KISAH PEMBINAAN LEBUH RAYA PERCUMA arwah TUN RAZAK
Bagaimana usaha arwah Tun Razak merakyatkan sumber
ekonomi untuk membangunkan prasarana infrastruktur dari rakyat untuk rakyat
dikhianati oleh mantan PM Dr M (yang malangnya didewa dewakan oleh generasi
baru yang tidak prihatin sejarah sendiri)...
1. Arwah Tun Razak merupakan seorang perdana
menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan pembangunan negara.
Dalam mana mana program pembangunan yang direncanakan, motivasi membantu rakyat
adalah menjadi keutamaan.
2. Dalam artikel ini, saya mahu kupaskan satu
sektor sahaja iaitu peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem
Prasarana Infrastruktur Jalan Raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan
ditanggung sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat.
3. Dibawah pemerintahan Tun Razak ini JKR ataupun
sikronim Jabatan Kerja Raya menjadi senjata utama dalam program pembinaan
sistem jalan raya yang menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA. Fungsi
utama JKR adalah membina infrastruktur negara selepas merdeka. Kebanyakan
adalah pembinaan dan penyeliaan sistem jalan raya diseluruh Malaysia.
4. Pada tahun 1967 satu sejarah telah dicipta oleh
JKR ini. Pembinaan projek lebuhraya gergasi sepanjang 123KM menembusi hutan
banat antara Perak ke Kelantan telah dirancang hanya menggunakan kepakaran
tempatan dengan kos minima dari wang dana kerajaan sendiri.
5. Projek tersebut dinamakan Jalan Raya Timur
Barat (JLTB) bernilai RM205 Juta (sangat tinggi nilai pada zaman 70an dahulu).
Berjaya disiapkan pada tahun 1982, 12 tahun tempoh masa pembinaan diambil
mengambil kira kelewatan akibat ancaman dari pengganas Komunis pada masa itu.
Jika tiada ancaman Komunis kemungkinan lebih awal projek itu berjaya disiapkan.
6. JLTB menjadi satu satunya projek pembinaan mega
Lebuh Raya oleh Kerajaan tanpa tolgates dan adalah PERCUMA sehingga sekarang
ini. Selenggaraan setiap tahun oleh JKR tanpa sebarang masalah, dengan kualiti
jalan terbaik sepanjang masa.
7. Pada tahun 1977 kerajaan dibawah pemerintahan
Tun Hussien Onn meneruskan legasi direncanakan oleh arwah Tun Razak untuk
membina rangkaian PERCUMA Sistem Lebuh Raya menghubungkan Utara hingga ke
Selatan Semenanjung Malaysia. Projek ini sudah lama dalam perancangan Tun Razak
dahulu namun mengalami kelewatan akibat masalah ancaman getir Komunis di negeri
Perak masa itu.
8. Projek dinamakan PLUS - Projek Lebuhraya Utara
Selatan dilaksanakan pada tahun 1977. Satu Konsortium Nasional ditubuhkan iaitu
Lembaga LebuhRaya Malaysia (LLM) atau Malaysia Highway Authority untuk
menjalankan perancangan dan pembinaan PLUS ini.
9. Kehancuran pergerakan Komunis akhir 70an
memberikan kesan positif kepada program pembangunan negara. Kawasan2 hitam
berjaya dibersihkan.
10. Projek berjalan lancar tanpa masalah
sehinggalah Dr M menggantikan Tun Hussien Onn sebagai perdana menteri pada
tahun 1981.
11. Antara 1980 sehingga 1985, LLM berjaya
menyiapkan beberapa blok fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366KM atau pun
41% daripada jumlah keseluruhan PLUS iaitu 823KM yang dirancang menggunakan
dana kerajaan sebanyak RM3.2 BILION pada masa itu, Lebuhraya Penuh TANPA TOL
dengan PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung beres dari kantung kerajaan
tanpa penglibatan pihak swasta.
12. Pada tahun 1986, Dr M mula melaksanakan idea program Penswastaan Negara.
Hampir segala gala yang sebelum ini hak mutlak rakyat dibawah operasi kerajaan
mula didagang-jual kepada pemodal asing.
13. Tragedi PLUS pun berlaku pada tahun 1986.
Pegangan kerajaan dan LLM didalam PLUS dijual kepada Halim Saad yang mengetuai
syarikat swasta UEM. Padahal mengikut perancangan asal oleh Tun Razak dan Tun
Hussien Onn adalah tidak akan sesekali kali membenarkan kemasukan pemodal luar
kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk rakyat.
14. UEM akhirnya menguasai projek PLUS tersebut
walaupun mendapat bantahan ramai rakyat pada masa itu kerana UEM dianugerahkan
konsesi yang panjang tidak masuk akal.
15. Walaupun 366KM dari keseluruhan 823KM
pembinaan yang siap menggunakan wang dana kerajaan sendiri, UEM tidak membayar
satu sen pun duit mereka untuk membayar semula kos yang telah pun dikeluarkan
oleh kerajaan sebelum ini.
16. Dan paling menyeksakan idea asal Lebuhraya
PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan. Halim Saad melalui UEM mengaut berbilion
keuntungan atas angin kerana sistem konsesi berat sebelah yang tidak
berkesudahan. Terma tamat tempoh 30 tahun sudah pun tamat namun disambung
semula untuk 25 tahun lagi. Dengan kata lain PLUS adalah cash cow kepada Dr M
dan proksi mereka.
17. Dan apa yang paling mengecewakan, pihak swasta
ini dibenarkan mengutip hasil tol yang dibina dari wang dana kerajaan sendiri
pada mulanya. Mereka hanya menyiapkan baki 500KM sahaja selepas itu. Ia satu
kerja atas angin kerana mereka UEM hanya menyiapkan PLUS, 2 tahun lebih lewat
dari tarikh penyerahan dengan kos yang melampau naik sehingga 70% dari kos
estimated yang digubal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn sebelum itu.
18. Malah kemudahan kredit RM3.5 bilion lagi
diberikan kepada UEM walaupun operasi asal yang dirancang Tun Razak dahulu
hanyalah 100% dana hasil kerajaan untuk pembinaan lebuh raya PERCUMA untuk
rakyat sepanjang 800KM tersebut.
19. Terima kasih atas usaha PM selepas Tun Razak
dan Tun Hussein Onn dimana sehingga kini kutipan PLUS yang berjumlah RM2 Bilion
setahun dan terus meningkat tidak nampak jalan untuk menamatkan kutipan tol
tersebut...
20. Persoalan pentingnya dimanakah hasil berpuluh
bilion kutipan tol selama berpuluh tahun itu pergi?...
21. Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak
menaikkan 10% kutipan tolnya mengikut perjanjian mistik berpuluh tahun lepas...
Jika tiada kenaikan boleh pulak Kerajaan dipaksa untuk membayar 'PAMPASAN',
sesuatu yang sangat tidak masuk akal...
22. Sistem pembinaan jalan bertol di Malaysia ini
adalah salah satu legasi Dr M yang tidak dapat dimaafkan selama lamanya. Di
Lembah Klang sangat tidak masuk akal sistem serupa digunakan, dengan berpuluh
konsesi lebuh raya menyedut duit hasil titik peluh rakyat setiap masa...
23. Bagaimana negara Malaysia pada waktu baru nak
membangun pada tahun 60-70an yang masih miskin dengan sumber yang tidak
banyak, tetapi masih mampu membina
jaringan lebuh raya dan infra Jalanraya PERCUMA di seluruh Malaysia dengan
pembiayaan sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi JKR ...
25. Namun bila Malaysia mula melangkah maju
situasi menjadi sebaliknya. Segala-gala diswastakan dan dicaj tol dengan
mengutip hasil titik peluh rakyat... Dimanakah logiknya?...
No comments :
Post a Comment