Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 3, 2018

Drama Kera - La [ Pelaburan China Di Malaysia Bukannya Penjajahan ]





            Seademon Says                  

Baru-baru ini ditularkan di dalam Facebook dan WhatsApp sebuah video mengenai cara negara China memperluaskan penguasaannya dengan menggunakan kekuatan ekonomi.  Video tersebut membandingkan usahasama China-Sri Lanka di pelabuhan laut dalam Hambantota dengan usahasama-usahasama yang dijalankan di Malaysia, membuktikan bahawa Malaysia juga boleh berakhir bukan sahaja menjadi sebuah negara yang dibelenggu masalah hutang yang besar, tetapi juga bakal hilang pegangan ke atas aset-aset tersebut.
Secara kasar, berhutang keada China dengan sebegitu banyak untuk projek-projek tersebut adalah amat menakutkan, terutamanya untuk mereka yang tidak mendapat gambaran penuh. Namun, membandingkan Malaysia dengan Sri Lanka bukanlah suatu perkara yang bijak.

Pelabuhan laut dalam Hambantota terletak di dalam kawasan bekas Presiden Sri Lanka iaitu Mahinda Rajapaksa dan kos pembinaannya adalah lebih dari $1 billion.  Sebuah lagi projek yang dibina di dalam kawasan Mahinda ialah Lapangan terbang Mattala Rajapaksa yang terletak 30 kilometer dari pelabuhan tersebut.  Sehingga kini, lapangan terbang tersebut digunakan oleh hanya beberapa ratus orang seminggu hinggakan ianya diberi gelaran “lapangan terbang paling sunyi di dunia.”




Hambantota ialah sebuah wilayah yang terpencil di Selatan Sri Lanka.  Jaraknya dengan bandar yang paing hampir iaitu Galle ialah 130 kilometer, manakala jaraknya dengan ibu negara Sri Lanka iaitu Colombo ialah 240 kilometer.  Jumlah penduduknya hanyalah sekitar 12,000 orang dan ianya merupakan sebuah wilayah yang tersisih dari sebarang pembangunan.  Masalah pelabuhan laut dalam Hambantota ialah kedalaman airnya yang tidak mencukupi untuk kapal-kapal dagang yang besar untuk masuk ke pelabuhan tersebut.  Maka, ianya tidak menjadi suatu destinasi bagi syarikat-syarikat perkapalan besar.  Tiada siapa yang ingin berpindah ke sana kerana ianya berada terlalu jauh dari pembangunan.  Ini menyebabkan kedua-dua pelabuhan dan lapangan terbang tidak dapat menjana pendapatan untuk menampung kos operasinya sendiri, apatah lagi untuk membayar pinjaman yang telah diterima daripada China.




Jumlah hutang yang ditanggung oleh Sri Lanka ialah hampir $65 billion.  Dari jumlah tersebut, $8 billion adalah hutang kepada China.  KDNKnya (Keluaran Dalam Negara Kasar) ialah sebanyak $81.32 billion.  Kadar hutang kepada KDNKnya pula ialah 75 peratus manakala rizab matawang asingnya ialah $7.2 billion.  Kerajaan Sri Lanka menggunakan 95.4 peratus pendapatannya untuk membayar hutang.  Inilah sebab-sebab Sri Lanka mengambil jalan untuk melangsaikan hutang-hutangnya untuk kedua-dua projek tersebut dengan cara menyerahkan pegangan kepada negara pemiutang (China).

Bandingkan apa yang terjadi dengan projek ECRL yang bernilai $13.1 billion (RM55 bilion).  Malaysia mengambil pinjaman sebanyak $11.14 billion (85 peratus dari kos keseluruhan projek atau RM46.75 billion) dari China manakala selebihnya dibiayai melalui program sukuk yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan tempatan.

Projek Forest City di negeri Johor pula merupakan sebuah program pembangunan bernilai $100 billion selama 20 tahun.  Walaupun jumlah yang diperuntukkan bagi setiap fasa projek tersebut adalah merupakan maklumat sulit syarikat yang membangunkan projek tersebut, ianya dianggarkan sekitar $5 billion setahun.  Projek tersebut telah bermula pada tahun 2015 dan sehingga kini 11 peratus telah dilaksanakan.  Pada akhir bulan Disember 2016, Forest City berjaya membuat penjualan 17,000 unit apartmen bernilai $2.9 billion.  Tempoh pembangunan projek tersebut masih berbaki 17 tahun lagi.

KDNK Malaysia kini berjumlah $320.25 billion (RM1.3 trillion) untuk tahun 2017.  Ini menjadikan kos projek ECRL pada kadar 4.1 peratus dari KDNK manakala projek Forest City pada kadar 1.6 peratus setahun.  Jumah hutang keseluruhan negara ialah sebanyak RM685.1 billion atau 50.9 peratus dari KDNK.  Dari jumlah ini, RM662.4 billion adalah hutang dalam negara manakala hanya RM22.7 billion merupakan hutang luar pesisir pantai.

Yang menariknya, setakat bulan Oktober 2017, hutang Amerika Syarikat kepada China berjumah $1.2 trillion, iaitu 19 peratus dari sejumlah $6.3 trillion dalam bentuk bil-bil Perbendaharaan, wang, dan bon-bon yang dipegang oleh negara-negara luar.  KDNK AS pada tahun 2016 adalah sebanyak $18.57 trillion dan ini menjadikan kadar hutang AS kepada China berbanding KDNKnya sebanyak 6.5 peratus.

Sudah tentu kita boleh membiayai projek-projek di atas tanpa mengambil sebarang pinjaman.  Rizab matawang asing kita berjumlah RM414.71 billion ($102.17 billion), lebih dari mencukupi untuk pembiayaan kedua-dua projek tersebut. Jika kita gunakan kaedah di zaman Tun Mahathir, Petronas mempunyai pegangan tunai sebanyak RM129 billion ($31.8 billion) manakala KWSP mempunyai aset-aset yang bernilai $771 billion ($189.9 billion).  Ini tidak termasuk pegangan tunai dan aset-aset kepunyaan Khazanah, Tabung Haji, KWAP, SOCSO, PNB dan lain-lain institusi kerajaan.

Sekiranya kadar hutang kepada KDNK sebanyak 50.9 peratus merisaukan anda, ianya pernah berada pada kadar 103.4 peratus semasa Mahathir merupakan Perdana Menteri pada tahun 1985.  Dan suatu jumlah bersamaan dengan 24 peratus KDNK juga telah hilang dalam skandal Forex BNM pada tahun 1991 iaitu semasa Mahathir masih lagi Perdana Menteri Malaysia.  24 peratus daripada KDNK sekiranya ia berlaku sekarang bersamaan dengan hilangnya RM315 billion dari RM1.3 trillion.  Sebagai perbandingan, kadar hutang kepada KDNK Singapura ialah 112 peratus dan negara tersebut berada di tangga ke-10 dari 17 negara yang mempunyai kadar hutang berbanding KDNK paling tinggi di dunia yang disenaraikan oleh Business Insider, UK.  Jepun menduduki tempat pertama dengan kadar 239.2 peratus!

Kita tidak jatuh bankrap semasa zaman Mahathir jadi mengapa perlu kita takutkan kadar hutang berbanding KDNK sebanyak 50.9 peratus bila asas ekonomi kita jauh lebih kukuh sekarang berbanding 103.4 peratus semasa asas kita lemah?  Jepun dan Singapura juga tidak jatuh bankrap.

Dan apa masalahnya dengan pemilikan tanah Forest City?  Tanah tersebut adalah merupakan tanah yang ditambak di tengah laut.  Ini bermakna tiada tanah yang “diberikan kepada China.”  Johor mempunyai hak ke atas tanah yang ditambak tersebut berdasarkan Kanun Tanah Negara, 1965 dan selagi ianya berada dalam lingkungan tiga batu nautika mengikut Seksyen 3(3) Akta Laut Wilayah, 2012.  Sama ada ianya merupakan pegangan bebas mahupun pegangan pajakan, Johor mempunyai hak untuk mengambil semula tanah tersebut di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960.  Mana-mana tanah sehingga 12 batu nautika dari sisir pantai adalah hak milik negara.




Namun Mahathir lebih suka memilih jalan dengan menggembar-gemburkan cerita untuk menakut-nakutkan rakyat.  Dalam ucapan beliau baru-baru ini, beliau berkata, “Habislah tanah kita akan dijual, tidak kiralah Forest City, saya harap Forest City akan betul-betul jadi ‘forest’ (hutan)…penduduknya akan terdiri daripada kera, monyet dan sebagainya.”

Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dibangunkan oleh MCKIP Sdn Bhd (MCKIPSB) yang merupakan sebuah syarikat usahasama 51:49 di antara sebuah konsortium Malaysia dan sebuah konsortium China.  Pegangan dalam Konsortium Malaysia pula terdiri dari IJM (40 peratus), Sime Darby Property (30 peratus) dan Kerajaan Negeri Pahang (30 peratus).  Taman perindustrian kembarnya iaitu Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou (CMQIP) di negera China pula dipegang oleh sebuah konsortium Malaysia (SP Setia Berhad dan Rimbunan Hijau Group) sebanyak 49 peratus. SP Setia Berhad adalah 100 peratus milik PNB.

Mengikut logik Mahathir, bukankah China telah memberi peluang kepada Malaysia untuk menjajah negaranya?  Sebelum ini China juga telah membenarkan Singapura menjajahnya di dua kawasan iaitu di Taman Perindustrian China-Singapore Suzhou dan juga di Bandaraya Eko China-Singapore Tianjin.

Walaupun keadaan di Sri Lanka nampak suram, Jepun, Singapura dan India telah menyatakan hasrat untuk membina infrastruktur dan mendirikan perniagaan di Sri Lanka.  Walaupun Sri Lanka mempunyai asas ekonomi yang lemah, Lolitha Abeysinghe dari Opportunity Sri Lanka kekal optimistik.

“Pergantungan berlebihan terhadap mana-mana negara untuk pelaburan, teknologi dan pasaran boleh memberi kesan buruk terhadap kepentingan negara dalam jangka panjang, tetapi sekiranya diurus dengan betul dan dengan wawasan yang jauh, Sri Lanka boleh mengurangkan masalah tersebut dan mendapat manfaat terbaik untuk ekonomi luar bandar domestik di dalam sebuah dari wilayah-wilayah terpinggir di Sri Lanka,” katanya.

Malaysia mempunyai wawasan tersebut tetapi malangnya sesetengah orang lebih gemar sekiranya Malaysia gagal hanya kerana kepentingan politik. Politik cara kera dan monyet.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.