Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 10, 2018

KOMTAR Diserbu SPRM Putrajaya, Ekoran Isu Penyelewenga Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menyerbu beberapa pejabat kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR bagi mengumpul makkumat siasatan berhubung kes penyelewengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sumber SPRM mengesahkan, pasukan penyiasat terdiri daripada lima orang pegawai SPRM telah memasuki pejabat Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Tanah dan Galian, Jabatan Penilaian serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sejak jam 9 pagi tadi.

Anggota-anggota terbabit dilihat  meninggalkan bangunan KOMTAR membawa fail dokumen yang dipercayai berkaitan dengan kes itu pada jam 7 malam tadi.

Turut dikunjungi pasukan terbabit adalah dua syarikat konsultan swasta di negeri ini dan pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di Sungai Pinang bagi mengumpul bahan bukti.

Projek pembinaan terowong dasar laut yang didakwa bernilai RM15 bilion itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan DAP Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki turut mengesahkan serbuan tersebut oleh pasukannya di negeri ini.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.