Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, January 26, 2018

Pelabuhan Hambantota, Sri Lanka

Baru-baru ini pihak pembangkang telah membuat dakyah mengenai pajakan 99 tahun yang diberikan oleh kerajaan Sri Lanka ke atas pelabuhan Hambantota kepada sebuah syarikat China untuk mengurangkan hutang kepada China – ditambah dengan tuduhan akan memberikan kesan kepada kedaulatan negara tersebut apabila kapal perang China belayar masuk ke dalam pelabuhan tersebut.

Pakatan juga mendakwa projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) juga akan mendapat nasib yang sama kerana menggunakan pinjaman mudah (soft loan) dari China.

Perbandingan sedemikian mungkin menggerunkan kepada mereka yang kurang pengetahuan tetapi setelah mereka memahaminya perbezaan tersebut, anda akan mentertawakan dakyah tersebut.

Pertamanya, kapal perang China tidak akan belayar menggunakan ECRL kerana tidak ada keretapi tentera, tidak ada apa yang perlu digusarkan.

Begitu juga dengan penyokong Mahathir tidak menekankan mengenai pajakan pelabuhan selama 99 tahun tersebut kepada China – bukannya pemilikan kekal. Tidak ada bezanya dengan tindakan Mahathir memajakkan 54,000 ekar tanah di Johor kepada Singapura selama 72 tahun sebagaimana di dalam perjanjian yang beliau sendiri tandatangani pada tahun 1990.

Namun tiada pula orang menuduh Mahathir “menjual negara”.

Keduanya, pelabuhan Hambantota ialah sebuah projek gajah putih dan sebahagian daripada kegagalan kerajaan Sri Lanka untuk membangunkan sebuah bandar baru yang dikenali sebagai Bandar Hambantota di dalam wilayah Hamtantota terletak kira-kira 240km dari Colombo.

Bilangan penduduk yang dinyatakan oleh kerajaan Sri Lanka di Bandar Hambantota hanyalah 11,200 pada tahun 2001. Kini bilangan penduduknya yang menetap di sana dianggarkan seramai 50,000 orang sahaja. Malahan bilangan penduduk Kepong sahaja dua kali ganda jumlahnya.

Lihat di dalam peta Google yang jelas menunjukkan betapa kecilnya kawasan tersebut.

Selain daripada pelabuhan, kerajaan Sri Lanka juga membina Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala di sana yang disebut sebagai lapangan terbang antarabangsa yang kosong.
http://www.cnbc.com/2017/12/13/india-and-china-rivals-compete-for-control-of-empty-sri-lanka-airport.html

Sebab itulah pelabuhan Hambantonta sukar untuk menarik atau mempunyai kapal untuk berlabuh di pelabuhan tersebut – menyebabkan kerugian yang besar setiap tahun.

Kerajaan Sri Lanka menghadapi cabaran yang besar untuk merealisasikan kedudukan pelabuhan tersebut di suatu kawasan yang terasing. Berbanding dengan ECRL yang akan menampung keperluan pengangkutan kargo dan penumpang di negeri-negeri pantai timur dengan jumlah penduduk lebih dari empat juta orang.

Malahan, kerajaan Sri Lanka terjebak di dalam hutang dengan perbezaan hutang dan KDNK sebanyak 86.9% berbanding dengan Malaysia hanya 50.7%.

Dan yang paling malang sekali ialah hutang Sri Lanka menggunakan matawang asing iaitu sebanyak 43% berbanding dengan Malaysia hanya 2.5% sahaja.

Simpanan matawang asing (FOREX) Sri Lanka juga rendah iaitu US$5.12 bilion sehingga Mac 2017 berbanding dengan Malaysia sebanyak US$102.2 bilion.

Ditambah dengan keadaan di mana Sri Lanka mengalami defisit dagangan dan imbangan bayaran berbanding dengan Malaysia yang mengalami lebihan untuk kedua-duanya – menyebabkan Sri Lanka menghadapi masalah untuk meningkatkan simpanan FOREX.

Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, kos projek ECRL yang bernilai RM55 bilion tidaklah tinggi dengan ansuran pembayarannya selama 20 tahun dan juga dengan mengambilkira kepada saiz ekonomi Malaysia berjumlah RM1.3 trilion pada masa kini.

Malahan, pegangan tunai Petronas sahaja berjumlah RM129 bilion pada hari ini, KWSP pula dengan RM780 bilion - bermakna Malaysia lebih daripada berupaya untuk membiayai projek ECRL tanpa bantuan kewangan asing jika dikehendaki berbuat demikian.

Oleh itu, tidak wajar membandingkan dengan keadaan di Sri Lanka dengan merujuk pelabuhan Hamtantota dengan projek ECRL tersebut.

Jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang.

Eric-See-To

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.