Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, January 6, 2018

Mahu Perintah Malayia, Tapi AGM PPBM Pun Hancur

SEMUA maklum bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diadakan di Shah Alam pada 30 Disember lalu sebenarnya tidak ikut perlembagaan parti itu sendiri.

Ibarat kerja sekadar melepas batuk di tangga sahaja. AGM itu dibuat hanya sekadar syok sendiri sahaja. Tiada berita AGM di peringkat cawangan dan kemudian bahagian, tiba-tiba ada perhimpunan pula di peringkat kebangsaan!

Kemudian ia hanya menjadi medan ceramah pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berusia hampir satu abad itu untuk hentam mufti yang digelarnya sebagai kafir tetapi meminta maaf pada seteru politik lamanya.

Bukan sedikit, malah peraturan utama dalam Perlembagaan PPBM tidak diikuti kepimpinan khususnya Mahathir. Ia undang kemarahan orang PPBM sendiri melihat AGM itu hanya suka-suka tanpa mengutamakan kepentingan ahli.

Ketua Bahagian PPBM Temerloh, Amerus Che Onn sudah pun menggesa siasatan terperinci terhadap mesyuarat pertama PPBM oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ekoran pelanggaran peraturan oleh parti kecil itu.

Dalam Perlembagaan parti, AGM itu yang dirujuk PPBM sebagai Perhimpunan Agung Tahunan, hanya boleh diadakan selepas selesai diadakan persidangan di peringkat semua cawangannya dan bahagian parti itu.

Dalam Fasal 17, perkara 17.3, Persidangan Bahagian tertulis mesyuarat itu hendaklah terdiri daripada, Ketua Cawangan yang cawangannya telah mengadakan persidangan bagi tahun berkenaan iaitu tahun 2017.

Daripada persidangan di peringkat Bahagian dan Cawangan ini, barulah perwakilan dipilih untuk hadir ke AGM. Siapa sebenarnya pilih perwakilan hadir ke AGM itu kalau mesyuarat yang sepatutnya diadakan itu pun tiada?

Kata ada 137 Bahagian, wakil daripada bahagian mana yang datang sebenarnya?Patutlah nampak ada muka muka yang semacam budak sekolah sahaja memenuhi ruang belakang dewan sewaktu mesyuarat agung PPBM itu.

Jika ikut kata Amerus, pemilihan perwakilan pun tidak ikut perlembagaan parti dan mendakwa: “Pemilihan ke AGM tak dibuat ikut perlembagaan. Tiada mesyuarat pun di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan.

Bukan itu sahaja, persidangan sayap parti iaitu Armada dan Srikandi juga tidak pernah diadakan. Ia adalah syarat penting untuk mengadakan AGM. Perlembagaan yang mereka sendiri tulis telah mereka langgar dan tidak patuhi.

“Saya rasa kami ditipu dan dipermainkan.. Maka saya mendesak ROS membuat siasatan terperinci berhubung perkara ini,” kata Amerus. Ucapan dasar Mahathir juga mengundang perasaan tidak puas hati para perwakilan.

Ini kerana ia menjadi medan politik Mahathir untuk meluahkan dendam dan kebencian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya menyampaikan amanat untuk menyelesai kemelut dalaman parti.

Semua perkara PPBM buat ‘tangkap muat’ sahaja asalkan ada, dan kemudian buat AGM sebab takut parti akan diharamkan oleh ROS sekali gus tidak layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Apabila berucap, Mahathir, 92, menggunakannya sebagai platform untuk menyuarakan kebencian dan menyerang peribadi pemimpin negara khususnya Najib. Tiada agenda untuk membela nasib rakyat marhaen yang tertindas.

Sebelum itu, negara gempar apabila pada 1 November lalu, lapan Bahagian PPBM di Johor membuat laporan kepada ROS kerana gagal ada AGM di semua peringkat parti. Ini ialah negeri Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka termasuk Armada Semberong iaitu sayap anak muda PPBM. Jika ini pun sudah gagal, siapakah sebenarnya yang diangkut untuk menjadi perwakilan mewakili lapan bahagian ini ke AGM PPBM? Adakah mereka ialah hantu!

Dalam aturcara perhimpunan agung PPBM itu juga, sepatutnya penyata kewangan tahunan parti diumumkan oleh bendahari tetapi ia tidak berlaku dan tidak ada sebarang pengumuman berkaitan kedudukan kewangan parti.

Ia sekali gus mencetuskan persoalan misteri iaitu dari mana PPBM dapat duit parti? Dapat derma dari sumber mana-mana tauke kah? Kenapa takut hendak umum jumlah duit parti sendiri yang telah habis dibelanjakan?

Pengumuman berapa jumlah keahlian juga tidak dibuat ketika AGM berkenaan. Satu masa dulu, ada ‘orang kuat’ Mahathir berkata konon enam juta orang termasuk ahli UMNO akan mendaftar dalam PPBM.

Kalau betul kini sudah berjaya ada enam juta ahli, kenapa takut mengumumkan jumlah keahlian semasa AGM PPBM? Ini jauh berbeza dengan Perhimpunan Agung UMNO yang isytihar secara terbuka mengenai perkara itu.

Jumlah ahli UMNO malah makin bertambah besar. Tahun lepas sahaja, tambah lagi 70,576 ahli baru. Jumlah rasmi sepanjang 2017 ialah Mahathir manakala jumlah keahlian dicatatkan pada tahun 2016, ialah 3,573,719 orang.

Kegagalan menguruskan parti yang baru ditubuhkannya hanya kerana agenda peribadi adalah bukti kegagalan besar Mahathir. Lebih buruk lagi apabila buat AGM dan tidak ikut peruntukan undang-undang yang mereka tulis sendiri.

Dulu PKR ditubuhkan kerana agenda mahu bela peliwat dengan guling Mahathir sebagai perdana menteri. Hari ini, PPBM ditubuhkan semata-mata mahu anak sendiri jadi perdana menteri dan guling perdana menteri sedia ada.

Kedua-dua parti ini gagal. Bukti bahawa parti yang ada agenda peribadi tidak akan ke mana-mana, akhirnya makan diri sendiri. Sudahlah ada agenda peribadi dan kroni, langgar pula peraturan mereka tulis sendiri.   -

Agensi

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.