syarikat.
Bersempena
dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa
acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di
Indianapolis termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama
dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut
terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.
Justeru
dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria
menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan
untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di
Jabaran Perdana Menteri. Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen
yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program
melibatkan saya.
Adalah
menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM
bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang
dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala
perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan
mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan.
Tiada
apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur
dan tatacara yang ditetapkan. Saya sentiasa terbuka dan bersedia
memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk
disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri
saya atau agensi di bawah seliaan saya.
Dengan
ini, saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian
Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat
serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam. Jika tidak,
saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam
saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan
kredibiliti saya.
1 comment :
Tak habis-habis si puak TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO/RASIS-EJEN/KULI-Barat/ZIONIS-SOROS/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH-no-1, nak MENGALIH perhatian dari JENAYAH RASUAH/SAMUN depa dgn. asyik MENYERANG YAB PM kita, UMNO dan mana-mana institusi BUMIPUTERA terutamanya yang banyak membantu ISLAM/umatnya!
JAHATnya si PKRHOMO ni no, sampai ZAKAT pun disyaki sanggup nak TIPU! Lihat di -http://badutrakyat.blogspot.com/2015/08/kantoi-deig-azmindeig-penipuan-azminali.html , KANTOI !!! #DEIG #AZMINDEIG !!! PENIPUAN #AZMINALI DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!! August 24, 2015!
Aku HERAN betullah SPRM ni! Asyik YAB PM/UMNO/1MDB kita diSIASAT! Lepas tu BISING bila diTUDUH tak buat kerja seolah SPRM ni KEBAL undang-undang pula - letakkan SPRM ni bawah SURUHANJAYA INTEGRITI Agensi Penguatkuasaan di bawah JPM - mcm. PDRM tu! SPRM juga haris diPANTAU - jgn. pula SPRM dibiaqkan bermaharajalela seolah dia PALING berkuasa di Malaysia ni!
Dahlah ramai pekerja JPA menyokong PEMBANGKANG-KEPARAT dlm. diam, mcm. si DALANG-DUA-MUKA! Mcm-mcm SUBSIDI diberi K'jaan tapi TAK pernah berterimakasih puak DALANG ni!
Aku AKAQ UMBI dari RAKYAT Malaysia ni juga sedang menunggu SPRM/PDRM utk. MENYIASAT RM7.56 billion duit rakyat Selangor yg. lesap dalam tempoh 12 bulan ni di bawah AzminBANGANG dan isu DEIG ni yang melibatkan wang rakyat bernilai RM 30 billion! SPRM – buat KERJA betul-betul!
Lihat juga di -
http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/2015/08/apa-mahsiswa-ni-tahu-asyik-nak-protes.html, APA MAHSISWA NI TAHU. ASYIK NAK PROTES PASAL WANG DERMA RM2.6 BILLION, BAGAIMANA DENGAN ISU DEIG YANG MELIBATKAN WANG RM30 BILLION. ITU DUIT RAKYAT. JUMAAT, 21 OGOS 2015 ; di http://theunspinners.blogspot.com/2015/08/deig-ditubuh-supaya-rm765-billion-tak.html, DEIG ditubuh supaya RM7.65 billion tak dikesan, Posted by The Unspinners at 8/23/2015; dan di http://theflyingkick.blogspot.com/2015/08/pejabat-operasi-darul-ehsan-investment.html , PEJABAT OPERASI DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG) TIDAK WUJUD!!! , May, August 27, 2015!
Nek Tempoyak.
Post a Comment