Allah
SWT yang muliakan dan angkat seseorang itu menjadi pemimpin. Tanpa izin Allah
SWT, usahlah melawan ketentuan takdir.
Alhamdulillah,
semalam Datuk Seri Najib telah berjaya masuk ke taman syurga, Raudhah di
Madinah. Raudhah adalah satu taman syurga yang ada di dunia ini.
"Sebagaimana
Rasulullah SAW bersabda:
Antara
mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga” Hadis Riwayat Al
Bukhari dan Muslim
"Alhamdulillah,
semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas
Solat Isya’ di Masjid Nabawi.
Raja
Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah memberi kebenaran untuk saya
dan keluarga termasuk Bonda memasuki makam Rasulullah" tulis Perdana
Menteri di laman twitternya pada 10 Januari 2018.
Amat
berbeza apa yang terjadi kini pada Mahathir. Baru sahaja diumum namanya untuk
jadi Perdana Menteri sementara bagi pembangkang. Kena pula mencari banduan
penjara untuk minta restu.
Kena
pula "sign" surat perjanjian agar bila Anwar Ibrahim lepas dari
penjara, mahu jawatan PM itu kena diserah pada Anwar.
Sebelum
ini, cari Anwar di mahkamah. Sekarang ini, cari di hospital pula. Semalam di
Hospital Rehabilitasi Cheras, Nurul Izzah jadi "tour guide" Mahathir
untuk berjumpa dengan bapanya.
Namun
Allah SWT tidak izinkan perjumpaan itu berlaku. Katalah apa pun andaian, kalau
Allah SWT izin, ianya berlaku. Kalau Dia tidak izin, buatlah macam mana pun.
Ianya tidak berlaku.
Doa
dari kota suci Mekah dan Madinah lebih makbul dan diizinkanNya.
Bila
hantar jemaah haji ke Mekah, dikatanya haji tidak mabrur. Bila Datuk Seri Najib
tunaikan umrah, ada juga pembangkang yang cuba lempar fitnah dan jadikan ianya
sebagai isu.
Sudah
tidak ada modal lagi. Minyak pun turun 3 sen. Apa lagi pembangkang di Malaysia
hendak jadikan isu. Sampai orang buat ibadat pun mereka kutuk dan kecam.
Pejabat
Perdana Menteri sudah menjawab tohmahan jahat pembangkang itu di pautan ini ;
https://www.facebook.com/PMOMalaysia/posts/2011082668907702
Tidak
cukup dengan itu, ada juga pembangkang pertikai Datuk Seri dapat masuk atau
tidak dalam Kaabah. Ternyata tohmahan jahat itu meleset.
Tengok
status di Twitter Datuk Seri Najib ini,
https://twitter.com/NajibRazak/status/951299664095006722
Bukan
sekali, sebelum ini pun pada tahun 2015, Datuk Seri Najib juga diberi peluang
masuk dalam Kaabah. Lihat gambar di pautan ini ;
https://m.facebook.com/story.php…
Hari
ini 11 Januari 2018, kalau ditulis akan jadi 11.1.18, nombornya amat cantik
susunannya dan bermakna. Dari Madinah, Datuk Seri Najib kirimkan sekeping
gambar di pintu masuk makam Rasullullah SAW.
Sebentar
tadi, di Mekah, Datuk Seri Najib masuk dalam Kabaah. Tunaikan solat sunat dua
rakaat dan memohon doa di dalam Kaabah agar negara ini terus aman, makmur dan
sejahtera.
Amat
kontradiks dengan pembangkang, mereka masih lagi sibuk hendak merampas kuasa,
seolah olah mereka akan hidup selama lamanya.
Daripada
sibuk pertikai ibadah umrah Datuk Seri Najib dan keluarga, alangkah baiknya
kalau Mahathir ajak sama semua pembangkang naik jet peribadi anaknya ke tanah
suci Mekah.
Moga
Allah SWT terus kekalkan negara ini di tangan kerajaan Barisan Nasional pada
PRU14 nanti. Kerajaan BN yang berkhidmat untuk rakyat, bukannya pembangkang
yang mahu kuasa untuk agenda peribadi dan kroni.
Tulisan
:
Beruang
Biru
BB734,
Khamis
11
Januari 2018
No comments :
Post a Comment