Kekayaan Luar Biasa Tun Mahathir Dan Anak-Anaknya
Pendedahan tentang syarikat-syarikat pemilikan anak-anak dan dia sendiri, telah lama dibuat terutama pada penghujung 1990-an. Beberapa projek mega dan keistimewaan yang diterima oleh anak-anaknya juga telah dipersoalkan.
Namun pada waktu itu, media sosial seperti Facebook, Blog dan sebagainya tidaklah berkembang maju seperti sekarang. Bahkan peraturan dan undang-undang keras telah digunakan untuk mengekang ‘kebocoran’ data-data yang melibatkan Mahathir dan keluarganya walaupun pada masa yang sama, Mahathir dan orang-orangnya berjaya mengenakan Zahid Hamidi yang sekarang ini adalah Timbalan Perdana Menteri.
Dengan 488 buah syarikat – setakat yang diketahui – yang dimiliki oleh Mahathir dan anak-anaknya, membolehkan segala dakwaan tentang kekayaan luar biasa Mahathir sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ada asas-asas yang kukuh.
Cerita tentang kekayaan Mahathir dan anak-anaknya, bukan sekadar cerita dalam negara, bahkan telah pun diperkatakan oleh media-media besar dunia ketika dia masih berkuasa lagi. Dan sekali lagi, kejayaan utama Mahathir adalah mengekang berita-berita seperti itu daripada sampai ke pengetahuan rakyat menerusi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan penerbitan.
Persoalan yang rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Mahathir memperolehi kekayaan yang sebegini banyak? Gajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini menjadi RM3.6 juta.
Ini bererti dalam 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri gaji terkumpulnya tidak akan melebihi RM7.92 juta.
Ini bererti kalau diharapkan pada gajinya sahaja, Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di Bukti Tinggi. Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London, Florida, Vancouver dan Argentina.
Dari manakah datangnya wang yang sebegini banyak?
Di sinilah kita dapat melihat kelicikan Mahathir. Dia menggunakan berbagai proksi untuk memegang kekayaannya. Di antara proksinya yang paling penting ialah anak-anaknya dan Daim Zainuddin. Daim pula akan menggunakan proksi untuk memegang kepentingannya.
Amalan Daim ialah tidak memegang lebih dari 10% saham mana-mana syarikat di atas namanya sendiri.
Sebahagian besar kekayaannya dan Mahathir dipegang oleh proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka tesembunyi dari pengetahuan rakyat.
Patutkah orang seperti Mahathir yang mempunyai kemewahan sebegini banyak meminta rakyat terus menyokong dan memastikan kekayaan sekurang-kurangnya 488 buah syarikat yang sebahagian besar pula mendapat kontrak serta tender daripada Kerajaan Malaysia?
Tidak cukupkah wang rakyat menerusi Petronas dikorbankan untuk menyelamatkan syarikat anaknya, Mirzan? Tidak cukupkah wang rakyat dikorbankan menerusi konsesi-konsesi tol lebuhraya? Tidak cukup jugakah RM776 juta wang rakyat di Khazanah Holding dikorbankan untuk membantu Rashid Husin dan RHB Bank?
488 buah syarikat sekurang-kurangnya
Pendedahan tentang syarikat-syarikat pemilikan anak-anak dan dia sendiri, telah lama dibuat terutama pada penghujung 1990-an. Beberapa projek mega dan keistimewaan yang diterima oleh anak-anaknya juga telah dipersoalkan.
Namun pada waktu itu, media sosial seperti Facebook, Blog dan sebagainya tidaklah berkembang maju seperti sekarang. Bahkan peraturan dan undang-undang keras telah digunakan untuk mengekang ‘kebocoran’ data-data yang melibatkan Mahathir dan keluarganya walaupun pada masa yang sama, Mahathir dan orang-orangnya berjaya mengenakan Zahid Hamidi yang sekarang ini adalah Timbalan Perdana Menteri.
Dengan 488 buah syarikat – setakat yang diketahui – yang dimiliki oleh Mahathir dan anak-anaknya, membolehkan segala dakwaan tentang kekayaan luar biasa Mahathir sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ada asas-asas yang kukuh.
Persoalan yang rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Mahathir memperolehi kekayaan yang sebegini banyak? Gajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini menjadi RM3.6 juta.
Ini bererti dalam 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri gaji terkumpulnya tidak akan melebihi RM7.92 juta.
Ini bererti kalau diharapkan pada gajinya sahaja, Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di Bukti Tinggi. Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London, Florida, Vancouver dan Argentina.
Dari manakah datangnya wang yang sebegini banyak?
Di sinilah kita dapat melihat kelicikan Mahathir. Dia menggunakan berbagai proksi untuk memegang kekayaannya. Di antara proksinya yang paling penting ialah anak-anaknya dan Daim Zainuddin. Daim pula akan menggunakan proksi untuk memegang kepentingannya.
Amalan Daim ialah tidak memegang lebih dari 10% saham mana-mana syarikat di atas namanya sendiri.
Sebahagian besar kekayaannya dan Mahathir dipegang oleh proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka tesembunyi dari pengetahuan rakyat.
Patutkah orang seperti Mahathir yang mempunyai kemewahan sebegini banyak meminta rakyat terus menyokong dan memastikan kekayaan sekurang-kurangnya 488 buah syarikat yang sebahagian besar pula mendapat kontrak serta tender daripada Kerajaan Malaysia?
Tidak cukupkah wang rakyat menerusi Petronas dikorbankan untuk menyelamatkan syarikat anaknya, Mirzan? Tidak cukupkah wang rakyat dikorbankan menerusi konsesi-konsesi tol lebuhraya? Tidak cukup jugakah RM776 juta wang rakyat di Khazanah Holding dikorbankan untuk membantu Rashid Husin dan RHB Bank?
Sebaliknya, pada zamannya nasib penanam padi tidak terbela. Harga barangan semakin naik. Pengangguran semakin meningkat. Dan kita semua disuruh terus berkorban. Apakah pula pengorbanan Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka? Apakah terlalu besar pengorbanan sekiranya kekayaan Mirzan, Mokhzani, Daim, Rashid Hussein dan lain-lain kroni Mahathir yang beratus juta ringit itu berkurangan menjadi beberapa puluh juta ringgit?
Dan kita disuruh berkorban dan terus berkorban pada ketika Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka membongkah kekayaan negara untuk diri mereka. Adakah rakyat harus mahadiam melihat golongan mahakaya ini terus mahamenindas kita? Justeru rakyat wajar berfikir banyak kali sebelum memberikan sokongan kepada Mahazalim untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
No comments :
Post a Comment