Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, January 18, 2018

Muzammil, bekas Financial Controller Felda (?) di belakang isu tanah?




TULAR ISU PANAS: BONGKAR KISAH SEBENAR ISU TANAH FELDA. WARTAWAN BERITA HARIAN DIBAYAR?? (Baca sini )

Isu tanah milik FELDA ‘berpindah hak milik’ tiba-tiba menjadi topik hangat. ‘Pendedahan besar’ wartawan BH, Che Wan Badrul Alias, bertarikh 21 Disember 2107,  yang bertajuk ‘FELDA hilang hak milik tanah Jalan Semarak’, membuatkan banyak pihak tiba-tiba berlagak hero.

Tajuk kecil di muka depan akhbar nasional itu, ‘Tanah bernilai lebih RM200 juta yang kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dipercayai bertukar milik menerusi transaksi diragui sejak 2015’, membuatkan isu jadi makin panas.

Bertitik-tolak daripada pendedahan yang memetik sumber ini, banyak pihak ‘kepanasan’, termasuk FELDA sendiri. Tak kurang juga yang menyerang pemaju utama KLVC, iaitu Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) dalam hal ini.

Sesiapa pun pasti sudah mengagak, pemberi maklumat kisah begini pastinya orang dalam organisasi itu sendiri.



Sangkaan kita nyata tak meleset apabila sumber Utusan Malaysia memberitahu, ia adalah komplot Datuk Muzzammil Mohd Noor, bekas Finacial Controller FELDA dan wartawan dari BH itu, dengan satu matlamat, menjatuhkan FELDA sendiri!

Selepas Datuk Muzzammil berasakan permainanya  ‘menggegarkan’ FELDA berjaya, dia mahu ‘rakan konspirasinya’ ini, yang entah berapa banyak habuan diberi, ‘dedahkan’ isu lain pula. Ini termasuklah projek besar membabitkan CIDB dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tetapi, ‘bangkai gajah’ tidak mudah disembunyikan. Boss di BH sudah bising apabila dapat tahu pendedahan wartawan ini yang konon-kononnya eksklusif banyak tak betulnya, panas punggunglah dia...tak berani jadi rakan komplot lagi.

Maka, Utusan Malaysia jadi sasaran Datuk Muzzammil. Orang Utusan Malaysia sendiri beritahu, yang Datuk Muzzammil telah mengadakan perbincangan dengan media arus perdana ini pada 3 Januari lalu dan keesokan harinya, mengatur pertemuan ‘enam mata’ antara dia, Utusan Malaysia dan pegawai tertinggi MKN, untuk berkomplot dengannya ‘menjatuhkan’ organisasi kerajaan yang lain pula, sebagaimana dia dan rakan komplotnya, wartawan BH ‘membunuh’ FELDA.

Mungkin orang Utusan Malaysia ini cerdik sedikit berbanding wartawan BH, bukan isu projek kerajaan dan vendor yang menimbulkan kemusykilan, tetapi motif Datuk Muzzammil sendiri.

Jelas dalam isu FELDA, projek yang dibangunkan atau pemaju yang dilantik, malah pertukaran hak milik tanah bukan perkara yang salah di sisi undang-undang. Tiada pun yang tersembunyi atau  diragui sebab semuanya diminitkan, diluluskan.

Utusan Malaysia kata semua perjanjian, sebab-musabab segala rancangan yang dibuat untuk projek itu, di bawah pengetahuan pihak berkaitan, baik Pengerusi FELDA, ahli lembaga pengarah, malah Datuk Muzzammil sendiri, yang ketika itu bertindak sebagai Financial Controller FELDA.

Apa tugas dan tanggungjawab pemaju utama, apa hak dan kuasa pemaju, kenapa pindah hak milik berlaku, semuanya di bawah pengetahuan FIC, malah FELDA sebagai badan induk.

Tidak ada sebarang isu transaksi yang diragui timbul, atau isu SPSB dan KLVC sehinggakan pemiliknya ‘diserang’ kalau pendedahan ini telus, ‘genuine’ dan tidak ada niat jahat atau paling tidak kalau wartawan BH ini bijak, faham selok-belok perniagaan hartanah dan buat kerja dengan jujur, ikhlas, berhemah serta penuh rasa tanggungjawab.



Sumber kita, baik dari FELDA atau Utusan Malaysia sendiri mendedahkan, berdasarkan perjanjian, SPSB adalah pemaju utama dan FELDA adalah pemilik tanah tersebut. Dalam perjanjian itu juga jelas tertulis, sebagai pemaju utama, SPSB diberi kuasa penuh untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan rancangan pembangunan di tanah itu berjalan dengan lancar, termasuk menukar nama atau hak milik tanah.

Berdasarkan maklumat sumber ini juga, pertukaran hak milik tanah itu berlaku apabila FELDA mengubah pelan pembangunan daripada yang dipersetujui.  Pertambahan blok bangunan menjejaskan  aliran tunai projek dan pinjaman perlu dilakukan. Tetapi, FELDA sebagai pemilik asal tanah tidak layak membuat pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan disebabkan FELDA mempunyai hutang tertunggak yang banyak dengan bank...RM480,000,00.00!

Apa yang FELDA buat sampai hutang bertimbun banyak itu? Datuk Muzzammil yang jadi Financial  Controller FELDA dari tahun 2014-2015, takkan tak tahu?

Wartawan BH beri modsl Kadir Jasin buat teori kons

Kalau wartawan BH ini buat kerja elok-elok, selidik habis-habis, niat ikhlas, amanah...pendedahan ‘berniat jahat’ ini pastinya tidak berlaku. Dia sepatutnya kaji kesahihan maklumat juga kredibiliti sumber sebelum membuat laporan palsu.

Bukan berlagak bagai ahli nujum membaca yang tersirat, tetapi setidak-tidaknya, hati dan akal yang bersih mampu ‘melihat’ perkara baik dan buruk, benar juga salah.

Dia sepatutnya mempersoalkan siapa Datuk Muzzammil, selain menapis maklumat yang diterima.

Ini bukan projek kecil-kecilan. Tanah pun bukan milik perseorangan tetapi FELDA, organisasi besar yang membabitkan kepentingan kelompok Melayu terbesar di negara ini.

Pembangunan yang dirancang di situ juga boleh dikategorikan sebagai projek mega - bangunan pejabat 68 tingkat meliputi 59 tingkat pejabat, dua tingkat podium pejabat termasuk parkir, enam tingkat tempat letak kereta, dua tingkat parkir bawah tanah, siap dengan taman atas bumbung dan helipad!

Dengan akal dan pertimbangan waras, memang pelik sangatlah kalau orang FELDA atau Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) yang melantik SPSB sebagai pemaju utama di tanah ini, boleh dakwa tak tahu itu dan ini...siap cakap pindah milik tanah kat situ diragui. Ada CEO, ada CFO, Lembaga Pengarah, orang undang-undang pun ada....takkan semua buta hati, buta mata...makan gaji buta...buat kerja tak ada usul periksa?





Kenapa Datuk Muzzammil ini ‘beria-ia’ sangat  hendak dedahkan benda yang kononnya tak kena dengan projek besar dan vendor? Ada benda yang diminta tak dapat atau dia ini jadi kuda tunggangan pihak tertentu? Tapi lagaknya tak ubah seperti ‘musuh dalam selimut’, ibarat ‘bara dalam sekam’’, yang cuba menjejas imej organisasi kerajaan, termasuk FELDA sendiri walaupun dia sendiri makan hidup ditanggung oleh FELDA, berlagak hero membunuh vendor besar dalam projek kerajaan.

Tak tahu sejauh mana permainan Datuk Muzzammil...kita tunggu dan lihat. Apa yang pasti, wartawan BH ini sendiri nampaknya sudah seperti ‘pelarian di bumi sendiri’. Nombor telefon yang dihubungi tidak berjawab. Nama dan gambar profil Facebook pun dah bertukar.

Takut? Kalau tak ada buat benda salah, kononnya menulis demi kepentingan warga FELDA dan rakyat keseluruhannya, kenapa sampai macam itu sekali ‘bersembunyi’? Nampak sangat macam ‘lontar batu sembunyi tangan’!!!



Nasihat sikit kepada wartawan BH ini, tugas wartawan itu murni, memberi maklumat yang benar kepada rakyat. Kalau hendak nafkah yang diberi kepada keluarga itu diberkati, perkara yang dia sepatutnya buat adalah:

1. Jangan menulis perkara yang tidak benar atau tidak tepat;
2. Buat ‘research’ habis-habisan...selidik dari A sampai Z;
3. Cari kebenaran bukan jadi ‘kuda tunggangan’;
4. Ingat dosa dan pahala.

Tapi, kalau mata dah tak mampu melihat, gelap dek ‘kemewahan’ disogok depan mata, pastinya perkara 1 hingga 4 bukan lagi teras mencari keberkatan rezeki dan kehidupan.

Namun, jangan lupa satu perkara, lambat-laun kebenaran pasti mengatasi kebatilan.

#felda #rasuah #siasat

FB Isa Salleh


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.