Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 24, 2018

Saya Tidak Lepas Tangan Dalam Isu 1MDB – Najib

Saya Tidak Lepas Tangan Dalam Isu 1MDB – Najib
Datuk Seri Najib berkata, siasatan menyeluruh dan lengkap terhadap syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilakukan kerana ia menyentuh isu perundangan termasuk membabitkan kerajaan dan pembangkang.

Sambil menegaskan tidak pernah ‘lepas tangan’ dalam segala isu membabitkan 1MDB, Perdana Menteri berkata, isu yang berlaku adalah disebabkan kelemahan aspek tadbir urus.

Namun, apa yang beliau kesalkan, berlaku kempen berterusan bertujuan mensabotaj ekonomi demi meraih kepentingan politik dan menjadikan isu 1MDB sebagai alat untuk mendakwa ekonomi negara mengalami kejatuhan.

“Saya tidak akan biarkan begitu saja isu ini. Memang berlaku kegagalan pada syarikat ini, kelemahan tadbir urus. Ini memang sesuatu yang perlu diberi perhatian.

“Itulah sebabnya saya mengarahkan satu siasatan paling menyeluruh dan lengkap dalam sejarah korporat Malaysia.

“Ia menyentuh isu perundangan pelbagai pihak berkuasa termasuk kerajaan dan pembangkang dalam Parlimen,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Invest Malaysia 2018 anjuran Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) dan Maybank di ibu negara, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sr Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah; Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Ranjit Singh dan Pengerusi Kumpulan Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin.

Najib berkata, susulan itu, hasil siasatan dibawa ke lembaga pengarah dan ahli lembaga pengarah syarikat dibubarkan, pasukan pengurusan bertukar dan operasinya dikaji semula.

Katanya, 1MDB kemudian mengambil langkah merasionalisasi asetnya yang mana pendekatan agresif diambil untuk mengurangkan hutangnya pada kadar terendah.

Beliau berkata, 1MDB juga menumpukan usaha untuk memastikan aset paling bernilainya, Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange kekal sebagai pelaburan menarik kepada pemegang saham serta pelabur. – BH Online

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.