Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 10, 2018

Pakatan Harapan Hanya Umum 165 Kerusi Untuk PRU-14, Sorok 57 Lagi Takut Nampak DAP Majoriti Ke?


Parti yang akan menjadi kuasa dominan  dalam (PH) adalah parti yang memenangi banyak kerusi, bukan yang bertanding banyak kerusi. PPBM, parti yang dibuai mimpi indah untuk memerintah negara berjaya mendapat 52 kerusi dalam pengagihan oleh Pakatan semalam.

PH membuat kejutan apabila PPBM muncul sebagai parti yang   diberikan peruntukan kerusi terbesar iaitu 52, sementara PKR 51, DAP 35 dan Amanah 27. PH  sengaja mengurangkan agihan kerusi untuk DAP bagi membuktikan kepada pengundi Melayu bahawa parti itu tidak mendominasi pembangkang selama ini. 

Daripada 35 kerusi (tidak termasuk Sabah dan Sarawak)yang akan ditandingi DAP itu, 31 daripadanya adalah kerusi 'tradisi' yang telah sedia dimenangi DAP pada PRU-13 lalu.

Manakala kerusi-kerusi yang akan ditandingi PPBM disifatkan  sebagai kerusi 'berani mati' yang kemungkinan berlaku pertandingan 3 penjuru antara UMNO dan PAS.

Jadi, walau pun bilangan kerusi yang akan ditandingi PPBM disemenanjung dalam PRU14 adalah lebih banyak berbanding bilangan kerusi yang akan ditandingi  DAP,  iaitu kadar 52:35, status quo kemenangan kedua-dua parti itu di Semenanjung pula adalah 31:0 untuk DAP.

Perkara yang perlu dingat bahawa PPBM telah mengumumkan tidak akan meletakkan sebarang calon di Sabah dan Sarawak dalam PRU-14.  Ini menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi PPBM  diseluruh Malaysia adalah 52.

Sebaliknya DAP telah meletakkan 4 calon di Sabah dan menang 2 kerusi di Kota Kinabalu dan Sandakan pada PRU-13.

Pada 30 Disember 2016, Penasihat DAP Lim Kit Siang telah mengishtiharkan bahawa DAP akan menggandakan bilangan kerusi Parlimen (dan kerusi Dewan Undangan negeri) yang akan ditandingi di dalam PRU-14 di Sabah. Bermakna bilangan kerusi yang akan ditandingi DAP di Sabah dalam PRU14 ialah 8.

Di dalam PRU-13 lalu, DAP juga telah meletakkan 11 calon di Sarawak dan memenangi 5 daripada kerusi-kerusi tersebut.

Pada 30 April 2016 lalu Penasihat DAP Lim Kit Siang telah mengisytiharkan bahawa strategi DAP Sarawak dalam PRN Sarawak 2016 adalah bagi menyediakan DAP Sarawak untuk mrmenangi Kerajaan Negeri Sarawak dalam PRN Sarawak 2021,sekaligus menjadikan kemungkinan untuk DAP menandingi lebih banyak kerusi Parlimen di Sarawak dalam PRU-14 itu ada.

Justeru paling tidak sekalipun, bilangan kerusi  yang akan ditandingi DAP di Sabah dan Sarawak dalam PRU-14 adalah 19, sekali gus menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi DAP di seluruh Malaysia dalam PRU-14 meningkat menjadi 54.

54 kerusi Parlimen yang akan ditandingi DAP di seluruh Malaysia dalam PRU-14, adalah lebih tinggi berbanding 52 kerusi Parlimen yang akan ditandingi  PPBM di seluruh Malaysia. Apatah lagi dengan status quo kemenangan kedua-dua parti di seluruh Malaysia adalah 38:0 untuk DAP, ia menguatkan lagi kenyataan tersebut.

Hakikatnya PRU-14 nanti DAP akan menjadi lebih dominan dalam PH.  Cubaan 'muafakat PH' yang diumumkan dalam Konvensyen PH semalam sekadar mengabui mata rakyat Malaysia bahawa PPBM akan mendominasi Pakatan Harapan, bukannya parti bukan Melayu bukan Islam DAP, jelas gagal.

Ini kerana yang akan kekal mendominasi Pakatan Harapan ialah parti bukan Melayu bukan Islam, DAP.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.